Friday, August 19, 2011

ho~ ho~ ho~ BISKUT SUNDAL MALAM.. biskut raya yang pertama....

tahun ni.. aku bertekad untuk buat biskut raya... aku tak kasi mak aku buat.. kalau nak buat pun hanya kuih tradisi keluarga... itu pun lepas aku balik... so.. malam rabu hari tu aku gagahkanlah jugak untuk mencuba. walau hakikat. aku tak pernah buat biskut raya.. aku pesan awal-awal dengan osmet aku supaya dia tolong aku buat..sebab dia ni macam aku jugak... otak sentiasa akan generate bahan-bahan out of recipe asal kalaaaauuu.. resipi asal tak sedap atau kureeeeng sikit.. ekekekekeke.. ok.. so ni adalah resepi asal...

BISKUT CROQUANT


Bahan-bahan:

110g mentega
25g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum

bahan hiasan-
kuning telur
croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)


Cara Penyediaan:


Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

Canai adunan msetebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris
dengan mentega atau minyak masak.

Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant.

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

Setelah masak, boleh dihidangkan
panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.






ini resipi asal.. aku buat doh pertama sebijik sebotol mengikut resipi yang di beri..sikit aja doh dia, yela padan le plak dengan gram-gram bahan-bahan tu plak kan.. oleh kerana aku tak de penggelek untuk di canaikan.. dan tak de terap .. aku pun buatlah bulat2 dan leperkan guna sudu.. so look like cookies sikit la... topping dia aku tukar.. oleh kerana aku tak dapat bahan-bahan croquant.. aku tukar gunakan kuning telur, chipsmore hancur, dan badam cincang... terpaksa buat eksperiment. so,Kali pertama masak setakat buat 5 bijik..bakar mengikut arahan diberi.. akhirnya hangus sikit kat bawah tu... buat lagik.. tukar sikit topping... bakar dengan suhu panas 170dc masa bakar maintainkan 100dc sahaja selama 10minit.. menjadi.. tapi rasa tepung.. nauzubillah tak sedap... tawar..rapuh..dan tak de varasi rasa.. no crunchy..


credit to pn.osmet .. sebab aku cukup malas nak mensnap gambar..huhuhu



korang nampak kan? kan? kan? dalam bekas ni perlbagai rupa dan bentuk? korang nampak dengn jelaskan yang ada coklat comot atas tu.. ha.. yang tu ang finale..  yang rasa rupa dan kerangupannya terserlah..itu pun lepas menambahkan gula + badam hancur + biskut chipsmore hancur + cornfleks .. hohohohoho.. kahirnya dapat juga rasa yang terbaik pada doh yang penghabisan.. so... aku terus adun lagi sekali pada kuantiti 2 adunan doh.. dengan coklat yang lebih di sagat halus... 

tenkiu to osmet.. wa cilok picca lu..
 ok yang kat atas tu, rupa doh yang kami dah bulat-bulat kecilkan untuk di buat biskut...

comel kan?hakhakhak mesti korang kata nampak huduh eak?
 ha.. yang tu lepas tepung vulat-bulat tu.. dah kami leperkan dengan sudu dan di taburkan coklat masak yang di sagat lebih halus dari yang sebelumnya nih

haa... tadi nampak macam buruk kan? but now... looklike really..really cookies.. kan?kan?kan?
 see..see..see.. ini setelah di bakar.. cantik kan? sangat menarik dan rasa dia agak crunchy dan sedap.. huhuhu


and the end.. tadaaaaaaaaaa
itu rupanya setelah di masukkan dalam balang kedap udara... nampak betul-betul macam cookies kan?eh memang la cookies... wakakakaka.. tapi nampak la gaya handmadenye eak? uuuuuu bangga... aku nak buat lagi 2 atau 3 adunan doh lagi minggu depan plus dengan 2 jenis  kuih lagik cornfleks bermadu bersama emping belinjau dan coklat forest... huhuhuhu...

oleh kerana olahan resipi biskut ini teramat banyak. so, aku namakan dia BISKUT SUNDAL MALAM .. mengikut sejarah pembuatannya yang bermula jam 11malam.. hahahahaha...


p/s : sundal malam tu nama bunga laaa.. bukan SUNDAL BOLONG!



klik iklan ni tak kena bayar pun