aku minta maaf pada kalian.. biarkan blog tak berupdate... lama jugak tuh.. minta maaf, kondisi kesihatan amatlah tidak memberangsangkan, dan hari ni pun, dikira masih tak sihat, tapi dah boleh ngadap komputer kat opis balik dah.. miaahahahaha... tekak sakit.. kepala bengal.. itu perkara biasakan buat masa cuaca skang yang amat-amat tidak menentu, kan?... jadi aku minta maaf sangat-sangat.. hari-hari aku bukak blog ni, tapi nak update macam tak berselera lah plak... minta maaf sangat-sangat ya.. walau aku tgk trafik, blog aku masih di kunjungi kawan-kawan... minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada kalian .
ok, now.. aku nak invite pada sesiapa kawan-kawan blogger yang sudi nak join camping yang aku nak buat pada 11 & 12 JUN 2011 ini di.. tapak perkhemahan LAMAN BANGKINANG, BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN... bayaran dia sebanyak rm 40, ok bayaran ini termasuk duit khemah, duit BBQ, dan duit untuk aktiviti malam yang akan di sediakan pihak Laman Bangkinang....
so aktiviti yang akan di lakukan adalah.. jeng..jeng..jeng.. siang pada 11hb tu, kita akan cuba untuk sampai jam 11pg di sana, selepas ambil khemah, kita akan terus ke JERAM TENGKEK untuk mandi manda sampai petang..malamnya, kita akan berBBQ dan akan berkativiti dengan orang-orang di Laman Bangkinang..dan selepas aktiviti bersama penduduk Laman Bangkinang, kita akan buat aktiviti unggun api.. esoknya pula, kita akan pergi melawat ke muzium barang lama milik peribadi penduduk setempat dan mungkin kita boleh nak sambung mandi di jeram tengkek ..
jadi pada kawan-kawan blogger yang berminat, boleh telifon hest di talian 0126578942 untuk maklumat lanjut dan akaun bank yang hendak di bank in kan.. OUH YA TARIKH AKHIR BAYARAN PADA 4 jun 2011