Tuesday, February 10, 2015

PICCA


OK.. MAKCIK SAJA JE NAK UP GAMBO SENDIRI.. LAMA DAH TAK BELANJA KAN?? HAHAHAHA.. JANGAN MARAH HAAAAA.....

gambar original tak de edit.. aku meamng tak suka edit.. kalau nampak comel itu hanya effect lense dan make up.. sebab wajah asal aku biasa2.. nampak macam kurus? itu hanya angle trick.. berat dan saiz badan tetap sama.. 

SUKARELAWAN SALAM

alhamdulillah.. hasrat dihati tercapai untuk cuba mmberi bakti yang sedikit pada mangsa-mangsa banjir yang berlaku beberapa bulan lepas. untuk kali ini, aku mengikuti sukarelawan dari kumpulan SALAM, yang mana satu pertubuhan sukarelawan berdaftar, dan diiktiraf dimalaysia..

untuk misi yang aku pergi, kami ke temerloh, di kampung lalang. di sini kitorang di tempatkan di tadika kemas sebagai base camp untuk perempuan dan surau bagi base camp lelaki. yang bestnya, makan disediakan peserta sendiri.

keadaan kampung ni dah tidak teruk seperti dikelantan, oleh kerana musim panah telah melanda, maka menjadi masalah pada debu-debu yang berterbangan kesan daripada lumpur yang kering ketika banjir berlaku.

kami singgah juga di kampung yang bersebelahan dengan sungai pahang, subhanallah nama kampung memang aku lupa, aku tengok penduduk disitu kebanyak rumah masih lagi ok, tapi mungkin barang-barang banyak yang rosak, berbanding dikelantan terlalu banyak rumah yang hanya tinggal tapak sahaja.

team yang pergi punsangat sempoi dan bekerja sama.. kat sini aku share beberapa keping gambar.. minta maaf la tak banyak.. ini pun ehsan dari orang.. nak harap aku ambik gambo memang idak le.. sebab aku memang selalu terlupa nakambik gambar,. hahahahah












BERAKHIRLAH SUDAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

assalamualaikum... 

Alhamdulillah, hari ahad 1 februari 2015 maka berakhirlah legasi kedai roti canai bapak aku di melaka. setelah 21 tahun bapak aku berniaga, kami dengan rasminya menutup warong tersebut, yang mana kami ambil masa hampir 2 tahun untuk menutup warong ni. kenapa lama sangat? sebab ada isu mengenai tanah tapak kedai tersebut... setelah kami cuba pertahankan tapak tersebut demi abang mak aku, akhirnya, mak dengan ayah aku boleh merasa lega dengan penutupan kedai yang selama ni diorang tunggu-tunggu.. mungkin ada sesetengah pihak rasa macam bapa aku mengalah dengan tutup kedai tu, tapi hakikat, diorang tak tahu, bapak aku dah lama rancang untuk tutup kedai, dan kami terpaksa bertahan untuk cuba pertahankan tanah tu hanya demi abang mak aku atas rayuan dan permintaan pihak keluarga diorang supaya tanah itu tidah disalah gunakan orang lain, supaya nampak tuan tanah masih berkuasa ditanah sendiri.

banyak kenangan.. banyak benda aku belajar dari kedai ni. dari sini aku mula minat dengan perniagaan, dari sini mula aku minat memasak, dari sini mula aku belajar macam mana nak variasikan masak mengikut apa barang yang tersedia.. dari kedai ni juga aku belajar berdikari, dari kedai ni juga aku belajar mengenal erti susah mencari duit erti penat mencari rezki..

terima kasih mak dan ayah.. terima kasih atas segala jasa.. terutama pada kedai ni... jadi aku ambil bberapa foto untuk kenangan aku sendiri...





selamat tinggal kedai.. selamat tinggal kenangan.. moga makin maju dengan tuan tanah yang baru... 

klik iklan ni tak kena bayar pun