Thursday, February 28, 2013
CERPEN :150 juta kali (1)
"haiqal.. tolong aku weyh"
"laa dah kenapa kau ni, dengan salam tak bagi.. assalamualaikum.." jawab haiqal di hujung corong sana.
"qal.. datang gym aku petang ni lepas keje.."
"aik.. nape?"
"tolong la qal.. aku tak cukup staff ni"
"pulak dah, mana pegi staff-staff kau?"
"si jo cuti pegi Thailand, bell cuti nak persiapan kawen, si jun pulak MC seminggu, tolong la qal.. aku sorang ni..mana nak layan"
"adoi kau ni…"
"alaaa qal.. kau tu ok jelah kalau jadi instructor pun, badan kau pun boleh tahan juga tegapnya"
"hahahaha.. macam-macam lah kau ni reza.. nasib la kawan.. kalau tidak, tak kuasa aku nak layan kau"
"hahaha, ok.. mananya ON kan? Datang tau petang ni.. sure ramai awek-awek gym merembes la tengok kau..hahahaa"
"ah.. banyak la kau.. ok, jumpa petang nanti.."
Haiqal meletakkan ganggang sambil tersenyum "ada-ada ajelah mamat ni" desis hatinya. Reza adalah rakan baik sama-sama belajar di institute pengajian tinggi yang sama dan mempunyai minat yang sama dalam bidang sukan dan bina badan. Tetapi hanya reza sahaja yang bermina untuk membuka pusat senaman, dia pula lebih suka kerja di pejabat.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
" hai guys.. gurls.. ni saya perkenalkan En. Haiqal .. dia akan membantu saya dalam melatih anda menggunakan alatan dan memberi nasihat serba sedikit mengenai senaman yang sesuai dan penggunaan yang betul mengikut posture badan yang betul. En. Haiqal mempunyai sijil kelayakan dari Kementerian Belia dan Sukan dan memang merupakan pelajar terbaik dalam Fakulti Sukan UITM . Beliau akan bersama saya selama 2 minggu, jadi anda ambil kesempatan bertanya apa yang perlu sepanjang beliau ada disini" terang reza kepada pelanggan-pelanggannya. Haiqal hanya mengangkat tangan dan bersalaman dengan pelanggan-pelanggan lelaki yang berhampiran dan melemparkan senyuman yang manis kepada pelanggan-pelanggan wanita.
"ok, anda boleh teruskan latihan dan senaman anda, kami akan memberi bantuan , kalau ada apa-apa, boleh saje panggil saya atau En. Haiqal untuk minta bantuan" reza menutup ucapannya, dan semua yang ada bersurai untuk meneruskan kembali aktiviti senaman kardio dan sebagainya.
"wow. Hot!" terdengar para gadis berbisik sesame sendiri, Haiqal buat tak endah sahaja.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"eh dhia, encik haiqal tu, tak nak ke entertain kita yang perempuan ni? Asyik pegi dekat lelaki je?" tanya sofia pada teman disebelahnya.
"heh.. dia tak perasan kita yang hot ni kot?"
"apa lagi dhia.. try la power kau tu.."
"heh.. kau cabar aku ea?"
"bukan cabar .. just see.. can u?"sofia tersenyum.
"let see together.." dhia senyum sambil memperlahankan kelajuan di threadmillnya, dia berhentikan, dan turun dari situ, perlahan-perlahan dia melangkah penuh erotik kearah haiqal.
GEDEEEEBUUUUKK..!!!!!!!!!!
"Aaaaaaaaaaaaaaaarrgghh..!! ouch..!"
Seorang gadis terjatuh disisi haiqal, haiqal mendekati dengan segera. Muka haiqal cemas. Sigadis terlentang kepalanya terhantuk di kaki kerusi.
"are u ok miss? I'm so sorry, tak perasan u kat belakang i.."
"addduuihh, sakitnya.. mau ok?? Mesti lah sakit.. jatuh kot.. adoooooii..Adeh..adeh.. badan awak besar kot dengan terhantuk lagi.. sakit tau.."
"I'm really sorry.... "
"tak pe..tak pe.. its ok la.. aduih.. dah..tak pelah " kata gadis tersebut sambil mengeliat membetulkan tulang belakangnya.. di usap-usap kepala yang terlanggar tadi.
"eh, hud u ok tak?" tegur reza
"reza... tolong aku..." huda menghulurkan tangannya.
Reza menyambut tangan tu dengan gelakan yang memanjang.. dan menarik huda, untuk membantu si gadis genit itu bangkit dari terus terlentang..
"aduuus"
"macam mana boleh terlanggar ni?"
"ni ha, mamat ni... gostan tak pandang aku..dah lah besar.. adess"
"dia haiqal, kawan aku tu hud, dia tolong aku sementara staff-staff lain tak de ni.."
"ouh... ok"huda membetulkan tali kasutnya
Haiqal menghulurkan tangan>
"maaf lagi sekali.. I haiqal"
Huda memandang tajam.. dia bangun. Haiqal agak terkedu, tak berani dia mahu bertentang mata dengan huda, dia tahu kesalahan nya. Dia yang bersalah dalam hal ini, mesti huda rasa sakit bila badannya yang sasa itu merempuh dia sebentar tadi.
-
Subscribe to:
Posts (Atom)