"Mak ndak, inai ni ima nak giling la.."
"Eeeh.. Takpe.. Biar mak ndak yang buat. Kau pergi
rehat, kejap lagi sebelah lelaki nak
datang untuk majlis tunang, skali tengok.. merah-merah
pula tangan kau karang"
Ima hanya senyum, dan berlalu ke depan.
"Ima, eh baju tunang ni, tudung dia mana? Meh akak
gosokkan, jap lagi baru akak solekkan, ko pegi rehat dalam bilik" pinta
kak shida, merupakan kakak sepupu yang dipertanggung jawab untuk menyediakan
ima bagi sesi bertunang.
"Alaaa kak, tak payah lah sangat-sangat soleknya tu,
esok dh nak nikah nak sanding.. Haaa solek lagi.."
"Eeeh tak de makna, neutral solekan je tunang ni, kasi
naik seri. Dah masuk sana! lisa, temankan ima dalam bilik. Lagi 3jam je majlis
nak berlangsung"
"Yes mam!" Menyahut lisa seraya menarik ima
kedalam bilik.
*************************************
"Babe..kau, ok ke?" Tanya lisa
Ima membaringkan badannya di atas katil melihat bunga rampai
yang diletakkan didalam bilik bagi menaikkan aura pengantinnya.
"Tengok semua orang gembira, kenapa aku pulak nak sedih
kan?" Ima tersenyum.
"Babe.. Aku cakap ni, jangan kau marah ya.. Kau..
Sayangkan aman ya?"
Ima memandang lisa tepat kedalam mata.
"Err.. Sorry kalau aku salah" lisa serba salah.
"Apa aku boleh buat lisa?" Suaranya bergetar, air
matanya gugur.
"Ssshhh, sabar"
"Aku tak sedar.. Bila aku jatuh cinta dengan dia.. Aku
tak tahu bila aku mula sayang dia.."
"In sya Allah.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk kau.. Dia pula macam mana?"
ima berhenti menangis.. Dia menyeka air mata dipipi.
"Dia mungkin tak de perasaan pape agaknya. Aku tengok
dia pun cool je masa last kitorang jumpa tu, cuma ada la lepas tu sekali dua
sms aku. Ntah.. Aku pun tak de pula tanya pasal dia dengan anita"
"Dia pun ada perasaan rasa aku tu, cuma yelah.. Tak
sempat nak bertindak kan"
Ima hanya senyum.
"Lisa, aku nak tidur kejap"
"Ok, tapi Jangan lama-lama, nanti mata sembab"
"Iye.. Kejap je 15 minit.." Ima senyum sambil
berbaring. Lisa meninggalkan ima sendiri.
*************************************
"Amboooi, cantiknye.. Macam hindustan la.." Tegur
mak uteh. Ima hanya tersenyum.
"Tu, rombongan dah sampai, duduk elok-elok, diorang
tengah bincang-bincang, sempurnakan adat" kata mak lang.
Ima hanya mengangguk. Lisa bersimpuh di tepi ima, sesekali
dia mengelap peluh didahi ima.
"Weyh, debar ke?" Usik lisa mengekek-ngekek.
"Mau taknya"ima menjawab sambil menjeling.
Kedengaran suara diluar
"Sila la, sini bilik anak gadisnya.."
Ima cepat-cepat membetulkan simpuh, seorang makcik sebaya
dengan emaknya, memasuki bilik beserta beberapa orang lain sambil tersenyum, di
gapainya tangan ima lalu disarungnya cincin,ima mencium tangan wanita itu.
"Selamat bertunang nak, terima kasih ya sudi jadi
menantu.mak cik"
Ima hanya mengangguk dan senyum.
"Ima keluarla, salam tetamu" panggil mak longnya.
Ima mengikut arahan menyalami semua orang yang ada. Tiba-tiba
dia tertangkap soalan..
"Mana tunang lelakinya? Marilah kedalam"
Hati ima tiba-tiba berkencang kuat. Gabra dia seketika.
"Lelakinya tak datang, tak manis katanya"jawab
sedara sebelah lelaki dengan senyuman.
"Fuuuh.. Lega" keluh ima.
*************************************
"Wan.. Nanti tolong hantar makanan ke rumah tumpangan
besan ayah ya. Hantar jangan lambat-lambat. Nanti diorang dah keluar beli
makanan pula"
"Ok ayah. Nanti orang pergi dengan wafi dan razi"
Kak shidah membawa semangkuk kecil inai, dan beberapa inai
tiub.
"Ima malam ni kita berinai, nanti akak buat sekali yang
corak di tangan tu ya. Esok pagi nikah dah kan? Jadi kita kena pastikan inai tu
mesti merah pagi-pagi esok ya? Akak dah buat semua petua untuk memerahkan
inai.." Kata kak shidah sambil mengangkat mangkuk inai kelangit. Ima hanya
tergelak.
"Ala mokde shida, kita nak pakai inaaai" 3,4 orang
anak-anak kecil berpangkat anak buah sepupu membuat muka ihsan.
"Eeeh, tak payah korang budak kecik"
"Alaaaaa, boleh la mokde"
Ima tersenyum "meh sini cikmama buatkan ya"
" Ima, jangan di buatkan la.." Tegur kak shidah.
"Tak pe kak. Ima buatkan. Dulu masa kita
kecil-kecilkan, kita pun suka menyibuk" ima tergelak kecil. Kak shidah
hanya mampu tertawa bila mengenangkan zaman kanak-kanak mereka dulu. Ima
mengambil inai tiub, 3,4 orang anak buah sepupunya menghulurkan tangan. Ima melakarkan corak bunga di setiap tangan
yang dihulur, meriah rasanya menjadi kanak-kanak. Menikmati apa jua perkara
dengan perasaan yang gembira. Ya, dia pun perlu menjadi naluri kanak-kanak. Dia
harus menikmati hari bahagia ini.
*************************************
"Kak.. Nanti pakai kan lisa juga tau" rengek lisa
pada kak shida.
"Habis tu, akak sape pula nak pakaikan ni?"
"Alaaaa, akakkan teror.. Mesti boleh pakai
sendiri.."
"Ish mana aci.."
"Haaa suruh kak ngah pakaikan..!"
"Iye la... Nanti kita suruh dia.."
Ima hanya tersenyum dan mula menyampuk " kalau tak,
suruh je budak-budak kecik tu pakaikan.."
"Hooooiiih.. Kalau diorang, baik akak tak pakai
ima.."Mereka tertawa bersama..
"Kak cantik la corak akak buat ni.." Puji ima..
"Tengok la tangan siapa.."
Nada mesej berbunyi.
"Eh telifon aku tu.." Lisa cepat-cepat menerpa.
"Aik... Tak de mesej pun.. Tapi ada bunyi sms
masuk.." Lisa membelek-belek lagi telifon tangannya, masih tidak berpuas
hati.
"Aku punya tak lisa?" Ima bertanya.
Lisa memandang ima seketika.
"Yela... Nada mesej kitakan sama.."
"Ha, apa lagi? Tolong la tengokkan" pinta ima.
Lisa menggapai telifon di meja solek.
"Erm.. Ima, nak aku bacakan ke? Sms dari aman"
lisa memandang ima. Ima sedikit terkedu.
"Err.... Baca jelah.." Ima seakan serbesalah, dia
mengenyitkan mata kepada lisa. Seakan faham, lisa membuka. Kemudian sedikit
menggangguk.
"Aman cakap. Besok dia datang masa nikah. Dia datang
awal, sebab tengah hari dia kena attend majlis sanding. Dia datang dengan
zam.."
Ima senyap seketika, dia memandang lisa dan senyum
"balaskan, kata terima kasih, kalau tak tahu jalan sms" lisa hanya
mengikut perintah. Tak lama ada balasan dari sana.
"Ima, dia balas.. Dia kata dia tak kan sesat jalan,
sebab dia dah datang dari petang"
Ima hanya mengangguk..”eh awalnya dia datang?” ima berkata
dalam nada perlahan. Ima kelihatan kembali sugul.
"Haih hati.. Redhalah... Ini jalan yang terbaik...
Keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.." Ima berbicara didalam hati..
*************************************
"Waaaah, cantik betul inai kau ima" lisa
memuji-muji.
"Memanglah cantik, tengok la siapa yang buat" ima
gelak-gelak manja bila lihat kak shidah mengangkat kening. Awal-awal pagi
rumahnya telah dipenuhi orang, yang memasak lain, yang berzanji lain. Jam
9pagi, ima telah menyempurnakan majlis khatam al-quran bersama kumpulan berzanji.
"Ima, mak andam suruh basuh muka dulu, dia pergi ambil
ais sekejap. Suruh dia make up cepat sikit tau, dah jam berapa ni, kita janji
dengan tok kadi jam 11.00 pagi" arah mak itamnya.
"Baik mak itam" ima senyum dan berlalu. Sambil di
buntuti lisa.
Selesai bersolek, ima mengenakan maxi labuh berwarna hijau
epal lembut. Mak andam mengenakan purdah nipis, di wajah ima. Walau berpurdah,
masih jelas raut wajahnya.
" Macam minah arab, dengan mata hitam.." Lisa
mencubit pipi ima. Ima mengaduih. Tiba-tiba dia berpaling kemeja soleknya,
kerana dia terdengar nada mesej. Cepat-cepat dibuka.
Sms
Untuk talian ini, bil bulanan telah dihantar menerusi email, sila buat
bayaran anda di kaunter-kaunter kami - maxis center
Hampa ima, pesanan dari maxis rupanya. Tiba-tiba bahunya di
tepuk seseorang.
"Ima.."
Ima berpaling
"Kau tunggu sms dia ya?"
Air mata ima bergenang
"Ima.. Kau dah nak nikah.." Lisa separuh merayu
Ima memejamkan mata.. Dan mengangguk lemah, tanda faham. Dia
tahu, dia perlu lupakan semuanya. Dia tarik nafas dalam-dalam..
"Ima.. Pak imam nak masuk kedalam" kata maknya.
Ima mengangguk. Pak imam dan tok kadi beserta ayahnya memasuki bilik. Seketika
kemudian emaknya pun memenuhi bilik tersebut. Selepas di soal serba sedikit
oleh tok kadi, ima menurunkan tanda tangan pada sehelai borang, ayahnya dan
emaknya menyempurnakan bacaan taklik. Di luar, rombongan sebelah lelaki telah
datang. Pak imam, tok kadi keluar setelah sempurna dibahagian ima. Mak ayahnya
mencium dahi ima dengan linangan air mata. Ima menahan sebak didalam hati. Dia
bertekad untuk tidak menangis.
*************************************
"Megat fahmi Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri!"
"Saya!"
"Aku nikahkan dikau dengan hashimah binti
razak,diwakilkan aku sebagai wali dengan mas kahwinnya senaskah alquran dan 100
ringgit malaysia tunai!"
"Aku terima nikahnya, hashimah binti razak dengan mas
kahwinnya senaskah al-quran dan 100 ringgit malaysia tunai!"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah.. Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulllahirabbilalamin........." Imam membacakan doa.
Ima mengalirkan air mata. Lisa memeluknya..
"Alhamdulillah.." Lafaz ima syahdu. Lisa pun
menangis. Di lepaskan pelukan. Cepat-cepat lisa mengelapkan airmata ima. Ima
hanya membiarkan. Seorang wakil dari pihak lelaki masuk kebilik..
"Minta maaf, kalau tak keberatan, mohon yang tiada
kaitan untuk keluar seketika, pengantin lelaki nak masuk untuk sempurnakan
acara batal air sembahyang".
3-4 orang ada yang keluar, anak-anak kecil juga. Yang
tinggal hanya ima lisa dan mak andam.. Ada beberapa orang hanya tunggu di luar
pintu. Hati ima resah.. Dia sudah jadi milik orang, dia tidak boleh berpatah balik.
Ima memegang tangan lisa erat.. Lisa mengusap belakang badan ima.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.." Pengghuni dibilik menjawab
termasuk ima. Tetapi ima menundukkan wajah. Dia tak tahu apa perasaan dia saat
itu. Gementar, sedih, gembira, tak keruan, sayu. Semua ada.
"Assalamualaikum hashimah binti razak.Megat fahmi
Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri kini sah sebagai suami awak.."
Lembut dan halus suara itu.dia menghulurkan tangan, ima menyambut dan mencium
tangan suaminya.
"Cantiknya awak..Izinkan saya membuka purdah awak"
air mata ima gugur.. Tangan suaminya perlahan-lahan membuka purdah, diletakkan
tangan didagu ima.
"Hashimah binti razak. Pandanglah saya seketika..
Izinkan saya mencium dahi awak.." Ima memejamkan mata.. Airmatanya gugur..
"Allah izinkan kita bersatu..." Suaminya meyakin
ima. Perlahan-lahan ima membuka mata. Di
renung wajah di hadapannya.. Tidak berkelip. Suaminya mencium dahi.. Lalu dia
menyeka air mata yang jatuh dipipi ima..
"Jangan menangis lagi, hati saya pedih bila melihat air
mata awak gugur.. Saya sayangkan awak.."
"Aman...aaamaaan...." Ima menangis makin teresak.
"Ya sayang.. Aman kini suami ima.."Aman memeluk
ima.
"Kenapa tak cakap dengan ima?" Ima tanya dalam
esak.
"Memang saja pakat dengan family ima, zamri,
lisa..sebab nak buat kejutan"
"Semua orang sekali?? Tak baik tau.."
Semua orang ketawa melihat ima seakan merajuk..
""Sssyyhhh.... Dah..dah.. Aman sayang ima.."
Aman memeluk ima dan mencium sekali lagi dahi ima..
"Alalalalala manjanya kakak ni... Suka la tu aman ada
kat sisi" usik lisa dan zamri.
Ima mencubit lengan lisa "tak baik tau kena kan ima
juga.. Subahat ea.." Mereka hanya tertawa. Para hadirin dikalangan
keluarga mengukir senyum gembira, tapi ada juga yang tertanya-tanya.
Megat fahmi Al-khadri bin Megat Hafsyah al-khadri, adalah
nama sebenar aman. Aman hanyalah nama timangan dalam keluarga. Sifat keikhlasan
dan kejujuran disulami keberanian aman, telah membuka pintu hati ayah ima untuk
menerima lamaran keluarga aman.. Dan sekali gus, bersetuju berpakat untuk
sembunyikan hal ini untuk kejutan ima. Lisa sebagai spy yang paling berjasa,
semuanya yang dikorek dari ima disampaikan pada zamri. Zamri pula akan
menceritakan pada aman, sehingga aman benar-benar yakin pilihannya untuk
mengambil ima sebagai suri hati tidak salah. Anita? Anita dan aman bersetuju
berpisah secara baik selepas masing-masing pasti tidak sehaluan. Kalau dah
jodoh tak kemanakan? Kalau dah dinamakan jodoh, laluan dia datang bagai air
mengalir..
P/S : terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan komen. harap semua dapat bagi hest komen, supaya dapat pertingkatkan dari sudut idea dan garapan :) thanks to Yusuff Yazid .. bro.. kat mana pun lu.. gwa harap lu ok dan sukses!! jujur gwa rindu nak kutuk2 lu....
No comments:
Post a Comment