Monday, November 15, 2010

detak hati berkala pedih

.
.
tak tahu nak berkata apa.. kadang-kadang bila terasa hati tak dapat tertangung sesuatu mesti aku akan rasa sangat-sangat lemah dan akan berkata

" yaAllah, hulurkan aku rusuk ku... kerana aku sudah tidak tertanggung untuk terus berdiri sendirian.."

kalau dulu aku boleh aje kuatkan diri, tapi sekarang.. entah lah.. aku sendiri tak paham.. errgghh..!! perit + pedih = no word .. hurm..

samn..~~

aku tak tahu nak kata apa dia ni. nak terima aku takut, tp aku sikit selesa, cuma ragu2 sebab banyak benda aku tak dapat paham dan tafsir pasal dia.. 'orang klasik' ni susah jugak nak di tafsir kan... tapi.. yang best, dia ada instinc aku, kalau dalam seminggu dia takkol, tp bila aku susah hati, mesti dia kol, dan akan tanya yang selalunya adalah TEPAT dengan kerunsingan aku. kadang kala memang pelik, tapi itu yang dia kata.. instinc tak boleh di tipu.. huhuhu.

aku asyik dengan dia.. sebab biacara dia penuh dengan ilmiah dan ilmu lama ( yela orang klasik ) dia tak nampak ada ilmu, sebab rockers sikit, tapi bila mula bicara alam, bila mula kalam tuhan, bila terbuka madah ilmiah..memang aku terpesona, sebab aku memang tak tahu banyak benda yang di sebut , di kata. bagai, aku membaca buku-buku tajul muluk, buku-buku lama.. asyik sangat.. tapi aku takut lak bapak aku pening, sebab ke 'klasikan' si samn ni kalau di terima sebagai menantu.. huhuhu..

pening.. pening.. kalau anak muda sekarang, memang aku tak kan jumpa madah zaman Hang Tuah yang sering dia guna kan.. memang tak kan aku jumpa orang yang boleh menilai aku tanpa melihat reaksi atau bahasa badan.. ntah..

hanya tuhan saja yang menentukan.. sebab aku tak nak jadi macam yang dulu-dulu.. aku dah malas nak pikir sebenarnya, sebab sakit akaan aku rasa... BOSAN ! BAWAK LAH AKU PERGI JAUH DARI SINI WAHAI PELINDUNGKU.... :'[

akhirnya...

.
.
alhamduillah.. akhirnya selesai sudah pernikahan etoi dgn abang kojek... moga mereka berdua berbahagia.. dan moga tiada lagi air mata etoi yang berguguran... amiinn..

buat etoi..
jadilah isteri yang terbaik pada kojek... jagalah kojek, jadi lah teman dan sahabat kepada kojek.. aku tahu ko mampu. aku tahu ko boleh... chill dude =]

buat kojek..
jagalah etoi sebaik mungkin... bela lah etoi dalam segala segi, jangan biarkan air mata dia menitis lagi... jangan biarkan org kelilingnya melukai hatinya lagi

buat kalian berdua..
banyak rintangan, banyak dugaan yang dah kamu berdua tempuhi..banyak cubaan dan banyak ujian yang kamu berdua berjaya tepis hingga berjaya di satukan... kecapilah kemanisan kemenangan agungnya cinta kalian demi Allah yang maha penyayang... amim doakan kalian berbahagia hingga ke anak cucu....

aminnnn... =]

klik iklan ni tak kena bayar pun