Berat betul dugaan Allah bagi pada aku untuk ini. Memang betul, kita rasa kitalah yang paling berat masalahnya, tapi ada orang yang lebih berat masalah dari kita. tetapi kita juga perlu tahu, setiap manusia ujiannya adalah berbeza-beza. kerana setiap apa yangkita hadapi, maka itulah yang paling berat untuk kita tanggung. mungkin kalau kita dapat masalah orang lain, kita boleh hadapi, tapi yang kita tanggung, bebannya hanya Allah saja yang tahu.
kawan-kawan aku... dulu.. etoi pernah cakap, darjat untuk orang yang terus bersabar ni tinggi.. terutama redha atas apa yang di hajati tidak di makbulkan.. kawan aku siti hadjar, menengah dulu pun pernah cakap benda yang sama, bersabar sehingga kita menangis dan berserah kepada Allah adalah kemenangan untuk hamba yang bersabar, besar pahalanya... masalah pada aku.. adakah aku betul-betul kuat untuk bersabar dan terus bersabar? aku faham, aku sedar, makin aku rasa aku tak dapat apa yang aku nak ni, makin aku dekat dengan Allah.
tapi aku bersyukur.. moga Allah terus dakap aku dalam peliharaNya. dan aku juga berharap Allah kurniakan aku jalan yang terbaik untuk selesaikan hal ni..
aku nak ada orang dakap aku untuk aku terus kuat... tapi sayang.. aku manusia yang tiada siapa untuk kasi tumpang bahu dan dakapan...