Sunday, March 18, 2012

tips dan petua


Friday, March 16, 2012

busy laaaa..... jangan kacau.... STRESSSSSSS....!



hohohoho.......... bulan ni memang stress... biasa ar.. nama pun student kan... pekse maaaa... alhamdulillah jadual semua jarak jauh jugak.. 4-5 hari.. so boleh cover 1,1 ... ahad ni paper ke-2 aku... minggu depan 24hb paper last.. tak sabar giller kot nak abes.. 2 bulan sudah tak jejak kampung... diorang semua ingat aku merajuk sebab mak aku nak bawak aku berubat tapi aku tak nak...hakikatnya.. aku busy.. last month ritu.. kelas aku pun dah jadik hampir tiap minggu termasuk kelas tambahan... so, tak dapat le aku  balik...


mak aku nak berubatkan aku pasal apa? ouh.. pasal kes ritu tu... yang aku piyed tak benti.. pastu aku jadik pemalas sangat + penakut sangat + kuat marah sangat = jadik pelik . sebab tu bukan aku... tapi aku dah ok sekarang alhamdulillah.. aku dah berubat sendiri sebelum mak aku cuba nak ubat kan... aku malas nak susahkan diorang.. aku carik sendiri ustaz .. memang pelik la pun.. aku yang tak lah penakut sangat ni... boleh jaik penakut yang amat.. sampai tido hari2 kena bukak lampu atas kepala... walhal.. bilik au ada toilet,, boleh je buka lampu bilik air tu... terang yang amat jugak dalam bilik aku biasan dia.. tapi still jugak penakut... ekekeke.


skang ni aku pun tengah bengang giller.. bila partner thesis aku boleh decide last minit untuk buat thesis masing2... korang rasa apa aku patut buat?? harus kah aku.... beliau... atau... sahaja beliau???  memang kesabaran ku diuji... tak kisah pun kot kalau cakap awal-awal... atau terus terang.. ada masalah apa.. tak salah kan.. ni hari patut hantar 10hb.. hari tu jugak dia kata buat masing2... bodoh kan?? sangat la bodoh... nak aku sial kan jerk... aku rasalah .. dia bengang kot.. sebab aku komplen soalan ujikaji yang aku dah buat dia awter jadik makin worst... korang bayangkan.. aku buat 25 soalan.. dia tambah jadik 39 pastu dia kata ambik semua soalan kat rujukan kitorang sebab dia relate.. ya.. memang lah relate.. tapi orang tu buat master kot... fakta analisis jerk ada 9 objektif survey dia pun boleh tahap mantap.. pages dia pun mau masuk 200 ... kita ni tahap dip jerk kot... tak payah beriya bagai... adoiyai...! pastu sentap??? komplen orang boleh.. diri sendiri kena komplen nak sentap??? bagus lah sangat mak enon oiii...


so skang.. aku tgh bertungkuslumus menyiapkan semua thesis tu sengsorang.. dengan soalan survey yang baru... tapi tajuk yang sama... soalan survey yang mengecilkan skop objektif aku.. aku harap berjaya siap sebelum 25hb.. kalau idak.. memanglah aku kena marah dengan lect... minta-minta lah aku ok sajerk... walau hakikat aku rasa macam.......................................................................................................


















{:deado









Wednesday, March 7, 2012

lelaki..oh.. lelaki... hanya kerana sekeping gambar????

hai fwens... assalamualaikum..

ok hari ni aku nak berbual bercakap berbincang etc pada topik kat atas tu.. " LELAKI..OH LELAKI.. HANYA SEKEPING GAMBAR??? " topik ni aku buka pada forum cari yang aku join... alhamdulillah ramai respon.. dan ramai juga rupanya yang pernah terkena macam ni..  


biasalahkan.. sebelum ni pun pernah je aku kemukakan kisah ni  macam kisah ni lelaki dan gentleman  sikit lebih kurang la kes ni.. cuma lain sikit je..   ini soalan yang aku kemuka kan di cari.forum

" Kenapa ya.. pada satu situasi.. bila mula perkenalan melalui alam maya.. tak kira la... Ym ke.. Forum ke..atau apa saja plat form yang tidak mendedahkan identiti.  Ok.. bila dah borak baik punya.. (bukan feeling2 ea..) bersedialah keduanya nak bagi gambar....  bila si lelaki dapat saja MMS si kawan perempuan ni... maka pecahlah kebenaran yang perempuan ini tak indah di sangka... tak semanis bak suara manjanya.. tak secomel keletahnya... mula lah silelaki.. kurang berinteraksi.. lebih dahsyat.. terus diam! .. persoalannya disini....

Kenapa.. sekiranya siperempuan tidak secantik disangka.. perlu untuk menjauhkan diri? kenapa tak anggap je sebagai kawan?  kenapa terus tak kontek??? hest tahu... ada juga perempuan yang buat  lelaki macam tu...

sebab... bagi hest.. gambar itu tidak menggambarkan realiti.. kadang2 ya... gambar cantik.. dah jumpa muka kurng sikit cantiknya dari gambar... ada juga yang.. dalam gambar.. yaAllah azab... bil dah jumpa.. sejuuuuuk je mta memandang...

JADI... minta jasa baik kawan2 terutama lelaki umumnya untuk wanita... menjawab situasi dan persoalan di atas.. ada pengalaman sendiri.. lagi bagus..  "

 banyak la respon.. macam tak setuju la.. apa la..  ada yang pernah buat orang tu macam tu.. ada yang terkena.. tapi majoritnya.. terkena... kat bawah ni.. aku quote beberapa pandangan yang aku rasa sangat bernas berkaitan dengan macam mana terjadinya benda ni... macam mana boleh silelaki atau si perempuan ambil tindakan macam tu...

  " Mungkin si dia mempunyai high expectation..dalam alam maya ni sesetengah orang pandai berbicara tak pun pandai mengayat sampai yang sebelah lagi, akan terasa amat senang sekali

once dah tengok thru cam ker skype ke..errr mesti dia terkedu..disebabkan dia terlalu nak yang cung atau ensem atau yang dia agak2 padan2 dengan dia tapi yang diharapkan hanya suam2 kuku atau agak kurenggg..tu buat dia ilang semangat"


" Bukan manusia mmg pndg pada rupa dahulu baru hati sejak dr azali lagi.
leh amik iktibar kisah anak2 Nabi Adam.
manusia mmg suka yg cantik...x kira lelaki atau ppuan.
kalu nk buktikannya mudah....produk paling bnyk diiklankan adalah b'kaitan kecantikan dari hujung rambut smpai hujung kaki...
x caya leh kira iklan kat tv...
cuma cantik adakalanya subjektif.
mcm mana nk ubah presepsi ni....? aku pun masih xde idea. "
by itik_magic 


 " Kita ada kuasa cuma pada diri sendiri saja..kita tadak kuasa untuk orang lain misal soal memilih. kene blajo how to accept fate in life. kene blajo apa itu redho. dalam idup ni salunya sapa kita mau..dia tak mo kat kita, sapa kita takmo, itu yang mai kat kita..btui dak? kontra gitu. kene banyok sabo dan redho dalam hidup ni kalo tak depressed nanti..pas tu badan lemah sakit2 dan mati..tak elok taw haaa... minda kene kuat jiwa kene kuat walo seluruh hidup lam donia ni macam dalam neraka. kita tokleh marah oang sebab depa tak macam apa kita suka sebab kita salu pun buat mende kita tak suka gak.. kelemahan orang lain tu sebeno nya kelemahan kita, projected dari depa, kekuatan depa tu lakunan aje macam kekuatan kita pun , cuma satu lakunan aje "
by ajinomotonosuga


" 9. antara kesilapan biasa berchatting online adalah terngayat dulu, pastu baru dpt tengok rupa. sbb, kalau x ngayat, x dpt tengok rupa. so, jadi chicken n egg.
11. so, kesimpulan aku, kalau nak dpt clients, kena aa ada portfolio hasil yg menarik dan terbaik mengikut kemampuan yg bersesuaian dgn kehendak client tersebut. x yah buang masa/bandwidth sendiri dan clients. kalau client x minat, bukan salah client atau salah sendiri - blum ada rezeki. tapi, kena aa tune ikut kehendak mass market - ada gak client yg minat/fetish yg pelik2 - ada, tapi jarang - yg x ikut market - ni naseb aa.. "

" Move on je la...tak berbaloi nak persoalkan mende2 tuh...dah hak dia nak memilih pompuan cantik2 jek....watehal....tak perlu la fikir...kawan pun cukup jek....semua soalan ..anggapan...harapan...apa2 je..yg berkaitan ngan org sebegini..not worth sesen pun....wat serabut pale otak je....wat rasa down jek.....so forget it...move on...InsyaAllah TT akan berjumpa lelaki yg dapat terima TT seadanya.... "


Kadang-kadang bukan kita sengaja nak reject ... cuma keadaan sekeliling tak berape nak sokong kiter... lagipun watper nak bagi harapan kat orang tu sedangkan kita tau ianya xkan kemana...." 

" hurm. saya ada pengalaman jugak lah tapi masa awal awal kenal dulu, memang kitorang takda tgk gamba. bila dah lama kawan, baru tgk gamba kat fb masing masing. masa tu saya mmg ok dgn dia. saya tak kesah pun dgn paras rupa. lama tu baru jumpa. bila jumpa, saya cam ok lagi even masa tu ada yg tak berkenan tapi bukan sebab rupa tapi sebab lain. so, kesimpulan nya, kalau saya rupa paras tak penting yg penting tu diri dia. then, cara pembawakan diri dia tu. "
by bungajauh


" Aku pon pernah sentap gak    tapi lepas tu aku pikir ok takpelah pinggan tak retak nasipon tak hingin so apa de hal.....bukan merugikan isi poket aku pon    so biarkan jelah....

satu lagi pasal cantik2 dan hensem2 ni aku nak tambah - cantik/hensem ni bergantung pada citarasa memasing.....kalo ko tak cantik di mata lelaki A, mungkin bila ko jumpa lelaki M, M merasakan ko sgt cantik....mana tau kan?


sbb tu manusia dijadikan Allah pelbagai jenis rupa, warna kulit, ketinggian dsb...... "
by ruffleen


ok guys.. ini beberapa pandangan.. dari kawan2 dalam forum yang aku tanya... banyak yang di ceritakan.. dan banyak yang menceritakan dan bagi pendapat dalam bentuk kisah.. tapi tak dapatlah aku quote semua.. ini nasihat atau pandangan yang aku rasa relevan untuk aku up kat sini.... tapi bagi aku pula...

" Baik lelaki.. baik perempuan... sekiranya nak berkawan.. ikhlaskanlah hati... tak payah nak memilih rupa.. kadang kala yang tak berapa cantik itulah yang terbaik di buat kawan... yang itu lah yang terbaik untuk kita meminta pendapat...  jadi berkawan la dengan ikhlas.. jangan tabut kata-kata manis sebelum mengenali seseorang itu.. kawan macam biasa.. bila dah bertemu atau dah saling mengenali empunya badan.. baru lah teruskan kalau ada niat murni tu... "



pada kawan-kawan kat luar sana .. terutama adik-adik GCM2  ambil ini semua sebagai sempadan hidup.. jangan sesekali buat orang terasa rendah hati dan rendah diri... sama2 kita menghormati.. baik tua atau muda.. cantik atau tidak... 

byeeeeeeeeee

Monday, March 5, 2012

jom korbankan waktu sarapan untuk sunat dhuha.. ADA BRAN???!!

assalamualaikum... salam pagi senin... ekekeke.. malas keje eak?? sabar-sabar.. betulkan balik niat.. pergi kerja kerana Allah taala.. insyaAllah.. mood tu bertukar.. dan jangan lupa baca surah insyrah sekali ya... hihihi..

ok, hari ni hest nak kongsi pasa  solat sunat dhuha.. ada beberapa hadis menyebut berkaitan solat dhuha ni seperti.. :

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada 
tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

banyak lagi sebenarnya... tetpi dari  keseluruhannya.. solat sunat dhuha ini merupakan.. solat yang memohon Allah melimpahkan rezki kepada kita.. sebab itu, secara logiknya.. waktu di tunaikan adalah seelepas terbit mata hari.. sebelum matahati tegak di kepala.. bermakna..waktu-waktu.. kita baru nak mula kan kerja.. atau mahu bergerak kerja.. jadi sebelum terus memulakankerja.. kita mohon kepada Allah supaya di bukakan pintu rezki kepada kita... 

Tak rugi pun rasanya... korbankan waktu sarapan tu sedikit, untuk buat solat sunat dhuha... jujurnya.. Alhadulillah.. aku sendiri pun.. sedang berusaha untuk mengekalkan solat ni... dan Alhamdulillah juga.. Allah memberi aku seribu kekuatan untuk melawan nafsu makan... dah lebih 2 minggu aku mengamalkan sunat dhuha ni.. jadi kawan-kawan... marilah sama-sama kita menuju ke arah satu takuk lagi kebaikan... 

hati kita akan rasa tenang dan gembira.. bila kita dapat korbankan sedikit waktu laghah demi membuat amal kepada Allah.. insyaAllah... kat bawah ni.. aku sertakan juga cara-cara dan bacaan-bacaan dalam sunat dhuha dari tripod.com ... moga kalian   dapat juga manfaatnya.. AMIN...



SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

klik iklan ni tak kena bayar pun