Friday, April 28, 2017

cerita baru tahun 2017

2017

tahun 2017 bermula kisah kehidupan aku yang baru.. dengan permulaa yang baaik... nantilan.. akan aku update satu persatu .... insyaAllah...





Friday, April 15, 2016

SALAH SATU PERKARA BUAT PEREMPUAN TERSENYUM..

assalamualaikum and very good evening friends..

ya, hari  ni nak bercerita salah satu perkara yang membuatkan seseorang perempuan boleh tersenyum..
cuba bagi tahu ima, perempuan mana yang tak suka DIBERI bunga?
ya..mungkin dia bukanlah penggemar bunga..
tetapi kalau diberi bunga sekuntum, pasti dia tersenyum...
inikan pula kalau sejambak..dan apatah lagi sejambak dan coklat..
nyum..nyum..
senyum sampai ke telingakan? tak kurang pasti ada yang sebak...
pasti...............
jangan tipulah...
sebab?
sebab yang bagi adalah orang yang dekat di hati, kan?
apa keje gila pulak, orang yang tak de kena mengena nak bagi bunga pulak kan?
adik beradik pun tak kan bagi bunga.. ayah kita pun tak kan?
so paham-paham lah jenis manusia bagai mana yang akan bagi bunga pada seseorang..

so.. pada lelaki dekat luar sana..sekiranya bergaduh-gaduh manja, boleh la bagi bunga pada isteri anda.. awek mungkin (kalau tak rasa rugi la...kihkihkih) lebih digalakkan kepada IBU kita.. 
jangan dilupa wanita gagah perkasa itu ya...

so.. rentetan dari perkara di atas yang dibincangkan ini, aku dengan sepenuh hati mengaku, sebelum ni aku agak septikal juga dengan kisah-kisah bagi bunga ni.. dan aku agak keras juga orangnya.. memang tak berapa minat bunga ni..

tetapi....

TAAAAADAAAAAA ...........




YA...aku telah menerima sejambak bunga beserta sebunkus coklat oleh seorang lelaki. memang agak terkejut juga..memang macam nak menangis.. ofcoz la... sebab mak ni nampak je ganas nyah... tapi dalam hati yaAllah lembuuuuuuuuttt... kihkihkih.

mamat yang bagi ni nama dia Shwan.. (shawn..please forgive me for write here our story) ya, seperti namanya dia seorang lelaki cina.. jujurnya dia memang seorang yang baik la. sepanjang kenal dia, memang banyak nasihat yang dia bagi pada aku terutama dari segi kesihatan. dia banyak build up inner spirit aku juga lepas tahu aku OKU. bunga itu adalah first date kami.. ya, pada bekas-bekas kekasih ku.. minta maaf ya.. saya hanya boleh mengakui.. dating dengan shawn adalah dating yang paling bermakna and make me feel real dating and how be a lovely person.. shawn tak romantik macam dalam drama melayu..tetapi sangat caring..caring yang orang tak nampak pun. makna orang tengok kitorang jalan tak la meluat-meluat sebab tak la sampai nak berpaut pinggang berusap pipi what so ever. sebab bagi shwan. JANGAN NAK POYO . ya itu yang dia kata. hhahahaha..but then.. ini menjadi memori terindah.. ya itu yang shwan cakap.. dia tak berterus terang.tapi aku rasa mungkin masalah agama yang kami berpisah. aku pun jujurnya tak nak dia masuk islam sebab nak kawen dengan aku. nanti dia tak rasa kemanisan islam. jadi biarlah dia pergi..ada hidayah untuk dia.. adalah nanti.. 

Shwan.. ima harap, shwan dapat jumpa perempuan yang baik dan boleh jaga shwan.. tak care bro.. you are awesome! jaga diri baik-baik k...

dan aku? teruskan perjalanan.. 


Thursday, March 31, 2016

latest status

haaaa..haaa..haa..>  dah mula fikir lain leteeeeww..haks!

ok lah..
mestilahkan..
faham..
lamaaaa dah tak update..
jadi mesti orang tertanya..
ok ..ima belum lagi kawen.. tak de tunang..tak de pakwe! ..hahahaha

ok.. bab tu settle dah...

buat masa ni.. follow the flow.. ada rezki dia datang. kita terima.. kita pun bukan lah baik orangnya.. jadi sedar-sedarlah diri kheeeenn.. tak kan nak demand macam orang skang. mesti ada rumah,mesti ada kereta, mesti hantaran 15k, mesti good looking.. mesti itu.. mesti ini,, heh! letih mak, nak! 


actually rindu icon YM ni.. ahaks!..

just nak update.. new thing in my life...

tadaaaaaa ... alamak... sorrylah.. tak tahu pula macam mana nak rotate gambar ni  hadap jelah senget ni eak? kikiki...




ima disahkan mengidap retinitis pigmentosa yang mana, kerosakan pada pigmentasi di kawasan retina. sekarang ni lapang pandangan yang disahkan dokor sebanyak 6/10 makna dah 60% vision tak nampak.. sebab tu sekarang aku jadi sangat baik sebab tak keluar malam.. hahahaha...

kecewa?

sikit la.. siapa yang tak kecewa bila kesihatan terjejas..

ada hikmah.. tak pe..

yup betul ada hikmah.. mungkin sekarang ni kalau aku tak jadi macam ni, aku masih ligat dan liar (pergh ayat kan?)

redha?

alhamdulillah.. sekarang dah redha.. dah tak setkat sabar, kalau cerita hal ni dah tak nanges dah.. ok dah... hihihihi..

so.. apa plan?

plan? hmm.. ada juga teringin nak belajar typing as blind di MAB tapi masih lagi berkira-kira.. tak tahu le kenapa, maybe sebab kena cuti tanpa gaji.

ramai ke tahu?

tak pun.. tak ramai pun yang tahu, nak-nak lagi aku nampak normal la.. tak le nampak mata tu pelik..jadi ramai kawan tak tahu..

aik? bestu dalam ni?

dalam ni tak pe.. sebab ramai kawan-kawan tak tahu pun pasal blog ni..hehehehehe..

so then?

so then... pada siapa yang nak kawen dengan ima.. kenala terima hakikat yang ima bakal tak nampak. mungkin akan jadi susah mengurus rumah tangga.. so di nasihatkan.. lepak tepi jela kalau ada niat tu.. hahahaha (budget ramai peminat plak kan..) buat apa kahwin dengan perempuan yang tak dapat membantu dalam segi kerohanian rumah tangga kan.. rugi...


hahahahahha.. ok lah.. itu ajaaaa.. babaaaai... muuuaahh..








Tuesday, March 29, 2016

senyum ....

assalamualaikum..

ya Allah rindu amat kat blog ni..
lamaaaaa dah tak update..
selalu je rasa nak update..
terima kasih sangat pada insan yang tak jemu buka blog ni even tiada update..
yup.. 
saya tahu dari dulu.. 
tapi saya tak tahu siapa anda..
terim kasih banyak-banyak.. 

ok..

for new entry in 2016 ..
ima nak perkenalkan.. 
2 makhluk Allah yang sangat comel..
yang menjadi teman membebel..
teman bergaduh..
teman nak bercepuk kepala..
teman tambah penat..

iaitu...
jeng.jeng.jeng......

etooooooonn dan sudiiiiiiiiinnn....



yang ini, namanya sudin, umo dalam 2 bulan. yang ni kawan rumah ima yang jumpa bawah kereta. dengan sakit mata, berlumur minyak, hanyir air ikan lagi.. kesian dia.. terus ima ambik dan jaga, rawat mata dia sampai baik.. tapi dia sangat suka kencing merata.. huh !



yang ini.. my heart .. nama dia eton.. ini ima yang selamatkan.. ima jumpa dia tengah mengiau kat tayar kereta.. garang.. so jaga dia dari umo 1bulan lebih.. perangai dia sebijik macam ima.. sebijik..
ha.. dia ni pembersih gayanya..

huhuhu.. tak tahu le macam mana kalau diorang tak de nanti.. mesti sunyi.. hurm.. dulu dah tanam dalam hati tak nak jaga kucing. tapi dengan eton hati jadi lembut, terus bawak balik.. eton ni manja jenis lain.. pagi-pagi subuh sapie tu baru dia akan datang pada kita dan tido kat atas badan.. kalau tak.. dia akan tido dekat area kepala.. kalau sudin, jenis memang manja.. kalau tido.. lasak yang amat.. kena hempap pun relaks je.. jadi dia cukup suka duk tersepit bawah badan.. hahahahaha.. selalu pagi-pagi cari dia dulu. takut mati terhempap.. kikikiki.........

bye! tata

klik iklan ni tak kena bayar pun