Tajuk havoc je baru korang bacakan? hahahaha, dah.. jangan nakmenipu.. sebab aku pun sama kadang-kadang begitu. asal formal je tajuk rasa macam alaaahai! bosan plak mak nak baca!.. ekekeke
Baiklah, kita berbalik pada tajuk tu. Apa kebenda yang aku hangin-hangin nih?? al-kisah dia macam ni. baru-baru ni kan cuti panjang? jadi sedara mara adalah balik-balik kampung. nak dijadikan kisah, pada akhir cuti tu, ramailah yang mula nak berangkat pulang ke rumah masing-masing. bapak akukan buka kedaikan? datanglah sepasang mak dan bapa sedara aku, aku gelarkat sini sebagai uncle dan auntie (walau hakikat tak le panggil gini yerp.. kasi nampak moden sikit, kang tulis terang-terang kot terbaca anak-anak dia kecik plak hatikan? )
aunt : ima, anak-anak auntie dah ketagih pula nasik lemak mak kau ni, kau bungkuskan sambal asing
aku : boleh je, eh pakcik kat depan ea? kejap ima pegi salam, ritu tak jumpa *aku pun pegi la salam*
aku masuk balik sambil-sambil membungkus nasik lemak tu, aku berborak la, sebab auntie aku ni lepak kat dapur kedai.
aku : ni auntie nak balik terus ke ni?
aunt : ha'ah la, bungkus dulu nasi lemak ni bawak balik sana. anak-anak aku siap cakap bisik-bisik masa kat umah tua, nak nasik lemak mak kau.. siap dia cakap, tak payah hon-hon turun je pegi bungkus
.
*aku sebenarnya masa ni tak lah paham apa dia cerita, part depan tu je aku paham*
aku senyum
aku: dia takut umah tua tu dengar kang kecik hati kot, sebab tu dia berbisik
auntie : yelah kot
aku : eh, habis tu budak-budak tu semua mana? bukan auntie kata semua balik?
aunt : ada tu dalam kereta semua?
aku : semua tu? yang sulong, angah pun ada? * sulong dgn angah belajar IPT duk tmpt lain*
aunt : ada lah semua tu dalam kereta
aku : laaa.. angah pun ada la tu? *aku tanya sebab angah tu yang rapat dgn aku, selalu cari aku*
aunt : ye.. ada tu
aku : *tanpa sengaja* dia tak nak turun salam ke? bertuah sungguh
aunt aku diam je masa ni
ok, habes dialog tu dulu,
korang nampak tak? kalau kita, aku tak tahulah korang. kalau aku,, baik datang kampung, semua mak sedara bapak sedara yang aku nampak ada, atau berdekatan rumah, aku akan cari pergi salam. tak nak borak pun tak pe.. salam. balik pun sama, salam. kadang2 bapak-bapak sedara atau sepupu sepapat datang kedai bapak aku sebagai pelanggan sahaja pun. aku akan berlari pergi dapatkan diorang salam, atau tegur kalau yang sepupu-sepupu ni. Ini semua bapak aku memang dah ajar dari kecik, cari sedara-sedara, salam. jangan buat bodoh sombong tak bersalam.
tapi yang uncle dengan auntie aku ni, boleh je dia buat derk anak tak turun salam. parking dah lah depan kedai aku je, bukan jauh pun 12 langkah je dah masuk pintu kedai, anak-anak tak di suruh turun salam? kalau masa diorang baru sampai kampung bersalam sudah tak pelah, aku boleh terima la sikit, ini balik kampung pun tak de nak pergi bersalam, nak balik rumah sendiri pun tak bersalam.
mak bapak educated.. bapak cikgu displin pangkat besar bukan kecik, tak kan itu sahaja pun tak boleh nak ajar? anak-anak bukan kecik-kecik. dah besar yang bongsu je sekolah rendah lagi, yang lain dah IPT dgn menengah. tak kan diorang tu juga tak tahu berpikir? kalau malu sekali pun kat warong bapak aku tu, salah ke turun salam-salam pastu masuk balik kereta? tak kan? dulu ya, kalau diorang tak turun aku yang pergi kat kereta bersalam diorang. tapi sekarang aku tak buat. aku bukan baya-baya diorang. aku pangkat kakak. kenapa aku yang terhegeh-hegeh pergi bersalam walhal kau yang datang kampung.
so kat sini aku nak salah kan mak bapak diorang 70% salah ke diorang arahkan dan marahkan anak-anak atas perkara yang baik? salah ke bersalam sedara-sedara dan mak bapak sedara?
tolong lah para pembaca, sebesar mana pun pangkat kita, setinggi mana pun pendidikan kita, adab itu jangan dilupa, hormat orang tua, hormat darah saudara. tak salah bersalaman, orang akan nampak kamu yang mulia kerana pandai menghormati orang yang lebih tua.
sekian!!