.
.
awal2 subuh tadi aku terasa sangat2 menyesal dan sedih dengan diri aku... tertinggal solat isyak lagik... konontido nak sekejap tapi sampai ke subuh. huhuhuhu.. macam mana eak??? adessss. aku nak tanggungjawab ku ini sempurna.... tapi aku tak dapat lakukannya dengan baik..
aku dah cuba sedaya upaya.. tapi.... godaan syaitan juga aku ikut. mesti setan gelak mengekek2 happy.. CHILAKAK punya setan.... berjaya juga mnyesatkan aku cucu nabi ADAM. Pagi tadi aku solat subuh aku doa.. moga Allah kuatkan hati aku untuk melawan hasutan syaitan.. dan menjadi kan aku orang yang tidak lalai menjalan kan tanggungjawab ku sebagai hambaNYA.
aku selalu terpikir.. kalau kewajipan aku nih aku tak dapat sempurnakan... bukan takat dengan jayanya... walau hanya unutk memaksa diri tegak di tikar sejadah pun aku tak berjaya lakukan... apatah lagik untuk aku melunaskan kerja2 aku dengan baik???? yang wajib pun buat endah tak endah.. apatah lagik hal remeh dunia... (remeh ke???.. bantai jelah)
arrgghh aku nak bangkit.. tak mo lalai lagi dalam kewajipan aku sendiri.. masuk neraka aku nanti tak solat... aku selalu berdoa pada Allah..supaya dapat jumpa dengan lelaki yang mampu memarahi aku sekiranya aku tidak menunaikan tanggungjawab aku ni... harap2 aku dapat suami yang mendidik aku untuk menjadi hamba Allah yang sempurna... amiiinnn....