Thursday, October 6, 2011

Putus Cinta?? Adakah Cinta Hakiki di Dunia Ini??





Nak meraung?? meraunglah... menjerit Bagi puas hati?? menjerit la... buatlah apa saje..asal puas hati.. tapi ingat Bukan perkara yang MENCEDERAKAN DIRI..! FAHAM??!

ok.. bertenang... dah? tarik nafas... sudah? bagus... umur berapa sekarang? ok..23 tahun..Dah berapa lama putus cinta?? baru sahaja??? ok... dah lama ke bercinta dengan dia? lama... oooo berapa lama eak? maaflah saya bertanya ni ya... sudah 5 tahun? ok.. jangka masa yang lama juga tu.... kenapa putus? ada salah faham ke? ooo..ok... salah faham sikit..then dia ada perempuan lain...ok..ok.. hurm.. awak duduk dengan mak ayah ke? ouh menyewalah ya, diperantauan ni? awak sunyi sekarang? yelah kan...selama ni awak selalu bermesej..ber 3g dengan dia.. jumpa kan.. tiba-tiba tak de.. memang lah sunyi.. betul juga tu.. apa??awak rasa dah tak de cinta hakiki di dunia ni? sabar.... putus dengan dia.. tidak bererti tiada cinta dalam kehidupan awak lagi.... awak selalu balik kampung? jarang...telifon adik beradik ke.. mak ayah ke...? jarang juga? ouh biasalah kan.. anak muda.. kawan-kawan sahaja keliling kita... awak betul nak minta pendapat saya..dan nasihat saya.. apa perlu awak buat sekarang? baiklah... 

awak perlu tahu.. cinta hakiki dalam diri kita adalam cinta pada Allah itu sudah.. tapi cinta pada insani ini... di dunia sekarang... untuk siapa cinta hakiki itu?? .. cinta kepada kedua ibu bapa kita...suami??? ya benar.. sebagai wanita.. cinta kepada suami adalah no.1 .. kita wajib mengikut perintah suami..melainkan perkara mungkar.. benar.. tak salah sedikit pun... tapi mengapa saya kata begitu? cinta hakiki..tidak sama dengan cinta sejati... cinta kepada kedua ibu bapa merupakan cinta yang hakiki.... cinta pada suami adalah cinta yang sejati... apakah perbezaannya??? baiklah...

cinta hakiki.. adalah cinta yang tiada tolok bandingnya.. yang tak perlu kita  cipta.. iamemang ada dalam hati.. kita pejamkan mata.. gelapkan hati macam mana sekali pun... ia tetap ada... tak pernah hilang.. dan tak pernah pergi...

cinta sejati... adalah cinta yang di cari... yang di letakkan kita ia sebagai yang utama.. yang akan kita cari sentiasa.. ia tetap boleh hil;ang dari hati kita.. kalau kita tutup mata.. gelap kan hati... kita tak kan jumpa lagi cinta sejati yang telah kita buang jauh-jauh itu...

nampak kan perbezaan nya.. tanpa kita sedar rupanya ia adalah berbeza.. ouh.. sangat berbeza rupanya..selama ini kita sangka ia sinonim... rupanya tidak... kenapa saya kata... cinta ibu bapa lah yang hakiki?

kita sebagai manusia.. tak kira lelaki atau pun perempuan.. mempunyai cinta hakiki.. yang selalunya kita lali dan lupa.. kita abaikan... bila kita jumpa cinta sejati...sedar atau pun tidak.. dalam kita berpacaran.. kita seringkali lupa untuk membahagiakan ibu bapa.. jumlah hari yang kita telefon ibu bapa adalah paling sedikit dari kekerapan kita menelefon si jantung hati..kita membelanjakan duitkita.. lebih banyak kepada si jantung hati.. walhal.. ibu bapa kita adalah tanggung jawab kita untuk memberi duit kepada mereka... kita makan pizza.. sushi.. kenny rogers dan sebagainya bersama buah hati tercinta.. tapi mak ayah di kampung.. hanya nasi biasa.. kadangkala ikannya dapat yang lama-lama .. itu belum masuk bab berjalan-jalan serata malaysia lagi.. 

tapi kita lupa.. itu adalah cinta sejati kita.. yang pasti boleh hilang dari mata sekelip mata... bila putus cinta? meraung entah macam mana bagai rupa... kalau bercerai? terumbang ambing.. baru nak bertatih kembali pada cinta  hakiki kita..

perasan atau tidak... tiap kali kita sakit pening.. ibu bapa yang ada bersama kita... tat kala kita kesempitan... ibu bapa juga yang ada disisi... ..walau kita idistihar jatuh muflis sekali pun... ibu bapalah ada bersama kita nanti... itulah tandanya cinta hakiki.. walau kita lupakan dia.. walau kita lupakan kewajiban kita kepada dia.. walau kita lupa untuk menjenguk dia... walau kita lupa makan dan pakai dia.. walau kita lupa jalan kearahnya... walau kita lupa menghulurkan salam pada pagi raya... tapi dia tetap menerima kita... walau siapa pun diri kita ini...

tapi sekiranya cinta sejati? adakah pasti dia akan menerima keadaan kita seadanya? ya mungkin ada... tapi kebanyakannya adalah tidak bukan? itu adalah fakta bukan?

oleh itu wahai teman... ingatlah.. bercinta atau mencintai manusia.. janganlah letak kan ia 100 peratus.. kerana ia tidak pasti menjadi hak milik sepenuhnya kita... curahkan kasih sayang mu pada orang tua mu.. yang bertungkus lumas dan bersekangkang mata.. yang berikat perut dan berpanas gempita.. demi diri mu... demi pelajaran mu.. demi makan pakai mu.. demi kehidupan hadapan mu... ketahuilah.. ibu bapa kita merupakan insan paling berhak menerima keseluruhan cinta kita....


~ awak... saya amat-amat kecewa..bila awak menangisi separuh mati cinta yang hanya 5 tahun itu.. sedangkan awak sendiri tak pernah nak jaga cinta ibu ayah awak yang sehingga sekarang sudah menjangkau 23 tahun...sekiranya cinta 5 tahun awak sudah seperti ini... awak tak ter fikir ke macam mana cemburu dan pedih hati ibu bapa awak yang mencintai awak selama 23 tahun yang telah mencurah dan berkorban untuk awak apa sahaja selama 23 tahun.. tapi awak taburkan semua kasih sayang, tanggungjawab, dan pengorbanan awak pada dia yang awak baru saje awak kenal..? dan mereka..? awak pandang endah tak endah sahaja..? kembalilah ke cinta hakiki..peganglah ia.. walau cinta sejati awak sudah bertemu suatu hari nanti..~



entri ini untuk peringatan anda dan saya juga... ketahuilah...  "keredhaan kedua ibu bapa adalah keredhaan Allah juga.. " 

jadi pergilah kepada cinta hakiki kita... dan hanya ambil beratlah pada cinta sejati kita..

p/s: hanya pandangan peribadi saya.. maaf kira ada tersalah .. sila betulkan saya...





entri created on 5 oktober 2011, 2.30 pm    posted on 6 oktober 2011, 10am



klik iklan ni tak kena bayar pun