Friday, February 8, 2013

bukan nak riak.. tapi nak mengajak

ha..ha.. jangan salah sangka. bukan nak riak.. ekekeke. sebenarnya, aku baru je tadi mendaftarkan diri sebagai penyumbang kepada MAKNA untuk tujuan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser yang memerlukan rawatan. alhamdulillah.. Allah bukakan pintu hati aku, dan memilih aku menjadi salah seorang penderma pada makna. masa aku datang tadi, petugas perempuan tu nak terangkan, aku cuma angkat tangan, senyum, pastu kata.. " tak pe, saya datang sini memang nak menderma" kakak tu pun senyum je. sampai kat kaunter borang tu, pengerusi diorang kat situ tolong aku isi borang semua, pastu aku cakap " pakcik, saya minta maaf. masa malam hari tu pakcik tanya saya, saya jawab saya tak de mayban atau cimb. saya ada bank islam je. minta maaf ya pakcik saya tipu hari tu. saya nak tengok dulu sebenarnya, saya takut orang tipu" nasib baik pakcik tu paham dia kata dia tak kisah. dia faham situasi aku. pastu dia cakap, ada yang lagi teruk siap herdik mereka lagi dekat situ, orang yang berpangkat dan educated. subhanallah, kesian betul diorang. sebab diorang pun bukan lah bergaji. diorang hanya membuat kerja amal.. aku senyum jela, minta izin ambik gambar, sebab tak de risalah apa-apa yang dia boleh bagi prosedur katanya. sebab mereka NGO. so dia izinkan aku ambik beberapa keping gambar untuk aku share pada korang dan ajak sama-sama menderma.

ni borang cecklist penderma.. borang penderma aku dah isi, borang ni hanya
untuk mengesahkan aku tak de bagi tunai kat tangan diorang


ini banner yang ada kat depan cold storage alamanda

ini penderma selepas aku. gambar aku tak de. nak minta diorang ambikkan, segan plak..
sebelaum aku pun ada penderma.. alhamdulillah tak putus, walau banyak yang mengelak

aku buat ni, salah satunya sebab aku fikir, mungkin hanya ini cara terbaik untuk aku bersihkan gaji yang aku terima. mungkin ada yang aku tak bekerja atau curi masa kan? aku niat wakaf. supaya Allah permudahkan semua urusan aku dan menerima segala amal aku.

derma ni dibuat secara automatik iaitu potongan melalui bank, ada 2 pakej 1) rm 38 sebulan. ini akan di ber pada pesakit untuk rawatan. 2) rm 58 sama juga, bezanya, 58 ni kita bagi untuk kemo sekali, kalau 38 ubatan sahaja. dan bila-bila masa boleh kol bank untuk dihentikan, downgrade atau upfgrade donation.

jadi pada kawan-kawan yang berminat. boleh hubungi MAKNA untuk menghulurkan bantuan yang tak seberapa. jangan sesekali kedekut. bersedekah seikhlas hati, Allah akan lapangkan kehidupan kita dunia dan akhirat, insyaAllah..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

aku


renyai hujan diluar..
basah..
sebasah hati ku yang sayu..
bagaimana bisa aku luncur kesana kembali?
tatkala hati berikrar
tapi aku jatuh
tersungkur
mengheret diri kelembah hina
adakah aku?
adakah sipendamping ku?
apa benar aku tak bisa kawal diri sendiri?
apa benar dia boleh bisik sehingga aku lupa diri?
aku kalut
melalut
serabut
aku benci semua ini
aku  mahu mati dalam keadaan diri tersenyum
bukan berkerut dahi pedih
hanya 1 jalan untuk aku kembali
telah kurayu
dalam tangisan sendu
tapi Allah lebih tahu
kerna apa di biar aku menunggu
adakah kematian takdir pertama ku?












Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

klik iklan ni tak kena bayar pun