Thursday, January 12, 2012

malas nak cakap pasal ADAM ADLI



adoiyai.. aku ni menyampah sangat nak cakap pasal isu semasa dalam blog aku.. sebab tu korang kalau baca.. semua pasal kisah hidup aku... apa aku lalui.. apa aku baca.. pengalam orang sekeliling.. persoalan-persoalan yang di keudarakan dan sebagainya... kalau nak cakap pasal isu semasa.. memang la banyak.. memang la sedap di kupas.. trafik pun tinggi... buat apa trafik tinggi tapi hakikat.. hati dan jiwa perit .. perit dan meluat dengan situasi... menyampah dengan orang yang over acting...contoh ..kisah adam adli..

kisah adam adli ni ramai sangat yang kupas.. yang menyokong dan membangkang.. yang mempertikaikan hukuman dan sebagainya.. semuanya mengaitkan politik.. ya.. betul.. sebab apa??? sebab  dia dan kawan-kawannya sendiri datang dengan tujuan politik.. aku sangat tak arif pasal kes dia ni... senang kata... aku malas nak ambik tahu sangat-sangat.. cukuplah sekadar aku tahu sikit-sikit.. nak ambil serius dan betul-betul terperinci.. aku jadi sakit hati.. sakit hati sebab apa?? sebab kebiadaban dia.. kebiadaban apa dia buat sampai akui sakit hati? sebab dia meraha kan PM ? sebab dia turunkan bendera PM? sebab dia student anti kerajaan? tak.. bukan sama sekali... tetapi aku benci dengan sifat bongkak dan riak yang ada dalam diri dia... sikap berbangga dengan kemungkaran dia buat.. kemungkaran apa plak ni??? dia bukan buat maksiat.. dia bukan beromen depan orang ramai... ya... memang bukan... tapi sedar tak kita... bertindak mengikut emosi itu adalah bisikan syaitan? sedar tak kita... berjuang menggunakan emosi benci itu adalah hasutan syaitan? tahu tak kita... berngbangga dengan kejahatan di lakukan itu menunjukkan peranda akhir zaman??? 

aku simpulkan segala mengikut logik akal aku... :

kita tak suka dengan jiran selang 44 rumah kita ni... kita memang meluat sangat.. cakap tak serupa bikin... tapi masalahnya.. kita ni bersua muka pun tak pernah... hanya dengar cakap-cakap orang.. itu dan ini pasal si polan ujung sana... satu hari.. kita niat nak pegi rumah dia.. nak bagi tahu dia..apa yang kita tak suka .. apa kita nak dia buat dan sebagainya.. dan kita melangkah kerumah dia... masa sampai di laman.. kita tengah tunggu ahli keluarga tuan rumah ni.. nak bagi list dan surat meluah rasa ni... tapi masa tengah tunggu tu.. kita main alih-alihkan pasu dia.. dengan harapan.. tuan rumah tahu yang kita tak suka dia... 

aku nak tanya korang la... adakah itu sikap yang baik? adalah itu amalan yang baik? adakah itu akhlak yang rasulallah tuntut kita buat??? 

melangkah ke kawasan orang.. kenalah jaga hak-hak serta adab.. jadi.. adakah salah, anak beranak saudara mara si tuan rumah berasa hangen dengan tindakan biadap tu? memanglah alaaa. sekadar alaih-alihkan... tapi letak balik bukan buangkan pun.. tapi adakah itu adab yang baik? sedangkan anda yang memasuki laman rumah orang??  kalau logik akal.. logik akhlak islam.. adakah perlu kita merendah diri meminta maaf? perlukan? tapi nak ke orang tu minta maaf?? tak nak.... adab yang baik ke?

lagi satu lepas dia dijatuhi hukuman gantung 3 semester... dia di gantung atas sebab, dia memalukan nama UPSI.. bukan kerana.. dia dia turunkan bendera PM.. memanglah sebab tindakan menurun bendera.. tetapi dia menurun bendera dengan membawa nama UPSI di bahu dia... seorang bapa.. kalau dah tahu anak dia tu memalukan nama dia... walau menyokong apa dia nak buat.. tapi tindakan dia agak melampau... kalau tak di bantai.. kompem di bebel.. jadi salah ke tindakan UPSI? kenapa nak di koyak kan surat hukuman depan wartawan.. konon nak tunjuk dia tak gentar... dia tak  belajar ke adab belajar... HORMATILAH GURU KAMU.. KERANA GURU KAMU ADALAH GEDUNG ILMU MU.. TANPA GURU KAMU. KAMU SERUPA SEPERTI KALDAI YANG HANYA MENGIKUT TELUNJUK TUAN MU..

 adoi.. kan tak pasal-pasal aku dah membebel... erggghhh... tapi korang ketahui lah...

dia tu budak PKR ke.. dia tu budak UMNO ke.. dia tu budak PAS ke.. dia tu budak PEMBANGKANG BEBAS ke... kalau dah cara bangang dia buat... pada aku tetap dia adalah bangang... tak boleh ke besok.. dia ajar anak aku.. nyatakan dan bincang dengan ibu bapa apa yang di kehendaki,, apa yang tak di sukai .. bukan dia ajar anak aku.. memberontak serupa orang tak de tamadun... maaf lah ya.. pendapat peribadi. nak lahar aku pegi tempat lain.. ni blog aku...



klik iklan ni tak kena bayar pun