Monday, January 9, 2012

M - A - T - I

Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur 
umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat 
kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur 
dan sebagainya.    
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana 
bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah
 bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad 
sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada 
jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku" "

sumber  :  JAKIM



assalamualaikum...

selamat pagi kawan-kawan dan juga para pengunjung blog hestyrezyuda yang serba kekurangan ni... pagi-pagi lagi aku dah buka topik mati.. kenapa? sebab 2 hari lepas, aku telah mendapat 1 sms dari seorang  kenalan yang agak rapat juga... dalam sms dia berkata macam ni... ( minta izin ya.. untuk renungan pembaca lain juga....... )


" Salam kak... 
salah ke kalau kita ingat mati ? 
Orang selalu cakap, kita akan mati dekat dengan tarikh lahir kita,,, 
next week hari jadi saya,,, 
tapi, minggu ni,  saya asyik ingat mati je.. saya takut "

macam kat atas tu.. aku dah letakkan apa pandangan JAKIM dalam mengingati mti ni.. setahu aku pun, hukumnya adalah sunat,... kalau kita fikir makna kita akan dapat pahala...tetapi.. meminta mati.. itu adalah berdosa...

 jujur pada aku.. aku bersyukur sangat.. kawan-kawan aku  ada perasaan macam ni.. lepas seorang.. seorang... aku bersyukur sangat-sangat... bukan kah, bila bila mengingati mati ni... maka kita akan secara otometik, menghindarkan diri dari melakukan dosa-dosa... secara tak langsung.. sebab apa? kita tengah mengingati mati.. azab siksa menghadapi sakaratul maut.. azab siksa balasan dalam kubur dan sebagainya... masakan kita masih boleh lagi memijak kaca..sedangkan kita tahu kita akan sakit,kaki kita pasti akan terluka bila kita memijaknya..?


JUJUR.. aku berterus terang.. aku bukanlah orang yang baik. sampai aku mendakwah kearah kebaikan ini.. aku tidak menafikan...  pada waktu ini juga.. kadang kala aku masih lalai... kadang kala aku masih lewa.. kadang kala aku dengan sengaja melakukan dosa... NAUZUBILLAH............ 

aku  juga macam korang semua... merangkak mencari keredhaan Allah... merangkak mencari iman.. merangkak mencari nikmat ibadah... selalu terkucil... terkeluar dari landasan hati... ASTAGHFIRULLAH... ingatlah kawan-kawan... kuatnya hati kita untuk mendekati islam... mendekati Allah... maka akan kuat juga dugaan yang datang... 1001 macam cubaan yang hadir pada kita...  kat sini aku nak kongsi 1 kisah aku... yang betul2 menggugatkan iman....

aku tak segan kat sini untuk mengaku, aku mempunyai masalah kewangan... kadangkala cukup.. tapi selalunya tidak... semua atas kesilapan dan kebodohan aku... aku mengaku.. dan aku bertanggungjawab semua... kadang kala sampai aku menangis.. apakah ada niat yang aku lupakan... sehingga wang gaji aku tidak mendapat keberkatan? apa yang aku lakukan... sehingga aku rasa aku sangat seperti seorang miskin? .. ada 1 ketika.. aku memang memerlukan sangat duit.. tapi aku tak ingat, untuk apa aku nak duit tu masa tu... aku terasa macam aku terdesak gile, sampai aku terfikir.. aku nak kerja part time..biarlah tak cukup tido ke apa..... dan tahu tak kalian.. apa offer yang aku dapat? aku di tawarkan seorang lelaki tua.. untuk menjadi scandal... dan dia akan spedo hidup aku...pergh..! lumayan siot...bukan hari-hari kena layan si kerepot tu... dan bukannye kena layan dia sex.. hanya sebagai peneman berbual dan mungkin tak mustahil touching-touching sikit lah kot... dalam aku berkira-kira tu... tiba-tiba datang satu ilham pada aku... 

"ima.. kau nak mampos? kau dah tahan sangat rasa panas api kat dunia ni sampai kau nak hidup berjuta tahun dalam neraka? kau dah cukup tahan ke nak disiksa? kau tak kesian ke mak bapa kau? dari diorang boleh masuk syurga.. di sebab kan kau.. diorang masuk  neraka? apa jenis anak kau ni?"

ya Allah... lillahi... sangat tersentap... bila lagi mengenangkan mak dgn ayah.. aku terus istighfar... istighfar..istighfar... sampai hati aku kuat... dan aku ucapkan alhamdulillah... semuanya masih dan pegangan islam... aku bersyukur.. aku istikharah dan solat hajat, untuk selesaikan masalah aku.. dalam alhamdulillah... sekarang.. walau hidup bersederhana... tapi aku tenang... sangat tenang... nak-nak lagi.. bila aku berjaya melengkapkan solat aku kepada 5 waktu... dan aku bertambah happy.. kalau aku dapat lawan nafsu aku untuk tengok slot drama yang selalu start kul 7 petang sampai jam 8 malam, yang buatkan aku selalu lewat sembahyang.. dn tak sempat mengaji... alhamdulillah...


aku tak tahu mana relevannya... cerita kisah aku tu dengan tajuk entri ni... ekekeke.. tapi mana yang baik.. yang boleh korang buat teladan.. buatlah... tolong lah aku.. selalu peringat kan aku yang lalai ni... aku mohon jasa baik kawan-kawan... untuk memimpin aku kejalan Allah... sesungguhnya.. aku telah jauh tersasar...

 terima kasih kawan-kawan..segala salah silap harap di maafkan... 



klik iklan ni tak kena bayar pun