Thursday, July 21, 2011

komentar dan pandangan tentang SMEi ...



ok... biasalahkan.. aku pepagi memang akan baca dulu new entry terutama empunya blog di list blog aku.. so, aku tengok adalah.. beberapa orang yang dah post entry baru dan yang menarik perhatian aku adalah pada entry iqbal  ia berkaitan dengan SMEi apa tu SMEi ha.. kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan SMEi ni.. boleh la klik pada link yang di  beri tu... cuma.. aku kat sini akan meringkaskan.. seringkas-ringkasnya berkaitan SMEi tu ..

mengikut pahaman aku yang terlalu advance ini,.. SMEi itu merupakan satu kaedah baru untuk readers meninggalkan jejak... kiranya macam langkah untuk mencapai silent reader 0% .. ini bagi membantu para pentaip (bak kata iqbal) mengunjung balas atau..membalas budi para pembaca yang sudi membaca dan menjengah blog atau web site yang di lawati.... haaa amacam??? cara tak??? carakan idea si iqbal tu.. pastu pem'patern'an idea ni pun cantik... >> SMEi <<  nampak standard dan internasionaley kan? kan? kan?

bagi aku si blogger kampung ni.. mungkin taklah sangat rasa impaknye.. yelah... blog ni di jengah siapa je... trafik pun tak lebih dari 10 sehari.. entah-entah yang sepuluh tupun.. aku jerk yang bukak selalu... ekekekekeke...tapi aku sokong idea iqbal ni 200% ..

macam aku.. aku tahu, ada kawan-kawan dari luar lingkup senarai kawan aku yang menjengah... itu pun kalau aku lihat pada trafik... dan kadang-kadang.. aku dapat jejak balik dari mana kedatangan mereka.. tapi ramai juga yang tak dapat aku jejak balik... jadi dengan cara ini sekurang-kurangnye.. kita sama-sama dapat memeriahkan masing-masing nye blog atau web site... dalam bahasa kampung nye... " kau jengah aku.. aku jengah kau... so... kita jadi kawan... " haa senangkan macam tu.. senang je dapat kawan sebenarnya.. tak susah pun...

lagi satu.. kalau korang nak tahu lah... k. perasaan seorang blogger kampung macam aku ni ha... yang tak de peminat.. eh peminat plak... yang tak de follower ramai.. yang tak de..pengomen-pengomen tegar yang ramai.. ( pada pengomen yang ada selama ni.. terima kassssiiiihhh banyak-banyak ) bila tulis entri .. kat counter comment tu jumlahnya 0 kadang kala sayuuu je hati.. walhal ni... diri ni dah kata dah.. aku tulis adalah kerana aku nak meluahkan apa sahaja pandangan dan isi hati.. tempat aku melepaskan sedikit keluh kesah dan bebanan dalam kepala dan dalam hati.. tempat aku untuk tidak menjadi mental disoder.... ada pengomen ke.. tak de ke.. tak kisah.. asal dapat lepas.. tapi penghujuuuuuuunnggg... tetap sentaaaappp .. huhuhu boleyh??? boleyh BLAH kan???

tapi aku paham.. kadang-kadang... tak tahu nak komen apa.. malas nak komen... walhal suka ni entri yang orang ni taip.. tapi tak de hati nak respon berkaitan entri tersebut kat ruangan komentar... so... dengan cara dan kaedah yang iqbal cadangkan ini... aku rasa.. korang tak payah la susah-susah sangat.lagi..cukup sekadar.. taip SMEi sahaja yang bermaksud Saya Membaca Entri ini .. ekekeke cutekan??

jadi dengan menyatakan sokongan ini.. aku telah mengishtiharkan SMEi di gunakan di blog aku dan telah meletakkan arahannya di atas viewer hit... ^_^


so................ JOM KITA GUNAKAN SMEi MULAI DARI SEKARANG....!!!!!



klik iklan ni tak kena bayar pun