Thursday, December 13, 2012

12-12-12 tarikh penuh makna


12/12/12

Cantikkn tarikh tu.. semua orang nak megabdikan tarikh ni perkara yang bermakna dalam hidup, walaupun tarikh ni jatuhnya pada hari rabu, tapi sanggup je orang buat mjlis angkat nikah, so kena lah berhabis cuti untuk bernikah pada tarikh ni, majlis hari lain plak.. tapi untuk aku.. tarikh ni.. da sesuatu yang istimewa juga... banyak perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup aku pada tarikh ni.. aku memang bersyukur sangat..

12/12/12
Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku baru tahu aku berspesis darah B, ekekekeke.. yaaaaa selama ni tak tahu.. takyah nak mengata aku sangat... tepowk dahi kang...

12/12/12
Pertama kali dalam hidup aku, aku menderma darah.. ya darah.. bukan dara.. dahlama aku simpan hasrat nak jadik donor, baru hari ni aku berkesempatan..kalau tak ada je halangan, period la keje la..rupanya tak lah lam menderma darah ni, aku ingat berjam-jam.. selalu yang buat lama orang Q katil untuk derma kot, eak? Alhamdulillah, tak lah sakit.. steady je.. ok la.. aku rasa teruja untuk aku sedekah lagi darah. Mudah-mudahan, dengan darah aku tu, aku dapat la mebantu orang lain dalam kesusahan..dan yang paling penting, darah aku yang mengalir dalam badan diorang dijadikan saham akhirat untuk aku kelak. Tiap kali orang tu buat kebaikan, akan terpalit kepada aku juga.. amin...

12/12/12,
Pertama kali aku merasa pitam.. yaaaaaa pitam, atau gelap mata. Sebab aku bersenam erobik..! osem kan?

12/12/12
Pertama kali dalam hidup aku, aku  merasa situasi pengsan.. ya, pertama kali aku pengsan lepas pitam.  Selama ni aku tertanya-tanya, macam mana rasa pengsan tu? Macam mana rasa pitam tu.. jadi akhirnya pada tarikh ni, aku merasa. Sebabnya aku bersenam erobik, dan sesungguhnya, aku tak tahu dan tk diberitahu, selepas menderma darah aku tak ley terlalu penat. Kalau tidak, macam tulah jadinya. Huhuhuhu. Nasib pengsan tak lama

12/12/12
Pertama kali dalam sejarah, ku tertinggl beg, dan beg aku hilang... hewhewhew.. ini terjadi lepas aku pengsan tu, kalut sangat nak pegi kat keta nak tido sat dalam tu.. sampai terlupa beg lagi satu tertinggal, bila dah sampai umah, baru perasan, patah balik.. dah ak de.. hhuhuhuhu.. sedeeey.. tanya guard, semua tak tahu. Esok pagi datang ofis awal, jumpa pak guard yang shift pagi, dia kata ada orang tingglkan no phone kat buku jaga, untuk sesiapa yang mencari beg tu.. alhamdulillah dapat balik, tapi orang asal yang jumpa, aku tak dapat jumpa. Ni kawan dia tolong bagi. Pape pun.. terima kasih banyak-banyak.

Pertama kali tahu jenis darah, derma darah, pitam, pengsan, hilang beg .. semua pertama kali dalam hidup aku. Huhuhh, alham dulillah. Terutama bab pengsan dengan pitam tu.  Selama ni, aku selalu kata, macam manalah rasanya pitm tu? Pengsan tu rasa nak tido jeke? Akhirnya dah merasa tu.. paham-paham jjelah lepas ni, situasi orang lain kalau kena juga.. hehehehe

Aku bersyukur sangat.. dapat melalui pengalaman-pengalaman baru.

klik iklan ni tak kena bayar pun