" Data yang ada ni bos, kita belum dapat lengkap dari seluruh Malaysia, masih ada yang belum masuk dalam sistem dan masih ada yang isi tapi tak lengkap.. tapi bos jangan risau, saya dah telifon pada pegawai-pegawai negeri yang terlibat, dah maklumkan apa yang patut dan tarikh akhir pengisianlaporan, insyaAllah 2 hari sebelum tarikh tutup, saya akan pantau dan buat panggilan peringatan lagi sekali pada yang masih belum buat pengisian dan selepas tarikh tutup, masih tak de kerja sama kita akan ambik tindakan serta segala bukti peringatan yang sudah kita bagi " terang ima pada bosnya mengenai laporan kerja tempoh hari
" ok bagus, nanti kalau ada apa-apa masalah di peringkat mereka, sila rujuk pada saya dulu untuk kita sama-sama bincangkan penyelesaian untuk mereka.. Good Job gurl.." bosnya menepuk tangan tanda berpuas hati dengan laporan terperinci yang di beri..
" terima kasih bos.. kalau tak kerana tunjuk ajar bos, saya pun tak semahir ni dan tak tahu apa yang bos perlu untuk lengkapkan kerja-kerja ni. Saya minta diri dulu ya, nanti kalau ada apa-apa bos panggil sajelah saya " ima berlalu sambil tersenyum puas. Inilah yang dinamakan kepuasan kerja. hehehehe.
melodi beethoven berkumandang satu mesej masuk ke dalam peti pesanan.
" assalamualaikum, awak free tak malam ni, belanja saya makan.. awak hutang saya kan?"
"ish.. mamat ni... dia ajak aku, pastu suh aku belanja pulak, sejak bila aku kata nak belanja agaknya, dia je yang pandai-pandai buat janji suruh aku belanja... errrggghh...nyampah..." meronta hati ima. Dibiarkan pesanan ringkas itu tidak berbalas. Dia terus menyemak laporan-laporan mingguan dan harian yang di terima dari negeri-negeri. jam menunjukkan pukul 6 petang .. masa untuk balik kerumah dan menikmati kopi O panas dengan biskut.. cabuuuuuuuuuuuutttttt.......
melodi beethoven berkumandang lagi, cepat dia capai
" terima kasih, saya tunggu kat bawah tempat hantar kereta ok.. jangan lambat-lambat tau, see u there"
"erk..!! mana ada aku cakap aku nak pegi ni weyh!! mengada-ngada la mamat ni.. lantak kau la.. aku tak janji pape.. tak cakap ya.. tak cakap tak... malas aku nak layan.. dah ada makwe pun nak ngorat pompuan lain lagi.. dasar romeo betul..huh..! " keretanya terus meluncur menuju ke apartmentnya.
TitTot .. dia menutup keretanya dan jalan menuju ke lif. Pintu lif terbuka lalu dia masuk dan secara tiba-tiba ada seorang lelaki juga masuk terus ke bahagian belakang lif, ima berdiri depan pintu, sambil tangannya sibuk membalas twe mesej dari kawan-kawan dia. sampai ke tingkat 5, dia keluar terus menuju ke rumah, sambil bibir tak berhenti-henti tersenyum dengan lawak-lawak yang di buat oleh teman-teman dalam twitternya. sampai depan pintu dia terus membuka grill masa dia menutup balik grill dia terpandang sesusuk tubuh yang sedang berdiri tersenyum didepan rumah dia tu. terjatuh kunci di tangan dia..
" hehehehe, sorry ... lambat awak balik ea? jadi ni lah rumah awak ea? nanti jam 7.45 saya datang kat sini balik ok? ni saya nak singgah kat petronas depan nak solat maghrib kejap. Nanti saya datang balik jemput awak. Jangan lambat tau.. " aman mengenyit mata sambil tersengih riang dan terus berlalu. tergelak dia tengok riaksi amim yang terkejut sampai tak terkata apa bila tersedar aman ikut sampai depan rumah.
"hah??!! macma mana dia ley ikut aku sampai rumah ni??!! sejak bila pulak dia ada dengan aku ni??!! giller la dia ni..??!! errgghh tension...!! kalau dia dah tahu rumah.. kalau tak keluar macam mana pulak ni... kang dia duk haruk-haruk depan rumah, malu la aku depan jiran-jiran.. adoi.... Giler ar jantan ni..!!" ima menghempaskan badannya di atas katil.. dan menekup mukanya dengan bantal sambil menjerit. sangat tak puas hati ok... sangat...!
jam menunjukkan pukul 7.40 ... " adoii apa aku nak pakai ni.. iisshh..semak la..."! omel ima .
7.45 pm TOK TOK TOK ...."assalamualaikuuuuuuuuuuuuuuuummm... amiiiiim"
"dah sampai pulak...." ima menepuk dahinya...
"kejap weeeyhh...aku tak siap lagik ni.... kau tak mandi tak pe le.. aku ni ha, mandi... kejaaaaaaaaaaappp...!!!!!! " laun ima dari hall rumah harap aman mendengar jeritan dia..
aman berhenti mengetuk.. bibirnya mengukir senyum sinis.. "Cis..sempat lagi dia nak kutuk aku" aman bicara dalam perlahan dan terus menuju ke tembok depan pintu menikmati panorama malam yang dingin beserta angin yang sayu... "nyaman plak duduk sini... kalau pindah sini best jugak nih" senyum aman sambil matanya tertutup melayan keenakan angin yang menerpa mukanya..
" Tak kan la tunggu 5 minit pun dah nak tertido.. kalau nak tido balik la rumah.. buat apa duk menebeng kat tembok tu.." tersentak aman sekejap dengar bebelan ima..
"kacau daun betul" getus hati aman
matanya terus mencari susuk tubuh empunya suara yang membingitkan telinga dia sekejap tadi.. terus dia tegak terpaku.. berjeans hitam, baju ala-ala 70an kelabu hitam, bertali di bahagian bawah baju berikat reben di pinggul, bertudung hitam ringkas, bercelak hitam dan lipstik nipis ber wedges rendah..
"comelnya..." tegur aman..
ima buat tak dengar.. tapi dalam hati.. dag dug dag dug dag dug dag dug dag dug dag dug "jimbit ar...dua kali dia buat aku rasa macam ni.." getus hati ima tak senang.
" ni nak jalan ke tak nak ni? kalau setakat nak berdiri je kat situ, terus apply jadi jaga rumah aku boleh gak.. tapi tak de gaji la..." perli ima, setelah dia tengok aman langsung tak berganjak dari tepi tembok yang dia sandar tu..
aman tersenyum... "kalau tak bergaji tapi boleh tengok awak hari-hari.. nak aja saya.." aman berlalu melepasi ima sambil tergelak..
"sengal..!" cakap ima kuat... eh! memang tak boleh blah la...