~ ♪♫♫♪♪♪ ~
Salahkanku... jangan salahkan ku
Kasihani aku... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliru
Kasihani aku... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliru
~ ♪♫♫♪♪♪ ~
stop...stop..stoooooooooooppp... bukan.. bukan... ini lagu keliru yang ajai dengan nurul nyanyi.. bukan.. ni keliru aku yang tanggung la.. bukan pasal keliru macam ni.. tapi keliru yang macaaaaaaaaaaaaaamm.. haih~ susah nak kata...
aku keliru... tawaran yang datang tu... aku tak pasti.. sesuai ke dengan aku? ... boleh ke memenuhi kaedah peel-peel pelik aku? ... yang penting.. betul ke itu untuk aku???
kalau kata pikirkan mewah hidup.. pikirkan goyang kaki.. memang aku ambil jerk tawaran tu... .. tapi... betul ke keputusan aku tu, kalau aku main terima jerk, kalau aku nak pikirkan kemewahan selepas tu... .. banyak orang yang aku tengok.. memilih mengikut hati mereka.. tidak akan menjadi semewah begini.. ramai juga yang aku tengok... mengambil tawaran ini dengan tanpa banyak bicara.. hidup dengan mewah.. cuma.. kegembiraan atau kebebasan.. bergantung kepada yang memberi tawaran tu.. kadang-kadang aku tengok mereka senyuuuuuuuum dengan manis.. kadang-kadang pula ada yang senyum.. tapi hanya kerana, mesti senyum..!
minta pendapat mak dan ayah.. diorang macam suruh mencuba..pelik juga tatkala diorang suruh mencuba tu.. sebab mungkin aku akan pergi jaaaaauuuuuhhhh dari mereka... tapi mereka macam tak pernah mempersoalkan kadar kejauhan yang bakal aku tempoh tidak seperti sebelum-sebelum ni... keliru...
kawan-kawan? memang aku tak kan bercerita.... lagi banyak pendapat mungkin akan buat aku lebih keliru.. jadi aku ambil pendekatan menerima pendapat keluarga sahaja.. along aku... macam tak berapa bersetuju dan berminat... cuma.. bila dia melihat respon orang tua bagai cuba menyokong.. dia hanya membatu.. cuma pesan dia... cubalah dahulu..
aku? belum sempat lagi minta petunjuk dari Allah.. baru saja suci... insyaAllah aku akan minta petunjuk pada hati yang berbelah bagi dan keliru ini... pasti.. kalau tawaran ini memang baik untuk aku dan masa depan... memang rezki aku... Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui bukan...pasti petunjuk yang terbaik akan di beri kepada aku.. insyaAllah... insyaAllah....
haih..~ aku pun tak pastilah... keliru dalam semua keadaan.. keliru dalam keinginan hati.. keliru dalam situasi.. keliru dalam pengalaman hidup orang sekeliling.. keliru... keliru... teramat keliru...