Thursday, August 25, 2011

firasat mimpi



sedeyh la.. tak tahu kenapa dengan handphone aku ni... sob..sob..sob.. mana taknya.. aku ni punya la, snap..snap gambar untuk di publish dalam blog ni.. tapi apa kan daya.. masa aku nak transfer, gambar semua tak de untuk di masuk kan dalam PC , tgk kat handphone ada.. nak transfer tak de.. aduih pelik betul... sedih ar... card reader tak de...

meh lah aku menceritakan ia seperti purbakala... tersebutlah kisaaaaaaaaaaahhhh...~

pada suatu pagi, aku telah bermimpi... ketika aku sedang ayik memandu di sebuah jambatan yang aaaaaaamat panjang... dengan tidak semena-semena... kereta ku terbabas DUUMMBB..!! KEBABOOO..! keceper... masuk dalam laut... dalam aku terkapai-kapai... tiba-tiba aku terasa macam tidak seadrkan diri, bila terjaga dalam mimpi itu.. aku telah berada di rumah.. setelah aku bertanya pada orang di kelilingku.. mereka menyatakan aku telah pengsan.. dan aku telah di selamatkan... ketika ku sedar...didalam mimpi itu.. aku telah terlihat seorang bayi...  tiba-tiba mata ku tercelik..

mengikut firasat mimpi yang aku amalkan.. sekiranya bermimpi air.. selalunya air yang banyak.. lautan, sungai, air terjun atau bah .. itu menandakan rezeki.. dan bayi juga merupakan rezeki.. tak kiralah apa jua jenis rezeki.. 

waaaaaaaaah.. ini bermakna aku dapat dabel rezeki ke??? huhuhu ...

ya... syukur alhamdulillah.. pada esoknya.. di waktu tengah hari.. aku mendapat panggilan dari kaunter pos.. satu parcel telah di daftarkan atas nama aku.. aku pun berlari lah mengambilnya.. dan bila kubaca... waaaaaaaahh.. hadiah dari kak marsha laaa... hadiah GA kak marsha dah sampai.. waa.. sedangkan baru je semalam(22/08/2011) kak marsha email kata dah pos.. hari ni (23/08/2011) dah sampai dah... huhuhu.. suka..suka..suka... tp aku belum buka lagi..sehingga ke hari ni (25/08/2011) nanti aku dah buka, aku tunjuk kat korang eak.. huhuhu

dan lagi satu rezki yang aku dapat... pada petang tu plak.. kawan aku menghulurkan 1 surat rasmi pada aku.. yang tertera.. PERTUKARAN ANDA BERKUAT KUASA PADA 5 SEPT 2011 ..waaaaaaaahh aku dapat tukar... dalam 17 orang yang mohon, yang berjaya hanya 4  orang.. ya Allah rezeki sangat.. tak tahu nak kata apa... huhuuhuhu.. sykur alhamdulillah... makna.. cuti raya aku di pendek kan.. dan aku perlu melapor diri di department yang baru.. huhuhuhu.. tak sabarnyaaaaaa...



klik iklan ni tak kena bayar pun