"eh.. kita kawan dengan si siti..siti gaduh dengan kau eak? siti mesti tak nak kita kawan
dengan kau.. jadik kita kawan olok-olok ea? .. kalau siti ada kita buat tak kawan-tak kawan tau.."
siapa masa kecik-kecik.. tak pernah guna word ni.. tak pernah mengalami situasi ni.. tak pernah macam ni??? sila angkat jari kelingking secara berjemaah sekarang.... ekekekeke.. kalau tak pernah tu.. alamat memang la zaman kanak-kanak korang kurang kemeriahan nya.. kurang kesengalannya.. serta kurang sifat talam 2 muka... ekekkekeke.... cuba.. korang rewind balik... huhuu..
aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu.. masa tu aku tadika, cuma aku tak ingat kat mana.. KL rasanya.. ke PD.. (al-maklum le.. bapak askar..sekolah setahun boleh bertukar 3-4 kali) masa ni dialog kat atas tu memang terjadi.. yang bestnya.. aku kat pintu belah ujung sini, si member yang terpaksa menipu ni kat ujung sebelah sana.. dari jauh main senyum-senyum,, main lambai-lambai.. tapi bila si siti tu ada kat sisi.. mata menjeling kita.. bila nak blah tu sempat pandang kita then senyum balik.. hahahahaahha... bapak giller hipokrit.. kecik-kecik dah menjadi pelakon terbaik masing-masing..tapi kalau ingat-ingatkan balik, memanglah kelakar.. sweet pun ada rasa juga..
nowadays, jangan tak percaya kalau aku kata ini masih lagi berlaku... dan paling mengejutkan.. dikalangan orang dewasa ???!! .. "ouh, man..! ada lagik ke orang macam ni.? " ada! dan jangan tak percaya.. terutama ditempat kerja, atau mana-mana komuniti atau organisasi.. tapi ada juga yang tak hipokrit.. tapi words untuk
" aku tak suka dia.. kau kawan dengan aku, kalau aku tak suka dia, kau pun jangan kawan dia.. faham?! "
ini masih ada lagik...huhuhu..
" aiyaaa... suma sudah musat.. tapi otak ala singkat..apa pasat? "
hehehe nak buat macam mana kan.. memang ada yang didik macam tu.. kalau nak kata yang hipokrit toksah di kata.. aku rasa majoriti jerk.. tak payah nak kata
"aku tak tergolong orang hipokrit ok..? "
tapi pernah tak, hang gelak sama-sama.. hang kerja sama-sama, cerita masalah sama-sama.. tapi belakang hang kutuk kaw-kaw.. datang tuan punya badan... tutup cerita.. muka manis senyum... mulut bicara, gigi lagi lembut dari lidah.. pernah kan??
tapi.. makna kata nak cakap kat orang tu terus apa hangpa tak berkenan kat depa.. tak dak kan? biar kan ja dia hanyut layan syok sendiri..? belakang hang gelak kaw-kaw kawan hang kan??
"ades aci.. itu macam aa.. tara baik ooo...kita suma kawan lama sudah..kalu itu..hati dalam ada rasa sikit busuk aa.. tara baik oo..itu kasi cuci sama itu hati juga kalu.."
hakhakhak... pikir-pikirkan lah.. kita ni hidup bermasyarakat.. kawan-kawan juga adalah cermin buat diri kita.. kalau kita pun buat macam tu kat orang.. tak mustahil.. orang lain pun buat macam tu kat kita..lagi haru.. kawan yang sama-sama dengan kita mengutuk kawan lagi satu tu.. bila dia pergi kat oarng lain.. dia plak yang kutuk kita.. lagik best kan? .. so.. sempena ramadhan ni.. kurang-kurangkanlah mengumpat.. sama-sama lah kita mengimarahkan bulan puasa ni.. tegur kawan-kawan kita demi kebaikan dia.. insyaAllah.. orang lain juga akan menegur kita demi kebaikan kita...
renung-renungkan.. dan selamat beramal..
anda buat.. anda dapat....
babaaaaaaaaaaaaaiiiiiii
adiosamigosayonara