tersebutlah alkisah.. hikayat lama yang tidak berkisah.. yang tidak berkata.. yang tidak berlagu... kisah yang mana.. sepasang karib di namakan bawang merah dan bawang puteh.. rentetan kisah yang tiada mulanya.. rentetan kias yang tiada riaknya... tiba-tiba ia meletup bagai gunung berapi mengeluarkan laharnya... menghembur segala panas dengan tidak menunjukkan amaran pada permulaan... entah apa yang mengusik.. entah apa yang mencuit.. dentuman padu tiba-tiba bergema.. meletus menggegarkan maya dan minda...
bagai pokok yang dedaunnya dicoret semua nama di arasy sana... pabila si polan yang pergi mengadap illahi.. daunnya akan gugur maka berdesinglah telinga sipolan-sipolan yang bergesel daun nama nya dengan daun nama sipolan yang pergi itu ketika gugur jatuh ke tanah...seperti itu jugalah.. berdesing hati si bawang merah dan bawang puteh.. bila minda mereka.. tidak sama tuju..berentak irama zapin yang tunggang langgang...
kekecewaaan si bawang puteh kepada si bawang merah.. bagai lahar sebentar tadi,, meletup tanpa tahu punca... didalam hati si bawang puteh terbit rasa benci dengan keadaan dan keberadaan diri si bawang merah yang bagaikan musafir asing melalui kampung hati si bawang puteh... mengapa bagai kacang lupa kan kulit gayanya si bawang merah? kenapa bagai nelayan yang terlupa dayung nya si bawang merah? kenapa bagai burung yang keliru sama ada iti makanan atau tahinya? kenapa?? kenapa???
gerak tari si bawang merah buat hati si bawang puteh pedih... sedih.. luluh dan punah... apa kau sudah bisu si bawang merah? apa kau sudah mati hatinya si bawang merah? apa salah ku sehingga kau sanggup menjerit ishtihar untuk aku pergi mati??? diam kau bikin aku pilu.. diam kau bikin aku bingung.. diam kau bikin aku tak keruan ..diam kau bikin aku sakit lara...apa salah aku??? apa salah aku??? apa salah aku??? diam kau tidak akan bermakna apa.. kerna aku tidak bijak menafsir gerak tubuhmu yang tanpa bicara... adakah aku hina di mata mu bawang merah??? adakah aku terlalu tidak layak di sisimu lagi bawang merah?? lama kau mendiam diri.. sapa ku kau balas bagai aku muhajirin yang singgah hanya seketika di kamarmu..?? apa salah ku???
bawang merah bagai disentap... letusan gunung berapi yang mengeluarkan lahar tanpa amaran awal bagai membakar semua warna-warna pelangi yang baru saja di palitkan di dalam kalbunya... punah.. gelap... bawang merah berjalan perlahan mengelilingi gunung berapi yang menggila itu tanpa beralih sedikit pun pandangannya dari sana... apa salah ku si gunung berapi... apa salah ku? kenapa kau musnahkan semua warna-warna ku?? kau tiada salah dengan ku si bawang puteh.. sedikit pun tidak.. tapi kena perlu kau memuja si gunung berapi untuk memusnahkan aku? untuk menunjuk betapa kau kecewa dengan gerak tari ku??
benar si bawang puteh.. aku mengistiharkan itu... tapi kerana apa? kerana bumi kalbuku bergegar dengan tindakan gunung berapimu... mengeluarkan lahar tatkala aku mahu membawa bunga mengunjungi mu di sore hari... kenapa perlu itu?? alasanmu aku diam seribu bahasa,, di sapa tapi membalas bagai kau muhajirin yang singgah lalu, bawang puteh?? lupakah kau bawang puteh.. sebelum purnamanya ramadhan datang singgah sehari sebelumnya itu.. kau dan aku sama-sama bermain di kolam keli di temani kekandamu... adakah kau lupa? adakah waktu itu juga aku bagaikan orang asing di mata kamu??
adakah muntahan lahar mu ini disebab kan hati kau sedang runsing dengan perkara lain bawang puteh?? seperti kisah-kisah hikayat yang terjadi sebelum ini? kerna aku tahu diriku amat kau mengerti.. walau kau berulang kali katakan kau amat susah untuk menafsir gerak tari ku.. tapi ku tahu.. kau tipu.. kerana kau sangat mengerti... diam ku.... hanya kala kita tidak bertemu.. hanya kala kita tidak beradu suara bersama... diamku tak kan berlaku.. kira aku nyata di mata dan telinga mu... benar bukan? kau tahu itu bukan bawang puteh? kau mengerti itu bukan bawang puteh??
tapi ia... kadang kala kita sama-sama lupa... bila pelangi gelak tawa ada di keliling kita.. baik kau atau aku.. kadang kala lupa persaudaraan si bawang merah bawang puteh... kadang kala lupa tawanya si bawnag merah dan bawang puteh.. tapi.. bila mendung jahat memusnahkan pelagi gelak tawa kita.. masa itulah si bawang merah dan bawang puteh cuba mencari satu sama lain... tat kala itulah bawang merah dan bawang puteh teringat keturunan bawangnya...
ikhlas dari hati aku bawang puteh... tiada seinci marahku pada mu.. tiada sekelumit benciku pada mu... sehingga terjadinya muntahan lahar kau pada taman bunga yang mahu kutitip padamu sore itu... di syawal yang menggantikan ramadhan itu... laharmu telah membuatkan taman bungaku mati.. kaku... walau ku tahu.. laharmu itu adalah baja terbaik untuk bungaku kembali kembang segar...
aku tiada apa si bawang puteh... bergembiralah dengan syurga di hadapan matamu itu... kerana itu syurga hakiki mu...