inilah harga yang perlu di beri kalau join forum public ni.... yang jenis tak tahu adab... cakap ikut suka... yang jenis terlalu pandai dan tak pernah buat salah... yang psiko lagik la... hahahahahaha... tapi tak pe.. memang ini menguji kemahiran kesabaran.. cara elak... serta cara nak kena kan balik kat empunya mulut longkang....
buat yang ada kat luar sana... sekiranya anda adalah ilmuan.... kalau nak menegur salah orang.. silalah berbudi bahasa terlebih dahulu... jangan aibkan kawan kita yang tersalah tu... tak salahkan mulakan dengan " minta maaf ya.. saya rasa ada kesilapan sikit lah dengan apa awak kata @ awak jawab @ awak terang.." susah ke? tak kan? senang kan? rasa ada tak yang akan malu kalau macam ni? tak kan? rasa ada tak yang kecik hati? tak kan? rasa ada tak yang sangat bangga dan suka dengan kita kalau kita buat macam ni? ada kan? kat sini aku lampirkan adab-adab menegur atau menasihati yang di ambil dari halaqah.net
Adab-adab memberi nasihat
1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

moga... aku juga mengambil iktibar.. dari kisah seorang bongkak yang menegur kesilapan aku tanpa penjelasan yang terang tetapi penuh dengan sinis dan menggelarkan aku mak senah serta si gemok...
ketidak redhaan aku... akan di tanggung dia... sakitnya hati aku... akan ditanggung dia... itu yang Allah janjikan.. tunggu lah aku redha.. kalau aku ingat.. aku maafkan.. kalau tidak... minta maaf dengan aku kat akhirat nanti...