Encik Awak
kampung sebelah i-city
012345 Negeri Ehsan
3 jun 2011
assalamuaalikum..(tak jawab dosa)
kehadapan awak....
awak..saya nak minta maaf kalau awak ada terasa hati dengan kita ea...arini kita dah rasa ok sangat-sangat..Allah memang sayang kita...kita doa sekali, Allah makbulkan ^_^ supaya hati kita tenang.. bangun pagi tadi kita haaaaaappppyyy sangat-sangat..kita bukan apa..tertacing sikit jerk..huhuhu..yelah kita terkejut jumpa awak kat 'bentuk musim semi' tak sangka ada kat situ...masa kita belek-belek awak kat situ.. kita ok je..rasa macam ada soalan..tp kita biarkan je..tapi kita sangat terkejut tengok rupanya awak pun ada 'laman menulis elektronik' ni..lagi kita sedih sebab awak mula menulis sejak kita berumur 23 tahun.. kira awak lagi tua dari kita.. .bila kita dah tekan nak pergi kat 'laman menulis elektronik' awak.. kita nampak lagi nama 'nora elina binti nordin' dalam 'laman menulis elektronik' awak.. tak pelah..kita diam lagi...
tapi kita betul-betul terkedu bila awak bagi puisi romantis pada 'nora elina binti nordin' yang sukakan 'bunga' tu..hurm.. kita terkedu bukan apa..sebab sangkaan kita meleset..kita ingat awak tak berubah macam dulu.rupa awak dah berubah.kalau dulu awak sorokkan kekasih hati awak..orang tengok awak ni jenis lelaki yang 'anti perempuan' dalam hidup awak hanya kerja..kerja..kerja..tapi sekarang awak berani bagi tahu semua orang tentang kekasih hati awak dan menulisnya di 'laman menulis elektronik' (suatu perkara yang kita amat dambakan dari awak suatu ketika dahulu)
pastu kita kecik hati dengan awak... mana taknya..dulu masa awak baru dapat tahu kita pun ada 'laman menulis elektronik' awak seakan perkecilkan kita..sebab kita menulis ini sebaga diari..dan awak kata awak pun terasa macam nak menulis..walhal rupanya awak dah menulis dulu dari kita..tak pelah..kita pendam je rasa pedih tu..
lepastu kita nampak link 'muka buku biru' awak..sebenarnya kita pernah dah carik awak dekat 'muka buku biru'..tapi kita jumpa yang lama..tapi masa kita tengok kat 'laman menulis elektronik' awak, kita nampak pautan ke 'muka biru awak' kita pun berpaut kat situ nak pergi ke 'muka biru awak' terkejut juga kat situ..selepas melihat keberanian awak mendedahkan hubungan awak dengan 'nora elina binti nordin' yang suka 'bunga' kat situ..(perkara yang kita idamkan awak buat masa kat laman 'kawanster' awak dulu) takpe..kita cuba juga senyum...
kita nampak plak pautan ke halaman rumah 'nora elina binti nordin' kita berpaut untuk pergi situ..bila kita sampai..kita cuba semak dinding rumah 'nora elina binti nordin' kita terkejut lagi..sebab kita tengok awak ada juga menghias 'dinding' rumah 'nora elina binti nordin'.. dalam hati kita berbisik.. beruntung 'nora elina binti nordin' dapat awak yang sekarang..sebab kalau dulu,awak tak pernah hadiah apa-apa pada kita apa lagi nak buat kejutan di dinding kita..
bila kita baca.. baru kita paham, kenapa masa tu awak macam berat je bila kita minta tolong tunjuk kan rumah rosmery..rupa awak jadi orang sebelah ya... tak pelah...kita senyum je..sekarang ni, baru kita paham.. kenapa awak tetap macam dulu kalau dengan kita walau ia terjadi sekarang.. sebab dalam hati awak sudah ada 'bunga' .. kita ingat awak tak berubah hehehe.. asyik kita je yang hantar 'pesanan ringkas' kat awak dulu.. macam dulu-dulu ..lepas tu baru awak balas.. ouh rupa kita silap... tak pelah.. kita dah pahaaaaaaaaaam sangat-sangat sekarang..
kita minta maaf kalau menyusahkan awak selama ni ya.. kita tak niat apa-apa.. kita harap 'nora elina binti nordin' pun tak tersalah sangka dengan kita... hati kita lega..sekurang-kurang nya, kita tahu awak sebenarnya bahagia..hampir 1 tahun lebih awak dah bahagia..sebelum ni kita risau.. kita takut ..dan serbesalah..kita ingat awak tak gembira dan bahagia..tapi sekarang kita dah tahu awak bahagia..tahniah untuk awak..hari ni kita gembira.. sebab adik yang lama kita abaikan dulu.. dah jadi adik kita balik.. adik eda ..hari ni kita nak balik kampung.. nak sambut hari jadi along dengan wan.. kalau tak dulu kita sambut hari jadi awak sekali kan? tak pelah.. asal.. mak, ayah,mama, dan abah.. tetap ibu bapa kita bersama ... kita tetap macam dulu kan.. macam kumpulan hujan cakap.. " aku adikmu..kau pula abang" .. kita undur diri dulu ya.. kita sakit kepala....
yang benar ..
- iyvonne -
tapak kasut-
tapak kasut-
- balik melaka lagi
- serius aku memang dah happy
- aku tunggu masa untuk pindah
- 'kita' tahu 'awak' baca surat ni.. senyum..tak perlu gusar
- 'kita' dan 'awak' tetap macam biasa ^_^