Thursday, December 27, 2012

IKHLAS

HI guys... lets get the new happiness starting day.. hikhikhikhik.. mai kita duk besenam seketika..

            

ok good.. bak kata instructor aku.. bersenam akan mengeluarkan endorphins yang akan buatkan kita rasa happy.. yup happy...  kehkehkeh.. lama kan takmain icon.. ok... dah... 

nak cerita bab ikhlas.. 

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

aku skang ni tengah belajar mengikhlaskan diri.. dalam apa jua keadaan dan perkara.. walau ia sekecil hama..susah sebenarnya nak mengikhlaskan diri.. tapi in sya Allah.. kalau kita nak buat, kita boleh dapat, asal kena istiqamah ye tak? 

aku memang sangat-sangatlah admirer pada manusia-manusia disekeliling aku ni.. yang mana mereka aku boleh nampak sifat keikhlasan tanpa teragak-agak mereka dalam melakukan sesuatu atau memberi sesuatu. masyaAllah.. jeles..jeles.. serius jeles.. sebab aku ni ada masanya menjaadi keikhlasan aku.. memang aku buat, aku bagi sesuatu dengan keadaan diri gembira.. happy.. cuma kadang-kadang tu bila datang kedekutnya.. mula la berkira-kira.. mula la terfikir-fikir.. haih.. macam mana tu?? hikhikhik

tak pelah.. yang penting, aku kena usaha sungguh supaya dapat perbaiki diri... nak-nak lagi dalam kisah beribadah.. supaya tidak timbul riak dalam melakukan ibadah kecil-kecil.. walau dengan hanya senyuman.. mudah-mudahan tidak terpesong niat.. ye tak? tak mengharap pujian atau senyuman balas dari orang yang di beri senyuman tu.. 

istiqamah... itu yang penting.. korang plak.. dah fikir tetang ikhlas? kalau dah.. boleh la share-share dengan aku kat komen nanti.. ok?  





kredit to blog lenggangkangkung



klik iklan ni tak kena bayar pun