“Papa dah agak dah kamu mesti nak ajak papa A shopping. Papa dah cakap dah dengan mama. Tahu aje kamu sekarang ada sale. Tak pernahnya ketinggalan.”terang Dato’Haris. Tersenyum Ika senang. Ingat papanya fikirkan apa.
“Papa dah bincang dah dengan mama tadi, kejap lagi papa dengan mama memang nak bawa kamu pergi membeli belah”terang dato’Haris lagi.
“Yeaaaaaa.. seronoknya..hahahaha” suka Ika dengar apa yang di katakan papanya sebentar tadi.
“Ha, seronok-seronok juga..yang penting sekarang kita sarapan dulu…!”Kata Datin Rosnah meniru gaya iklan di tv.
Keadaan di dalam kereta amat membosankan. Inilah yang terjadi sekiranya hari minggu menjelma. Kesesakan lalu lintas. hari cuti berginilah yang berkeluarga akan membawa anak dan isteri bersiar-siar,si kekasih bermadu kasih.
“Pa…”panggil ika memecah kesunyian.
“Ya sayang, ada apa?”Tanya dato’Haris
“ Ika tengok kan,semenjak sebulan lalu papa jarang ada kat rumah. Kalau dulu.. ada jugalah masa dengan Ika, sekarang susah sungguh” rungut Ika.
Tersentak Dato’Haris dengan soalan anaknya itu. Tapi dengan senyuman dia menjawab “biasalah Ika,kalau papa tak kerja kuat..macam mana papa nak bawa Ika pegi shopping, kan?”. Tergelak kecil Ika mendengar jawapan yang di berikan Dato’Haris.
Datin Rosnah menyampuk “yelah abang ni. Kalau iya pun kerja, takkan sampai ke malam client cari awak, ke..
“ Sudah, awak jangan nak burukkan saya. Itulah datin-datin ni, kalau dah duduk berkumpul asyik mengumpat dan berprasangka pada suami saja” bantah Dato’Haris sebelum Datin Rosnah dapat menghabisan kata-katanya.
“ Ma..Pa.. dah ok? Ika just Tanya aje lah. Janganlah berpanjangan” rayu Ika. Suasana dalam kereta kembali sunyi. Hanya celoteh dj memenuhi ruang kereta.
Semasa di KLCC, Ika dan Datin Rosnahlah orang yang Paling sibuk membeli-belah. Dato’Haris hanya mengikut sahaja. Bahkan Ke tempat pakaian dalam wanita sekalipun dia membuntuti.
Setiba sahaja di rumah, Dato’Haris terduduk bersama dengan timbunan barang-barang yang baru dibeli anak dan isterinay. Dia betul-betul keletihan. Kenapa tidak, hampir kesemua pelusuk KLCC itu dijelajahinya. “Taubat saya nak bawa awak anak beranak membeli belah masa sale. Dah nak tercabut dah kepala lutut saya ni tahu tak. Lagi satu.. tokey minyak pun boleh muflis kalau macam ni tau. Adeih, kalau macam ni tiap-tiap bulan, mahu sakit jantung aku di buatnya” rungut dato’Haris. Ika dan Datin Rosnah ketawa mendengar rungutan Dato’Haris. “Alangkah bahagianya kalau selalu macam ni” desis hati Ika.
Keesokan harinya.
“Selamat pagi ma..” sapa Ika sambil mencium ubun mamanya.
“Pagi…”jawab mamanya lesu.
“Kenapa ni mama? Penat lagi ya?” tanya Ika.
“Entahlah Ika, papa kamu buat mama risau je. Pagi tak menyempat nak sarapan kalau nak pergi kerja tu, kalau bekerja pula tak ada masa nak pulang rumah. Tak tahu mama kemana perginya. Kalau mama telefon pejabat selalu sangat tak ada kat sana. Kalau telefon bimbit memang di tutupnya”keluh Datin Rosnah.
Luahan hati mamanya itu membuatkan tangannya terkejang dari terus menyuap sarapan. Terdiam dia seketika. Dia akui dan tidak menafikan. Kawan-kawannya pernah memuji papanya yang masih segak bergaya,muda dan tampan. Sehingga ada yang berani bergurau untuk menjadi ibu mudanya. Tapi, kalau itu yang menjadi punca kelewatan kepulangan papanya, bukan setakat mama, dia pun berasa gundah gulana. Hati perempuan mana yang tidak terusik kalau suami ada perempuan lain diluar ? Adakah salah isteri yang tidak memenuhi kehendak suami ? atau… Suami yang miang keladi tak sedarkan diri?
Di sekolah, Ika tidak senang duduk. Dia tidak dapat menumpukan pelajarannya kini. Dia asyik termenung. Difikirannya hanya berlegar-legar masalah baru. Masalah itu bagaikan sentiasa didengari di cuping telinganya tanpa mengizinkan sedikit kekosongan di benak muda, akan senantiasa berlegar. Perasaan takut kian menular di segenap unjuran saraf di tubuhnya. Bunga-bunga kebahagian yang bermekar disangkanya akan menjadi kuntuman mewangi sepanjang masa. Tapi bagaikan hanya sempat membuka kelopak tetapi layu untuk kesekian kalinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~