Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.
Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.
rasanya ramai dah tahukan, yang lalat ni.. memang pambawa penyakit.. tapi ada sunnah mengatakan.. kalau lalat ni masuk dalam air atau makanan kita... jangan di buang keseluruhan makanan.. tetapi, rendamlah kedua-dua belah sayap lalat kerana.. lalat di cipta Allah dengan mempunyai racun dan penawar.. di setiap satu sayapnye..
ok..ok... aku bukan nak cerita pasal ni.. aku bukan nak cerita bab-bab kesihatan berkaitan pasal lalat ni.. kalau pasal kesihatan ramai yang dah kupas.. tapi aku sangat suka nak share... PETUA berkaitan dengan lalat ni....
haa.... aku ni kan separa nenek kebayan.. memang banyak petua orang lama.. dah.. syyyhh... jgn nak membebel mari baca apa aku nak share.. berserta pengalaman aku alamai sendiri....
orang tua-tua kata... LALAT ni sebenarnya adalah pemberi alamat pada seseorang.. tak kira alamat tu baik atau pun tidak...
mula-mula aku sendiri tak percaya.. walau hakikat aku tahu.. binatang ciptaan Allah tak kira apa jua.. dia ada deria yang lebih mengenai perkara yang bakal berlaku atau bencana.. rasa aku ramai tahukan kes tsunami dulu, macam mana binatang2 berteriak dan kelamkabut cuba menyembunyi sedangkan masa tu hujan tak ribut pun tak.. yang ikan-ikan semua dah berenang ketepi.. kan.. pernah dengar kan?? kalau tak pernah sila google sendiri.. malas makcik nak cerita panjang bab tu.. eheheehehhe..
mengikut cara orang lama.. sekiranya LALAT berada di sekitar kita... secara tiba-tiba (kes kalau kat warong atau kedai makan tu.. tak yah la ambik port sangat k.. sebab tu memang pekedai tu yang bawak datang LALAT) dan dia tak pergi kat tempat lain atau kat orang lain.. hanya berlegar di tempat anda.. ( aku rasa korang mesti pernah kenakan..? cuma korang nyugut atau ignore jerk kan?) jangan di halau dengan tangan atau apa jua bentuk menghalau.. tetapi cuba amalkan ini..
selawat atas nabi 3 kali, istighfar.. kemudian cakap dengan lalat tu " wahai lalat makhluk Allah yang mulia.. adakah kau datang membawa berita? sekiranya kau datang membawa berita yang gembira.. pergilah kau kerana aku akan memahaminya, tetapi sekira kau membawa pada aku berita yang buruk.. kekallah kau disini supaya aku akan sentiasa berwaspada dan beringat.." pastu selawat atas nabi lagik sekali 3 kali..
korang mesti tergelak kecil kan? sebab dah macam zaman-zaman hang tuah plak main seru-seru ni.. tapi itu adalah hakikat.. atas pengalaman aku sendiri..
korang rasalah.. dalam pejabat yang ada aircond sejuk.. ada ke LALAT? dah tu.. sekor jerk plak tu..?? haaa.. tak de kan? tapi hal tu aku terkena.. oleh kerana tahu hal ni.. memang aku dah gelisah sebab dia tak pergi kat orang lain.. asyik dekat aku jerk... aku tarik nafas.. aku buat macam kat atas tu... uuuhh.... debar hati aku bila lalat tu langsung tak pergi walau dah dekat 10 minit.. aku terus jerk istighfar.. 30 minit lepas tu memang aku dapat call dari mak aku kata mak long aku meninggal.. aku diam jerk.. letak tpon aku carik lalat tu.. dah hilang plak.. lepas dari tu.. ada juga lah beberapa kes jadik lagik.. tp semua hal kegembiraan dan sekali pasal mak sedara aku sakit.. So terpulang lah pada semua.. nak percaya atau tidak.. aku tak rasa sikit pun benda-benda macam ni sebagai khurafat. sebab memang kita tahu, setiap makhluk Allah ada kelebihannya.. apa yang Allah berkehendak itu pasti akan berlaku..
terpulang pada kawan-kawan.. rasanya.. boleh saja tanya orang-orang lama.. mungkin ada yang tahu pasal ni.. k .. sampai sini perkongsian aku dengan teman.. harap ada menda yang berguna anda dapat dari artikel saya ni... ^_^