Monday, July 11, 2011

BERSIHkan yang lain

kalau di buat entri pasal BERSIH, rasa kompem semua ramai blogger yang dah menaip dan kupas pasal isu perhimpunan BERSIH pada hujung minggu yang lepaskan?  so aku rasa, tak nak lah aku mengupas benda yang sama mengikut pandangan aku yang sedia ada kabur nih..  Jom kita cerita pasal bersih yang lain... ekekeke..

semalam, aku bermalam di rumah abang aku, di Bandar Kinrara ..lepas kelas di shah alam semalam, aku pun soot ke kinrara.. dalam pada dirve tu, dapat plak sms dari abang aku suh aku beli kerang nak buat rencah mee kari.. sesampai aku di kawasan kejiranan abang aku tu.. tanpa berlengah lagik.. aku terus jerkla pegi ke kedai runcit berhampiran untuk beli kerang.. nasib le hado... kalau nan hado... kompunan la nak makan mee kari kerang....

dalam pada orang kedai tu sibuk mencedokkan kerang yang aku minta, aku pun masuk dalam carik la fish cake.. masa tu, datang la sekumpulan kanak-kanak ribena.. berumur dalam lingkungan 10-12 tahun.. ramai-ramai masuk serentak duk berkumpul kat kaunter...aku nampak yang sorang ni, dia capai rokok kat kaunter dan tarik sebatang.. sambil mata melilau pandang tokey kedai.. yang lain pun macam tolong cover line.. dalam masa tu aku berfikir.. aku nak sound ke.. tak.. macam nak diam kan je, tengok kan nanti bagi tahu tuan kedai.. tapi rasa macam tak ok plak... terus dengan ringan mulut 

"Dik.. tak baik dik.. orang tu kan berniaga.."

tokey tu dengar jer.. terus dia masuk dalam.. budak yang ambik tu terus jerk seluk poket hulur duit buat-buat macam tak mencuri walau hakikat itu niat dia yang sebenar... pastu budak-budak tu blah orang kedai tu macam usha-usha lagik budak-budak nih, takut ada menda lain yang dia ambik.. aku geleng kepala.. kecik-kecik dah pandai hisap rokok.. nak mencuri plak tu... pastu... aku tengok diorang patah balik lalu depan kedai tadi... dan terdengar lah suara merdu mereka bersuara...

"dik... tak baik dik... tak baik dik... tak baik dik.. " dengan nada menganjing... 

pergh memang anjing betullah budak-budak nih.. nak ikut hati.. memang dah berasap dah masa tu... tapi aku tahan kan aje,.. sebab aku tahu.. tu budak-budak.. tapi dalam hati aku dah nekad...

KALAU DIORANG DATANG NAK PEDAJAL AKU.. MEMANG AKU HAYUN PLASTIK KERANG TU KAT KEPALA SEKOR-SEKOR.... AKU TAK KIRA..LANTAK KAU LAH..!!!!


~ moral of the story ~

kita sebagai orang awam.. janganlah hanya memandang sahaja benda tak elok yang berlaku depan mata...tegur atau bertindak apa yang boleh... kalau tidak.. macam mana negara nak BERSIH????

klik iklan ni tak kena bayar pun