setelah beta membaca entri yang dibawah ini *sambil tangan didagu,geleng-geleng kepala kecil* beta rasa macam meluat + menyampah = alaaahai benci plak rasanya entri tu. Nak dideletekan rasanya macam, tak best pulak kan? biarkan jelah eak.. inilah gunanya dairi pun, luah segala macam mak nenek.. nanti baca balik sendiri yang tergelak. orang lain memang dah gelak awal-awal dah.. kita la gelak lambat sikit. kan? hahahahaha..
Lagi satu beta terperasan banyak betul typing eror *urut dada* sabarlah ya pada rakyat jelata yang membaca. Redha ajelah. Maklum le Menaip guna smart phone touch screen.. gitulah gayanya.. nak baca balik memang kadang-kadang malas jadinya, almaklum le skrin tipon kecik.. Jadi sila redha dengan seikhlas hati..
Hari ni beta menaip pakai komputer, so kalau ada typing eror, beta minta sila tampar manja tangan beta ya.. sebab saje je la tu nak nakal-nakal ngusik uji minda dan kesabaran rakyat jelata.. hakhakhakhak...
hari ni macam ada nak membebel sikit.. ni ha, minta la korang semua doakan untuk aku. Aku agak pening juga bila balik kampung semalam, bapak aku tak nak bercakap dengan aku sangat, mak aku kata sebab bapak aku sangat risau aku tak kawen-kawen.. alaaaahai, macam mana nak cakap dengan pak jak ni.. JODOH pak jak.. jodoh... benda bukan kita boleh petik-petik.. aku pun, disebabkan benda ni la aku makin kuat dengan istilah REZKI, QADA' dan QADAR, ketentuan dan seangkatan dengannya. Nak buat macam mana, orang kita nak tak nak ke kita, orang yang nak ke kita, cakap mulut je kata nak usaha tak de, kang suka sama suka, bawak jumpa pak jak ada saje menda di rejectnya .. kenal sangat pak jak tu.. tapi tak tahulahkan atas kelanjutan umur aku skang ni dia masih macam tu juga perangai ke, tak ke.. wallahualam.. tapi hati aku memang kuat kata, masih belum sampai masa untuk aku lagi. sebab aku percaya sekiranya rezki aku dah sampai, memang dia datang sekelip mata, macam rezki-rezki aku yang sebelum ni. Nanti tiba-tiba benda yang kita tak terdetik pun kita boleh buat, yang susah pun kita boleh harung tanpa rasa penat, yang gelap pun kita rasa terang.. semuanya ketentuan Allah.. bila dah di katanya tiba masa.. maka jalannya akan dibuka buat hamba yang dipilihNya.. jadi minta mohon korang doa-doakanlah.. kita memang tak boleh ubahkan takdir.. tapi dengan berkat doa, mungkin kita boleh mendekatkan takdir kita tu.. jadi mohon sesama doakan aku eak.. sebab sakit hati ooo bila tengok bapak susah hati pasal kita.. rasa macam, kita lah punca hidup dia tak gembira.. sedih hati..
Skang pun aku dalam beberapa plan baru. aku sedang usaha mohon untuk naik pangkat, new application, kalau ada rezki insyaAllah tak kemana. dan aku tengah buat come back. dah aturkan balik jadual kehidupan aku. nak atau tidak, suka atau tidak, aku kena paksa diri pegi GYM kena berjogging, sebab dalam masa tempoh 1 tahun, target aku juga untuk turunkan muscle, walau ramai yang kata aku macam agak bangang buang muscle yang aku buat, bagi aku itu jalan yang terbaik, sebab bila ada muscle berat aku susah nak mampus untuk diturunkan, dia jadi statik gitu, so skang aku kena jogging, aku target sampai ujung tahun, atau 2bulan sebelum ujung tahun baru boleh angkat besi balik dan berenang.. so please say GOOD LUCK ke gwa... insyaAllah tak jadi hangat-hangat tahi ayam.. gwa nak lawan housemate gwa yang selalu perlekeh gwa tu.. dan nak lawan epul sebab dia dah kurus pipi tak tembam.. frust putus cinta kot mamat tu. putus cinta cari aku, tengah bercinta dengan orang pun cari aku.. nak ngorat orang pun cari aku. apa dia buta ke apa aku terconggok depan mata dia slama ni? gila lembap juga jantan-jantan ni kadang-kadang. yang sanggup bersusah payah dengan dia pun masih tak sedar. hasih!!! STOP!! sila jauhi orang tak reti menghargai kau ima... ok guys.. bubye adiooooossss...!