Friday, January 11, 2013

SI KENCHANA

"Kenchana...!!! kenapa kau datang ke pekan ha???"
"kenchana hanya mahu menolong bapak... kenchana kasihan sama bapak"
"tak perlu..!! sudah berapakali aku bilang.. kau itu pembawa sial!!"
"bapak.. sampai hati berkata kenchana begitu.. kenchana tersedu sedan.
"karana engkau..! semua jualan bapak tidak laku..!! kerana engkau, kita kelaparan..!"
"tapi bapak, kenchana hanya duduk sahaja di tepi bapak... kenchana tidak berbuat apa-apa"
"iyaaa, kerana itulah mereka semua takut untuk datang ke gerai ku, kerana wajahmu yang hodoh itu, mereka takut..! kamu memang pembawa sial, kenchana..!"
kenchana berlari keluar, tidak sanggup dia untuk terus mendengar penghinaan dari ayahnda yang di sayangi..

********************************************************************************

"melati, dimana rumah melati? selama kita berjumpa, kanda tidak pernah tahu di mana rumah melati." tanya andria perkasa.
"aaaa, rumah melati terletak dihujung kampung kanda.." jawab melati sambil menggigit jari.
"tapi di mana?kanda kurang pasti sayang.. nanti kalau kanda mahu kerumah adinda untuk bertemu bapak bagaimana?"
melati kelihatan gelisah.
"erm.kalau kanda mahu datang kerumah, bilang sama melati dulu"
"kenapa melati? adakah adinda menyimpan sesuatu dari pengetahuan kanda?'
"tidak..tidak.. bukan begitu kanda"
"jadi, kenapa sukar untuk dinda meyatakan hal ini?"
"bukan begitu.. cuma dinda takut kanda terkeliru sahaja jalannya" melati berkata membelakangkan andria perkasa.
"tidak dinda..tidak.. kanda sungguh arif dengan pelusuk kampung ini, kandakan pemburu handal"
"iya.. err..dinda lupa hal itu.. err..hihihi"
"jadi di mana?"
"di hujung kampung, sebelah pohon seroja yang rimbun. ada anak sungai yang menghala ketimur, disitulah rumah dinda,kanda" jawab melati ragu-ragu.
"disebelah pohon seroja nan rimbun? berdekatan anak sungai menghala ketimur? bukankah disitu... terdapat seorang gadis hodoh? yang tinggal dipondok usang itu sekeluarga?"
melati hanya mendiamkan diri..
"jangan -jangan.. perempuan hodoh itu keluarga dinda?"
melati hanya mengangguk perlahan
"Cis..!! tidak akan sesekali aku berkerluarga keturunan yang hodoh, kerna aku tidak mahu keturunan ku akan ada yang hodoh! sampai sini sahaja melati! aku tidak mahu lagi terus berkasih dengan kau..! selamat tinggal!"
"kanda...kanda.. jangan tinggalkan melati.." melati menangis keesakan..tidak dia dapat menahan kesayuan hati, sijantung hati yang sentiasa dipuja telah pergi meninggalkan dia terkontang kanting seorang diri. ouh, bagai daun yang luruh, begitu luruh airmatanya.

"KENCHANA..!! kau memang pembawa sial..!"
"kekanda...kenapa kekanda kata begitu pada adinda"
"kenapa kau bilang?? kerana kau, kekasih hati ku telah putuskan kasih kami..kenapa kau tanya?"
"tapi kenchana tidak tahu apa-apa kekanda"
"aaaah, kerana rupa kau yang hodoh itu lah dia tidak mahu bakal keturunannya berwajah hodoh juga"
"tapi kenchana tidak pinta punya rupa  begini kanda"
"ah..! sudah.. pergi kau dari sini..! aku benci melihat wajah mu!!" marah melati seraya menolak kenchana sehingga terjatuh di luar rumah. kenchana hanya mampu menangisi nasibnya, sudahlah bapanya membecinya, sekarang kakaknya pula.  ibunya telah lama pergi, meninggalkan dia dan keluarga kerana tidak sanggup terus di cerca dengan kehodohan kenchana.

*********************************************************************************

kenchana berlalu meninggalkan rumahnya, perlahan kakinya melangkah. kadangkala terdorong kekiri dan kekanan mengikut tiupan angin yang kuat. wajahnya ditutup separuh dari kain selendang yang dipakainya.
"kemana harus ku pergi?" rintih hati kenchana.  kakinya terus melangkah diiring cicipan burung, bersama bunga-bungaan yang mendendangkan geseran angin nan indah, dia telah sampai ke lembah tasik cini.
"ramainya manusia" dia melihat berdekatan tasik cini, ramai manusia yang sedang menikmati keindahan tasik itu, yang bersama ahli keluarga, yang bersama-sama rakan-rakan, lelaki bersama lelaki, perempuan bersama perempuan. gembira benar hatinya, kerana selama ini dia tidak pernah punya teman. berada dikalangan manusia yang sedang bergembira, membuat hatinya sangat senang sekali.

Tiba-tiba dihujung tasik sana terlihat dia sekumpulan gadis-gadis berlari sambil menjerit

"anakonda! anakonda! eh silap... naga!..naga!..naga!"
yang lain juga  bertempiaran lari, tahulah dirinya bahawa naga tasik chini telah keluar mahu mencari rezki. semua yang ada berkeliaran lari menyelamatkan diri. dia tahu naga tasik chini hanya akan kembali kesarang selepas peroleh makanan. setiap kali kelibat naga ini kelihatan, semua manusia akan berusaha menyembunyikan diri kerana khuatir menjadi makanan sinaga, mungkin setelah mendapat lembu, kerbau atau babi baru lah naga itu kembali ke sarangnya.
"ah.. ini peluang ku.." bisik kenchana.  dia berlari kearah bertentangan dari manusia yang berlari menyelamatkan diri itu, terus dia  masuk ke tasik chini. terdapat beberapa manusia lain memanggil-maanggilnya supaya melarikan diri.. tapi tidak di endahkan..dia melihat arus air yang beralun mengikut gerak badan naga. teriak kenchana di situ.

"WAHAI NAGA YANG KELAPARAN....MAKAN LAH AKU.. JANGAN KAU GANGGU KEHIDUPAN YANG LAIN, AKU SERAHKAN DIRIKU UNTUK SANTAPAN MU..!! sambil dia mendepangkan tangannya, tanda dia menyerahkan keseluruhan dirinya untuk menjadi makanan siNaga.
orang-orang yang berada disekeliling terpaku dan terpinga, tidak disangka seorang gadis sanggup menyerah diri supaya naga durjana tidak memamah hidupan lain..

BRRRRUUUUUUUUURRRR....!!!!! air tasik chini berkocak lebat dihadapan kenchana, terpelanting kenchana ketepian.

"HAHAHAHAHA, MANAKAH MANUSIA YANG MAHU MENJADI MAKANAN UNTUK KU? ALANGKAH SENANGNYA, AKU TIDAK PERLU MEMAKAN HAIWAN LAGI, SUDAH LAMA AKU IDAMKAN DAGING MANUSIA.. DIMANAKAH KAAAAAU??!!!" jerkag naga tersebut.

menggigil-gigil kenchana.. seraya berdiri kembali.

"aku...akkk...akkuuu disini naga" ucap kenchana terketar-ketar.

ZAAAAASSS...~

naga berpaling ke arah empunya suara, dia melihat satu susuk tubuh berdiri terketar2 sambil menutup muku kerana ketakutan.

"HAHAHAHAHAHA. WAAAAHH.. NIKMAT..MANUSIA DIHADAPAN KU.. HIDANGAN YANG LAZAT .. NAMAMU?"

kenchana terketar-ketar, menurunkan tangan cuba untuk melihat naga "ken..kenchaa..kenccchhhaa..kenchana!" jawab kenchana mengadap muka sinaga. kini mereka bertentang mata. si naga tidak berkelip memandang kenchana, kenchana kegugupan melihat reaksi naga..lama mereka bergitu, sehingga tubuh kenchana menggigil kesejukan pabila disapa angin. tiba-tiba naga bersuara.

"adakah kamu manusia?"
kenchana menggangguk perlahan.
"HUH..!! APASAL HODOH SANGAT?? PUTUS SELERA AKU NAK MAKAN.. uweeeekk..uuweeeekkk... ISH, TAK NAK AKU.. TAK LALU.." naga membuat gaya geli geleman sambil terus berpusing dan kembali ke laut untuk kesarang..semua yang memerhati bersorak gembira, ramai yang memuji-muji kenchana, tetapi kencana?

airmatanya bertakung, lalu mencurah bagaikan hujan, tersedu tersedan, meraung bagai orang yang tidak siuman. terus dia berlari dengan lajunya sambil meraung menagisi nasibnya . dia berlari kehutan, berharab bertemu si kelembai. dia tidak mahu hidup lagi. betapa kecewanya hati kenchana, NAGA pun tidak berselera untuk memakannya, kerana wajahnya yang hodoh? ouh... kejamnya dunia... ORANG DAH BAGI MAKAN FREE PUN TAK NAK.. PUNYALA DEMAND NAGA NI..!!!






klik iklan ni tak kena bayar pun