Thursday, January 3, 2013

Amim....aku amim (8)



"Hai...tersenyum panjang nampak..." Tegur lisa sejurus terlihat kelibat ima.
"Mana ada.. Biasa je..."
"Eleeeyh... Malu-malu pulak.."
"Eh, macam mana kau keluar dengan zamri semalam?"
"Ok la.. Dia pun biasa-biasa je orangnya, tak lah mengarut semacam.. Tapi semalam kitorang banyak borak pasal kau dengan aman"
"Ha? Pasal aku dengan aman? pasal apa plak?"
"Yelah pasal diri kau la.. Pasal aman.. Aku ni ha.. Mana aku tahu kewujudan 2 makhluk pluto tu..alih-alih muncul..banyak la aku tanya pasal aman."
"Kau tanya apa? Kau tanya apa? Kau tanya apa?" Tanya ima teruja..
"Amboih..gelojoh semacam anak dara ni"
"Alah kau.. Mcm tak biasa je dengan peel aku.."
"Heehehee..tak lah, aku tanya la.. Macam mana korang boleh kenal, siapa aman siapa plak si zamri.. Yang basic-basic je..tak la nak tanya yang personal..kang zamri ingat aku minah kepoh pulak"
"Looooor.. Itu je??? Tak memberangsangkan langsung!"
"Eeeh, budak ni..! Abes kau nak aku tanya apa??"
"Pasal family dia ke, awek dia ke, tunang dia ke"
"Eh..mamat tu dah ada awek ke?"
"Dah lah!"
"Eh yeke?"
"Yeeee.. Aku mula-mula jumpa masa tu, dia dengan awek dia lah"
"Eh yeke?? Ke.. Dah clash kot..."
"Ha.. Itu aku tak tahu lah.. Aku rasa ada je lagi tak clash"
"Ish.. Tak mungkin.. Tak mungkin.."
" Apa yang tak mungkin?"
"Tak mungkin mamat tu ada makwe skang.."
"Eh.. Yang kau ni plak dah kenapa mak cik?" Ima bertanya dalam ketawa. Kelakar melayan keletah kawan dia itu.
"Sebab dia suka KAU!!" Lisa menekankan sikit suaranya. Ima terhenti ketawa. Dia terkedu.
"Mengarut lah kau lisa.."
"Zamri yang cakap"
"Alaaaah lelaki, tak kan kau tak paham.. Maybe bukan suka betul.. Sekadar nak test market kot.. Kaum diorangkan macam tu sikit"
"Hurm.... Betul jugak... Tapi... Kalau dia betul-betul suka kan kau???" Lisa menduga.
"Ketentuan di tangan Allah.. Aku redha dengan semua ketentuanNya.. Ima senyum dan berlalu.~

*************************************

"Tapi u.. Jam la waktu-waktu gini nak ke rumah u" rayu aman.
"I tak kira, macam mana gaya skali pun, u mesti ada depan rumah I jam 830. U ada setengah jam.."
"Mana sempat.."
" I tak kira yg I tahu u mesti ada dkt sini, waktu yg I katakan.. Ok sayang?.. Gerak sekarang ya.. Baby love u soooo much sayang..muah..muah...muah...!"
Aman memejamkan mata.. "Haaaaih.. Nasib la kau awek aku.. Kalau tak.. Jangan harap aku nak ikut kerenah kau.." Aman mengomel.
Dia bingkas bangun bersiap. Dia harus cepat, kalau tidak memang tak sampai dia di rumah anita jam 830.
8.35 malam..
Tin..tiiiiin... Aman membunyikan hon. Dia melihat anita menjengah dari tingkap membuat isyarat tangan..
"Hek'elllleeeeeyyh.. Tak siap lagi ke perempuan ni? Pergh..! Sabar jerkla aku." Aman mencapai telifon bimbitnya.
"U, I kat bawah ni.. Apa?? Laaa.. Tak kan u tak siap lagi! U yang beriya-iya suruh I datang jam 830.. U plak yang lambat? Tertido? Cepat sikit!!!" Aman membaling telifonnya di kerusi sebelah. Hatinya panas.. Membara diperlakukan begini, bukan sekali dua, tapi acap kali. Dia sahaja yang bagaikan lembu di cucuk hidung, hanya mengikut telunjuk anita. Dia tidak mahu bergaduh, dan jalinan cinta mereka selama 6 tahun ini tidak berbaloi..
"Sayang.. Kita makan korean food nak malam ni? Dekat subang SS15.."
Aman mendiamkan diri.
"Sayang.. I cakap dengan u ni" suara anita sedikit mengeras.
Aman masih lagi membatu.
"U ni dah kenapa? Sakit?"
"Sakit hati!"
"Apasal? Sebab I lambat?"
Aman diam.
"Alaaaa lambat sikit je kot.. Bukan selalu"
Aman diam.
"U, I cakap dengan u ni!!"
"Apa??"
"I cakap dengan u kan.."
"Pape jelah.." Aman malas nak menyambung pertelingkahan. Dia tahu, dia takkan menang. Buat apa nak dilawan?.
"Kita makan korean food"
"Anita..u kan tahu, I ni selera kampung sikit..western boleh la telan..korean..chinese mana I lalu nak makan ni.."
" U cuba la..."
"I lapar tau nita.. I memang nak makan"
"Alaaa u cuba la..family I.. Kawan-kawan I semua makan tau. u jangan la sampai nanti family I.. Kawan-kawan I kata u kolot plak tak tahu nak makan international food. I tak nak jadi macam tu. U try makan juga"
Aman diam. Malas dia nak bercakap. Dia tahu tak kan menang. Silap-silap di herdik lagi adalah.

*************************************

BLLLUWEEEK...!!!!
"Aman! Kau pehal ni??"
"Aku tak tahu lah zamri.. Aku sakit perut.. Masuk angin kot.."
"Eh.. Kau tak makan ke? Bukan kau keluar makan dengan anita?"
Aman menekan perutnya.. Sambil memejamkan mata menahan sebu perut.
"Dia suruh makan makanan korea.. Aku tak ley masuk.. Makan sikit je.. Aku lapar betul masa tu..tapi hilang selera.."
"Laaaa... Kau ni.. Ikutkan sangat anita tu kenapa.. Sakit badan sendiri"
Zamri menghulurkan minyak angin kepada aman.
" Kau baring dulu, aku buatkan bubur nasi.. Aku letak halia banyak sikit ea.. Kasik angin tu kurang.." Zamri meninggalkan aman. perut aman terasa kejang. Di himpit perutnya lebih kuat. Dia mendengar telifonnya berbunyi.. Dia membiarkan. Tak larat nak angkat. Tapi berbunyi buat sekiankali.. 4 kali dia berdering lagi. Aman gagahkan tangan menggapai telifonnya. Dia membuka loudspeaker.
"Helo.." Lemah suara dia.
"Sayaaaaaaaang... U buat apa?"
"I tak sihat lah nita.. I muntah-muntah"
" Muntah-muntah? Kenapa?"
"Masuk angin kot.. Semalamkan I tak makan. Tapi perut I lapar sangat masa tu.."
"Hahahahahhaahihihiihhahaaha...kesian.. Siapa suruh tak makan? I dah kata belajar makan tu.. U yang taknak.. Kan dah sakit..."
Zamri merampas telifon dari belakang.
"Orang dah nak separuh mati blh u gelak-gelak lagi?" Zamri putuskan talian.
"Kau tak payah nak jawab call siapa-siapa. Rehat. Biar aku je jawab" zamri mengarahkan. Aman hanya mendiamkan diri melayan sakitnya. Malas dia nak pikir apa-apa. Sekarang ni, semua rasa ada. Nak muntah, loya, sakit perut, nak membuang pun ada.


*************************************


"Eh, aman,, kau dh ok ke yang nak pergi kerja ni? Kalau tk.. Rehat jelah, nanti aku bagi tahu bos, apa-apa kerja berkaitan kau nanti yang urgent, aku take over kalau boleh.." Sapa zamri.
"Alhamdulillah.. Aku ok je zam..juz aku rasa sikit jelah tak ok nye..tapi kalau buat kerja boleh ni, lagi pun banyak kerja aku untuk projek baru tu.. Nanti team aku tak dapat bergerak pulak kalau aku tak de kang.."
"Kalau macam tu, kau tak payah drive, naik kereta dengan aku.. Aku pun hari ni tak de kena pergi mana-mana, so, boleh kita balik terus nanti"
"Ok lah kalau macam tu..aku pun macam tak de mood je nak drive ni" mereka beriringan kekereta zamri.

*************************************

"Hai u.. I tahu u tak ok lagi ye? Ni I ada bawa kan untuk u bubur mcD" anita menghulurkan bungkusan mcD pada aman. Aman tersenyum. Senang rasa hatinya bila anita ambil berat terhadap dia. Sudah lama dia tak merasa seperti itu.
"Makan lah..meh I suapkan u.. Jom kita pergi pantry" anita menarik tangan aman.. Aman mengikut sahaja. Anita memang sudah biasa dipejabat aman..siapa yang tidak tahu anita, selalu sahaja ke pejabat aman, walau seketika. Atas urusan apa, pujukan? Selamat pagi? Merajuk? Atau apa sahaja, itu mereka tidak tahu. Dipantry aman duduk di kerusi,bagai seorang anak menanti ibu menghidang makanan kegemaran. Anita mengeluarkan bekas makanan itu dan menyudu isinya lalu menyua ke mulut aman. Aman tersenyum sambil menghirup bubur yang disudukan anita untuknya. Seketika,pintu dikuak seseorang. Kelihatan seorang staff perempuan bernama dayang memasuki pantry sambil membawa bekas minuman dan 3 in 1 nescafe..
"Eh maaf, dayang tak perasan ada orang.."
"Its ok dayang..masuklah" sape aman mesra, bagi menghilangkan perasaan serba salah dayang.
"Terima kasih. Hai kak.. Eh, abang aman tak sihat ke?" Ramah dayang..
"Ha'ah dayang..abang kena food poisoning semalam"
"Laaa yeke..kenapa datang hari ni? Kalau lemah rehat la dulu.."
"Its ok dayang..kerja kitakan banyak lagi..abang taknak lah team kita nanti lambat sebab abang..
"Eh abang.. Ok je.. Abang rehat la.. Dayangkan ada.. Dayang boleh cover kerja abang..kita kan dalam wing yang sama dalam team"
"Terima kasih dayang.. Abang ok je.. Kesian dayang nanti.."
"Taklah abang.. Dayang ok je.. Its ok.. Jangan risau.. Abang rehat je ya.."
Anita membaling sudu ke meja.
"Eh perempuan! Kau tak dengar ke dia kata dia ok.. Tak nak rehat.. Yang kau sibuk-sibuk suruh dia rehat kenapa?? Aku awek dia pun tak de nak suruh dia rehat.. Kau pulak lebih-lebih.. Pastu gedik pulak tu.. Abang..abang.. Sejak bila pulak mak kau lahirkan dia? Tak payah nak manja sangat lah!" Tempik anita.
"ANITA..! Kenapa dengan u ni?" Aman memandang dayang. Muka dayang merah bagaikan di panggang matahari. Air matanya bergenang penuh di kelopak mata.
"Dayang.. Abang minta maaf... Anita tak kenal dayang..." Aman meminta maaf kepada dayang. Terus air mata dayang terhembur keluar, dengan esakan.
"Yang u ni kenapa gatal sama berabang, abang ni?"
"Anita.. Dayang is our younger staff..and she is my boss's daughter. What wrong with u? Kenapa tak tanya dulu?" Aman berjalan ke arah dayang. Dia mengambil tisu dihulur kepada dayang sambil mengusap kepala dayang.
"U memang dah melampau aman.. Depan I boleh u pujuk perempuan lain?"
"Anita!! Dia ni macam adik kami dekat sini la.. I pujuk dia as a adik, lepas u as my special GF marah dia. Salah ke? Dia juz nak I rest. Dia care about me, coz I'm her father's staff. Juz it!"
"Sudah lah u aman..!" Anita meninggalkan aman dan dayang. Dayang masih tersedu-sedu apabila dimarahi tanpa sebab.
"What's wrong aman?" Zamri meluru ke dalam.. "Ya Allah dayang..kenapa ni dik? Aman?" Zamri seakan keliru.
""Anita.."
"Ouh! Shit..! Dayang.. Dah,ok..? Anita tu memang macam tu. Dia tengah period kot. Sorry ok about that.. Dah, ok?" Tangis dayang sedikit reda, dia menangis tu pun kerana terkedu dan terkejut. Bukan kerana kata-kata anita. Cuma masa, keadaan dan cara itu sahaja yang buat dia merasa sedih, kerana tidak pernah dia diherdik sesiapa walau ibu bapanya sendiri.
"Dayang duduk sini relaks dulu ya.. Abang zamri dengan abang aman balik tempat dulu k" zamri dan aman meninggalkan dayang di dalam pantry.

************************************

"Aman.. Kenapa ni? Apasal tiba-tiba dayang terbabit?"
"aku pun pening la zam.. Anita tiba-tiba naik angin, dia bengang bila dayang macam care sangat dengan aku,pastu dayang bahasakan diri aku abang.. Itu yang dia tak boleh terima sangat..terus dia marah dayang.."
"Lahaulawala.. Anita ni.. Perangai tak berubah-rubah"
"Haaaih.. Ntah ar zam.. Aku pun pening.. Dahlah aku masih lagi rasa tak best perut ni. Aku dah happy dah bila dia datang baik je..dengan makanan, suap aku lagi..aku dh lama rindukan saat tu.. Tapi.. Hilang sekelip mata... "
"Man... Kau masih boleh bertahan dengan anita ke?"
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Yelah.. Aku tengok kau tersiksa.. Kau abaikan diri kau bila dengan dia.. Kau terlampau lembut.. dan tk endah apa kehendak diri.. Itu ke namanya cinta?"
"Kau tak faham zam.. Aku dah lama bercinta dengan dia.. Aku tak nak benda ni putus ditengah jalan"
"Man.. Bukan semua cinta..berakhir ke jinjang pelamin.. Ingat tu.."
"Entahlah zam.. Yang aku tahu.. Aku nak bertanggung jawab dengan cinta yang aku bagi.. Dengan janji yang aku lafaz... Aku tak nak hidup dia dengan aku selama ini sia-sia.. Aku tak nak dia menyesal selama bersama aku"
"Man.. Aku tahu kau seorang lelaki yang baik... Aku tak kan menghalang atau hasut kau apa-apa. Aku tahu kau ada pendirian.. Aku hormat kau.." Zamri meninggalkan aman ditempatnya. Aman termenung jauh.. Buntu kepalanya.. Lama dia mendiam diri. Telifon di capai..
"Hello.. Assalamualaikum.. Ima.. Busy tak petang nanti? Boleh tak saya nak jumpa kejap..lagi pun, dah lama juga kita berbualkan? boleh ya? Ok..aman datang petang nanti jam 5 aman gerak dari sini k. Thanks.."

*************************************

"Aman..kita lepak kat tasik jelah ea.. Jom singgah petronas, saya belikan minuman dengan jajan-jajan" ima mencadangkan pada aman. Aman hanya senyum dan mengangguk.
"Amboi mak cik, banyaknya.."Tegur aman. Ima tersengih.
"Huh, awak ingat nak dengar masalah awak tu seronok?? Penat tau.. Jadi makan adalah terapi.. Haahaha" ima tergelak dapat mengenakan aman.
"Ewah..ewah.. Diaaa.... Tahulah awak, kalau awak nak ngadu apa-apa nanti.. Saya plak buat macam tu..siap suruh dominos delivery tepi tasik lagi nanti tau" aman berseloroh. Tercuit juga hati dia dengan gurauan amim tadi.. Eh.. Ima..
"Aman..aman.. Kita duk sana..sana.. Eh ada surat khabar lama tak dalam kereta?" Tanya ima. Aman mengangguk, lalu di buka bonet belakang keretanya dan mengeluarkan senaskah suratkhabar lama. Ima mengambil dari tangan aman, lalu memasukkan ke dalam plastik beg yang dibawa. Mereka beriringan...
"Kat sini ea... Ok kan.. Ada la feeling-feeling picnic..heheheeh" ima ceria membentang suratkhabar untuk mereka duduk dan meletak makanan yang dibawa. Aman senyum.
"Ima.. Dekatnya dengan gigi tasik putrajaya ni... Tak risau ke, nanti tiba-tiba ada binatang naik serang kita.. Gigit kita macam piranah.. Tak pun ada tangan tarik kita masuk tasik..macam cite orang putih tu..?"Kata aman sambil tangan bercakar-cakr diudara membuat kesan aksi kepada ima, ima menjeling aman...dia mengecikkan mata.. Perlahan-lahan dia letakkan tangannya didahi aman..
"Demam ea?? Maaaaak uuuuiii...panaaaaasnyaaaa..."Sambil tergelak-gelak. Aman mengetap bibir, tak sangka ima akan bergurau macam tu. Boleh tahan juga minah ni. Melihat ima tak habes gelak, aman diam dan kemudian
"HAAAH..!!!!" Mana menyergah sambil menerpa ima.. Ima menjerit terkejut, kali ini giliran aman pula yang ketawa berdekah-dekah tidak henti. Ima mengurut dada.. Tetapi terus tersenyum.
"Haaaaa..dah,dah pakcik. Imaginasi tak beragak, tu la, tengok lagi cerita orang putih mengarut tu banyak sangat.. Dah jom start, apa aman nak mengadu ni?" Tanya ima sambil tangannya ligat membuka plastik jajan yang dibeli sebentar tadi. Aman mencapai makanan tu disua kemulut.
"Hari tu aman kena muntah-muntah,cirit birit.."
"Laaa,awat?? Makan kat mana? Ke perut masuk angin?"
"Perut masuk angin..masa tu lapar sangat,pastu anita ajak makan makanan korea, mana lalu nak makan.."
"Heehehee, tulah.. Lain kali terus terang,jangan ikut je.."
"Dah cakap dah..tapi tulah, diakan degil sikit"
Ima hanya menguntum senyum..
"Sifat dia yang tu buat saya pening,ima.. Saya sayangkan dia..tapi kadang-kadang saya rasa dia buat saya macam budak-budak"
Ima tenang mendengar..hatinya tiada riak secara tiba-tiba.
"Saya tak sanggup nak lepaskan cinta yang hampir 6 tahun ni. Saya memang sayangkan dia."
ima berhenti mengunyah jajan..dipandangnya air tasik dalam-dalam. Hatinya bergelora.. "Aduih, apakah perasaan aku ni? Sedih? Cemburu? Kecewa? Ya Allah kenapa dengan aku ni?"Bisik hati ima.
"Saya nak bertanggung jawab dengan semua janji-janji yang saya dah bagi pada dia..saya tak nak mungkiri janji."
Aman menoleh kearah ima..dia lihat ima termenung..jaaaaaauuuhh....
"Ima?" Aman menyeru.. Ima menoleh..
"Jauh menung?"
"Tak lah.. Tengah fikir lah ni.." Jawab ima.
"Fikir apa?" Aman mengerut kening.
"Errr.. Fikir apa plak la ni..aduih apa aku ni.." Getus hati ima.
"Erm..saya tengah fikirlah ni, situasi apa yang awak cakap..macam mana saya nak bagi nasihat."
Aman memandang ke tasik..
"apa yang ada dalam fikiran awak ima?
"Er... Macam ni..Kalau awak betul sayangkan anita, Awak kena terus terang dengan dia, apa yang awak rasa dia perlu berubah.. Memang la dalam percintaan, kita kena menerima pasangan kita seadanya, tapi kalau benda yang buruk, kita boleh suruh dia tukar kepada lebih baik, siapa kata tak boleh berubah? Itu semua dari dalam diri kita sendiri, nak atau taknak sahaja. Lagi satu, bukankah berpasangan ini adalah saling melengkapi, menjadi cermin, membetulkan mana yang silap. Membaiki mana yang kurang, menampung mana yg lemah."
Aman diam..lembut kata-kata ima. Tapi menusuk terus ke hati dia, itu yang dia mahu, saling melengkapi. Saling berusaha menjadi terbaik antara satu sama lain. Kesempurnaan tidak akan ada. Tetapi, mencuba untuk menjadi sempurna itu adalah yang terbaik.


Sms..
"Anita.. I minta maaf atas apa yang jadi tadi. Boleh kita jumpa malam ni? I ambil u, kita dinner ya, sayang. I love u.. "












Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


























No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun