Thursday, June 7, 2012

perbezaan kemahuan dan keperluan



ekekekeke.. opkos le korang pun tahu apa itu kemahuan dan keperluan kan.. kat sini aku tak naklah describe apa itu kemahuan dan keperluan, minta jasa baik korang..kot la tetiba terkompius. sila google sendirik yerk.. atau cari kamus dewan bahasa dan pustaka.. itu adalah lebih afdal ekekekeke .  selalunya orang akan kaitkan kemahuan dan keperluan ni dengan kehidupan seharian lebih kepada penggunaan harian.. tapi.. untuk kali ni aku nak kaitkan dengan cinta... yeeeeeerrrppp CHENTA..   ...**cait..otak korang jangan merewang sangat ok.. ni bukan sebab aku jatuh chenta atau kecewa chenta... ni semua adalah benda benar.. yang terjadi pada semua orang.. kadang-kadang juga berlaku pada aku... ** 


perasan atau tidak.. masing-masing setiap orang mempunyai ciri-ciri wanita idaman atau lelaki idaman.. masing2 nak yang cantik atau hensem.. ada duit sikit .. ada kerjaya kan? ini semua kita akan panggil kemahuan.. betulkan? jadi apa plak keperluan? keperluan dalam percintaan adalah kita nak pasangan kita ni.. orangnya boleh memahami..boleh bertolak ansur.. berkomunikasi..bertimbang  rasa..bertanggungjawab..yang penting boleh terima kita seadanya.. betul kan??? .. aku rasa semua orang sama jerk.. kau..kau..kau.. dan aku.. sama jerk kita ni.. ini jugaklah yang kita pandang.. ..


tapi yang aku nak tekankan kat sini.. sekiranya kita.. melihat atau mencari cinta lebih pada kemahuan.. percayalah.. memang kita takkan dapat sampai keakhirnya.. kenapa? ok.. meh aku story sikit.. korang bayangkan ea.. bayangkan tau.... bayaaaaaaaaaaangkaaaaaaaaan......   

** ali berkenalan dengan seorang perempuan. bernama aminah. aminah ni baik.. peramah..pandai masak.. pandai bercerita..bijak mengawal situasi... everything she's look goods.. nak ikut dari segi keperluan.. ini yang ali nak.. sebab dengan aminah ali tak bosan.. ada saja cerita yang mereka nak bualkan.. tak berhenti ketawa,, ya,, inilah yang ali perlukan dalam hidup.. sebab sebelum ini dia memang ada pasang azam untuk memeliki seorang isteri yang bukan "isteri trofi" which is yang kayu tak reti melayan..tak reti nak hiburkan hati.. tapi.. ali ada SATU PERANGAI yang mana dia mementingkan kemahuannya... dalam pencarian isteri ni.. ali letakkan kemahuan yang pertama baru keperluan... sayangnya aminah ni tak memenuhi klasifikasi kemahuan si ali setakat 45% walaupun keperluan tu hampir 95%... datanglah satu hari... ali terberkenalan dengan seorang lagi perempuan bernama siti. ali sangat suka.. sebab siti ni memenuhi 70% kemahuan dia.. tapi kurang pada keperluan..aminah dah dia tinggalkan sebab nak mengejar siti... sekali dia jumpa plak dengan nurul.. nurul ni ada la 80% kemahuan dan keperluan tu adalah dalam 40% .. ** 


agak2 korang.. dia patut stay dengan siapa? dan dengan akal korang.. antara 3 orang aminah, siti, nurul .. siapa yang bagi korang sepatutnya di pilih? aku taknak jawab.. sebab jawapan aku pasti lain dengan korang.. jadi korang pikir sendiri antara 3 mana yang best..

dari cerita aku tadi tu.. korang nampak tak.. bila kita letak kemahuan itu yang utama.. kita memang tak kan dapat mencari atau menjumpai yang memenuhinya... tapi bila kita letak keperluan itu yang utama.. kemahuan itu akan kita jumpai setelah kita memiliki yang keperluan... betul tak?

klik iklan ni tak kena bayar pun