Friday, January 21, 2011

aku memang suka layan EXOTIC..!



ok.. aku memang suka bab mengarut nih..korang jangan tak tahu.. hahahaha, pada yang betul dah kenal, diorang tak rasa pelik la kalau aku nak rasa menda yang pelik-pelik.. maybe benda ni tak pelik sangat pada sesetengah orang.. tapi jujur pada aku dia adalah sesuatu yang luar biasa aku buat.. dan aku memang terpaksa mencabar diri sendiri untuk melakukannya... WOW..~~ bunyik macam superb giller kan?? ekekekeke.. tp memang bagi aku dia amatlah extreme.. 

aku ni seorang yang penggeli dengan binatang yang panjang dan geraknya akan menghasilkan 'S' macam.. ular.. lipan..belut..keli..cacing..ha.. apa-apa lagik la yang menyerupai diorang.. dalan kes ni... aku nak kaitkan dengan 'lipan' .. eeeeeyeeeeerrkk..! bukan geli apa.. ntah.. tapi memang geli... hahahahahaha.. ok skang ni.. aku nak ceritakan pasal 'UDANG KETOK'  atau senang di kenali sebagai 'UDANG LIPAN'.. korang pernah tengok tak?? haaaa?? apa??? tak pernah??? ok... skang gak aku kasik upload itu photo... jeng..jeng..jeng..

(ini lah rupa udang ketok a.k.a udang lipan)

korang rasa pernah tengok tak?? pernah kan.. cuma korang tak ambik port sangat jerk.. paling paling pun.. kuar dari mulut korang juz.." e'eh... udang ke tu?? macam lipan.."  then korang pergi tanpa nak berusaha ambik tahu lebih lanjut... hahahahahaha.... (best tak kena bebel ...:P)

ok, kisahnye bermula macam ni..aku ni kan 'hantu' kepah, so aku cakap kat opismate aku nak try wat kepah asam pedas pada petang tu, so ada yang kata, "ima perasan tak ada udang macam lipan?? eeeee... geli laaa" sambil aku sambut dengan goyangan badan dan jongket-jongket bahu tahan geli sama... eekekekeke... ada plak yang try bagi cadangan " ima.. ko try la masak..." aku hanya kata.."eeeeuuuuwwww... macam lipan... tak nak laaaaaaaaa"

but petang tu aku kepasar, puas pusing kepah tak de.. aku ni bila menda yg nak tak dapat..mula la beli yang mengarot.. kebetulan, nampak sorang kakak ni ambil udang lipan tu.. so, aku pun dengan ramah bertanya

aku : kakak, masak apa eak?
kakak : ouh, akk nak rebus
aku : rebus? nak wat apa?
kakak : nak makan lah dik..
aku : ouh, igt nak wat apa2 rencanh ke.. hehehehehe.sedap ke isi dia kak?
kakak : sedap.. macam isi ketam..dia tak macam udang biasa...
aku : yeke kak?? saya.. nak cuba tapi macam tak sanggup jerk.. macam lipan
kakak tu gelak jerk..
aku : kak, kalau nak saya nak cuba, macam mana nak masak kak eak?
kakak : ouh dia boleh rebus atau goreng
aku : yang mana lebih sedap?
kakak : rebus la dik.. isi tak kecut
aku : ok.. rebus dengan apa? atau kosong je?
kakak : rebus macam kerang tu, letak serai dengan halia
aku : ooo, ok. saya nak cuba lah..

sambil aku ambil pun geli-geli...aku ambik pelbagai saiz sebab nak bezakan yang mana lebih sedap. aku ambil dalam 10 ekor..sebab igt housemate pun ada gak sifat mahu exotic kadang kala.10 ekor dalam rm 4.++ ok la..
aku balik, dan aku cuba masak.. oleh kerana aku ni tak ley makan dengan rasa hambar tu..aku pun tambah lah bahan2 yang kakak tu kata.. aku buat blackpepper...  bahan-bahan aku buat :

halia
serai
bawang
lada hitam
kisar serta tumis garing
masuk kan air sedikit
beserta sos tiram
then baru masuk udang
so, jadilah rupanya begini...



(ha.. ni rupanya UDANG KETOK masak black pepper)

rupanya malam tu aku sorang jer kat rumah..gila ke apa nak makan semua sorang2 ...so aku layan 4 ekor.. mmg macam ketam, nak makan kena kupas semua .. yang best.. isi dia, dari kepala sampai ekor..kulit atas dia tu keras.. so, jaga2 jgn terluka... mula-mula tu, mmg aku nak try tak sanggup gak.. masih terpikirkan lipan.. tp kuatkan hati juga, patah 2 kan dia, haaa.. baru rasa ok dah lepas tu ..balance lagik 6 ekor tu, aku bawa ke opis.. diorang pun kata sedap..dan paling best diorang kata kuah tu yang sedap.. ekekeke.. jangan jeles... mak memang pandai masak nyaaaaaaaaaahhh ... :P

klik iklan ni tak kena bayar pun