Saturday, January 15, 2011

14hb terlalu banyak benda yang berlaku...




(sebelum aku menaip lebih panjang dalam ni.. aku nak minta maaf, sebab aku terpaksa men'delete' post sebelum ini, kerana terdapat kekurangan dan sikit kecacatan dalam material yang dicopy.. dan aku tak dapat nak copy kan balik material yang ada.)

aku tak tahu, dan tak faham kenapa semua perkara harus berlaku dalam hari yang sama. dari pagi hingga ke malam harinya.. aku nak kongsi dalam ni dari semalam, tapi rasa semacam tak mampu untuk aku menaip..jadi entri kali ini sedikit panjang.. huhuhuhu

PAGI..

aku sampai ofis dalam jam 7.10 am, letak saje bakul nasik lemak, on komputer, telefon aku berdering..tertera nama lisa... erm, awat pepagi nau minah ni kol, kalau tak de hal tak de dia nak kol.. ni mesti ada menda nih

aku: yup sot, nape
lisa: ima... tolong aku..
ak: uik, ko kenapa
lisa: ima.. aku terkunci dalam rumah..
aku: eh , macam mana lak ley terkunci? tak paham ni..
lisa: kunci rumah dengan kunci bilik ada dalam bilik, pintu aku dah kunci..
abes macam mana nak kuar...
aku: erk.. betul juga eak, jap lagi aku sampai..tunggu jap..

aku pun, minta tolong kawan berdekatan untuk jualkan nasi lemak sekiranya ada yang mahu membelinya.. terus aku capai kunci dan vrooooooooooommm.... sampai kat rumah aku cuba tengok kalau boleh cubaan menggunakan pisau.. tapi memang tak boleh nampaknya... terus aku meminta persetujuan lisa untuk... PRAAAAAAANG.!~ rosak kan terus tombol tu..dia kata ok so, apa lagi.. prosesnya seperti di bawah.... hahahahaha.. dengan menggunakan anak lesung aku menjahanamkan tombol tu.. sempat lagi si lisa snap picca tu..



masa ni aku tengah tengok boleh buat tak apa yang aku pikir. huhuhu
inilah hasilnye...huhuhuhu

selesai saja.. jam awal lagi baru pukul 8.15 am.. aku ajak lisa makan kat kedai mamak.. ekekeke..alang-alang kan:P lepak le kejap.. bukan selalu..

์ mood waktu itu adalah 'HAPPY' 'BANGGA' 'TENAAAANG SANGAT'

TENGAH HARI

ini satu kisah yang amat-amat menerujakan sekiranya anda seorang anak yang nakal... huhuhu..ok aku terbaca status seorang sahabat..yang menunjukkan dia sekarang check-in di sebuah masjid untuk solat jumaat (satu aplikasi dalam FB) aku dengan ringan tanga memberikan komen yang amat comel bunyinya

hesty said : bang.. jgn le takat klik button check-in je tapi tak check-in plak ya.. hahaha

actually masalahnye bukan pada empunya Fb tapi pada scandal dia..(memandangkan mamat ni dah kawen tapi ada awek, so juz call 'scandal' jerk la ya).. aku rasa dia tak puas hati kot.. dengan tiba-tiba dia membalas komen ty dengan...

dianasakitjiwa said: saaayang dia....muah..

aku pun mula lah menggunakan ayat yang berbaur sakarstik..yelah aku tak suka, laki ni dah berbini anak ada 2 kot.. yang ko nak menggatal nape? walau aku tahu mamat tu pun melayan.. tapi perempuan tu kena lah lebih sensetifkan? so, aku dengan seikhlas hati memang nak menambah sakit jiwa yang memang ada dalam diri perempuan tu.. so, mula la ayat-ayat serta pantun-pantun sakarstik..

hesty said: erk?..!~ tetiba jerk plak.. tak pasal2.. hahahha,
kat post nak pegi solat jumaat lak tu.len kali suh la doakan ke... baru betul
dianasakitjiwa said: eh ada plak yang menyibuk
hesty said: sabar kak ooii.. sakit hati ke?bawak bertenang ye ^_^
dianasakitjiwa said: kalau betul, ada aku kisah?
hesty said: yeke?? :P nampak gaya macam kisah je..^_^
dianasakitjiwa said: aku kisah sekali pun, ada aku kacau?
hesty said: kacau? kacau apa kak?

hahahaah sampaikat situ jerk.. oleh kerana dia scandal mamat tu, dia ada password FB mamat tu, terus dia mendeletekan post tersebut.. waaaaaaaaaakakakaka

์ mood waktu itu adalah 'DEVIL...waaaaaargh..!~' 'MULUT AKAK LASER NON..!~'

PETANG

aha..~
masa ni time rehat,, tah-tahu jerk la, rehat hari jumaat... lamakan? so aku memang ambil masa ni untuk bertapak tido kat satu sudut dalam surau.. hehehehehehe... tpi sebelum tu, aku sempat berbual dengan syahirah dan menerangkan beberapa fakta salah faham diantara dia dan elina...aku rasa syahirah dah sikit cool dari kemarahan yang menggila.. aku rasa dia dah ley accept yang elina termakan dek fitnah orang ke-3... alhamdulillah.. aku harap semua menjadi baik seperti sediakala...

so, petang tu sebelum senja.. aku pun letak lah kat status fb aku post yang berbunyi macma ni...

komunikasi itu penting..walau ia PAHIT untuk ditelan,KEJUJURAN itu yang akan membetulkan semua tanggapan yg SALAH..KEJUJURAN jua yg akan menghalang perkara yg mungkar dari berlaku..tanpa komunikasi,sewenang2 membuat ANGGAPAN sendiri,yg mn sama sekali SALAH! ORG KE-3 yg 'curang' dn melaga2kan kalian TERSENYUM BANGGA kerana berjaya MEMISAHKAN 1 IKATAN KELUARGA..dia bukan SYAITAN tp BAGAIKAN SYAITAN



tetapi malang nasib aku apa bila orang lain terasa.. dan ingat aku menyindit trilogi cinta mereka... ouh YA Allah.. sabar jerk la aku.. mula la sedikit kecelaruan.. walau aku terangkan bukan untuk dia... dan sama sekali aku tak teringin atau tak bernafsu langsung dalam kisah trilogi cinta dia... tapi dia dah REMOVE aku.. pergh.. memang makan dalam.. sebab sebelum ni, dia amat-amatlah suka menasihat kan kawan-kawan dengan bait hadis... eh, tak kan benda mengarut macam ni, dia tak boleh nak fikir balik dan turuti ajaran-ajaran hadis tu?? tapi kenapa dia nak terasa? sebab ini bukan hal dia.. bukan untuk dia... jujur.. aku PEDIH.. sebab tak pernah walau sekali aku putuskan silaturrahim.. even orang tu dah tikam aku atau mempergunakan aku sekali pun.. aku hanya menjauh kan diri tapi tidak untuk putuskan silaturrahim..

์ mood waktu ini 'AMAT KECEWA' 'SAKIT HATI' 'BENGANG'

MALAM

pergi pasar malam dan beli beberapa keperluan, sampai rumah terus on9 sebab MR. BM dah tunggu.. alhamdulillah.. pada dia aku curah semuanya... nasib la hang jauh encik BM.. kalau tak chek dah suh hang mai pujuk chek yang berduka lara,...huhuhu..sementara tunggu dia settle kan beberapa perkara berkaitan program award bollywood yang di buat secara langsung di negara dia,..aku jengah kedapur.. biasalah memasak.. itu terapi untuk aku... lewat malam baru aku bervideo cam dengan MR.BM tenang sikit hati... comeeeelll jerk rasa :P

์ mood waktu itu... 'MAK BAHAGIA NOOOKKK'


kisah waktu ini :

♨ sedang menon tv
♨ tak sabar nak g pasang speaker baru
♨ mata ngantuk oiiiiiii

p/s : ouh ya, tahniah buat MR.BM walau hanya dapat tempat ke-3 dalam tournament tennis antara media.. but u still got a place ha... tahniah sayang

klik iklan ni tak kena bayar pun