Wednesday, September 14, 2011

keihlasan membaawa rezki

rezeki tu ada di mana-mana.. bila.. dan bagai mana dia datang memang tak di jangka... betul kata pepatah tu... 
' kalau dah rezeki.. tak kan kemana..'
aku syukur sangat... lama juga dah tutup kedai.. tak terlarat nak tanggung badan... dan tak larat nak tanggung dengki khianat orang... buat aku tutup kedai... dan setakat menerima tempahan kawan-kawan atauu meeting atau majlis-majlis kecil je di kalangan kawan-kawan ofis atau dari unit lain searas tu..  nak pikir untuk lain tak pun.. melainkan ada yang minta untuk masak kan lauk-lauk ringkas... 

tapi alhamdulillah... isnin lepas, ada seorang teman kelab kereta yang mendapat tender untuk menghidang di sekitar mensyuarat-mesyuarat ringkas tau majlis-majlis persendirian ... aku pun tak lah tanya sangat dia ni dikira tender ke atau sekadar nak membantu ofis dia... yang aku tahu.. dia call aku pada hari jumaat untuk tempah nasi lemak ayam berempah.. aku on jerkla.. memandangkan waktu ini aku tak de pape program..

tak banyak.. hanya untuk hidangan 27 orang.. tugas aku ringkas.. hanya memasak menu.. masuk dalam bekas besar dan dia datang ambil dirumah aku, untuk dia wrapping.. senangkan?xseperti biasa.. aku mana lah tahu nak letak genap-genap.. aku memang dah biasa untuk lebihkan order tu.. mana lah tahu kalau ada sesuatu yang tak elok ke, nask tumpah sebekas ke.. apa ke kan.... at least ada yang membackup..

harga aku tak letak.. sebab aku nak tahu.. ok ke tak.. cukup ke tak.. kalau puas hati baru harga aku letak... petang tu aku dapat mesej..
' ima.. nasik lemak tiptop... berapa harga? rabu nii abang nak tempah meehoon telur mata 30pack ya.. '
terpana aku seketika... aku  mencadangkan harga nasik lemak... dia mempersetujui.. bahkan nak menambah sedikit.. tapi aku menolak.. sebab ayam yang aku sediakan bagi aku sedikit kecil.. aku tak puas hati tentang itu... jadi aku harap sekadar harga yang ada.. dan yang aku pasti.. harga itu adalah harga yang sedikit mahal dari aku jual sendiri di ofis pada kawan-kawan... syukur rezki aku.. 

semalam ketika aku jumpa untuk mengambil bekas-bekas mengisi bihun untuk pagi.. dia bagai memberi isyarat.. dia memang akan subkan masakan pada aku... selagi aku mampu dan tahu nak buat masakan tu... yaAllah.. syukur... betul kata ayah...
' kalau kita buat kerja ikhlas.. makanan tu akan jadi sedap dengan keikhlasan kita..'
terima kasih ayah dan emak.. atas segala nasihat yang diberi ketika aku mula menceburi bidang masakan ni... benda yang mereka sendiri tak sangka aku berani buat.. kerana selama ini diorang tak tahu aku tahu memasak banyak benda .. ekekekeke... semua atas ajaran mak ayah juga... ima cuma tambah dan gali sendiri selebihnya... hari selasa aku masak kan kuah longtong untuk majlis hari raya ofis aku.. :).. ni jam 4.30 pagi aku selesai memasak jam4 untuk bihun :) so aku nak tido.. sebab badan aku betul2 letih 

terima kasih tuhan.. terima kasih mak dan ayah.. terima kasih semua... =)



klik iklan ni tak kena bayar pun