Ramai yang kata aku bodoh.. ya BODOH.. bermakna kurang akalnya atau kurang berfikirnya atau kekurangan sel otak atau fius otak rosak erti kata lain "kau dah tak de otak ke apa?"
huhuhu, kasar? tak pe, memang sesuai dengan aku. malam tadi aku keluar dengan epul. siapa epul? memang aku tak pernah cerita pun epul ni sape dekat korang. yang bestnya, orang kata aku bodoh ni sebab aku masih lagi boleh nak kawan dengan si epul ni. ye la dah kena DUMPED still ley nak berkawan. dah tu, lepak borak, dengar masalah dia dengan awek dia plak kan.. kalau kau, kau tak sakit hati? kau ni dah move on le jugak, tapi dalam hati biasa lah, bersisa la juga sayang tu kan. tup-tup dia cerita hal pompuan tu yang senang kata, caras pakwe dari kau.. dan kau kalah. dan kau hadap dengar cerita hal diorang. pedih tak hati? masa tu tak lah pedih sangat, dah balik rumah dah tido dah bangun pagi, memang pedih la, huhuuhu . ok sikit la rasa bila pikir dia yang susah payah datang, habis duit minyak tahan mata nak drive jumpa aku, kira ok sikit lah. at least aku dapat meyusahkan hidup dia yang tengah sikit susah tu.. hahahahahaa.. gila bapak dendam haih!
tapi aku memang macam ni.. majoriti ex-aku semua suka mengadu masalah awek, tunang, bini diorang kat aku.. kadang-kadang bincang beberapa perkara untuk menyemai rasa cinta antara mereka. Merepek kan aku ni? Mula-mula memang aku ok, gelak-gelak.. tapi nanti dah ujung-ujung memang aku yangmenangis, tak dalam hati, berjuraianlah air mata. Sebab tu orang kata aku bodoh nak-nak lagi pasal epul ni ha. aku kawan dengan dia dengan niat nak bantu dia yang susah masa tu. terjatuh hati. tapi bukan rezki aku kan, walau aku banyak tolong dia, jadi pendengar setia, jadi penyokong hidup, tapi still kena dump> aku pun tak paham dengan lelaki ni sebenarnya, aku dah cuba tunjuk aku perempuan yang boleh ada dengan aku walau kau ZERO samapai kau ada sikit harta. tapi tetap aku ditendang keluar dari padang. So apa lelaki nak sebenarnya? ntah.. aku memang tak paham,
Pagi tadi masa aku berjalan nak ke ofis dari tempat parking, memang aku macam biol sikit. aku jalan tapi aku memang tak sedar mana arah, cuma jalan tu dah biasa jadi kaki aku hanya di hayunkan seperti telah di setting arahnya. sampai kat 1 tempat parking aku ada terserempak dengan 3 orang jaga, yang memang selalu aku nampak masa aku nak pergi kerja part time petang jalan kaki. automatik aku tersenyum kat pak cik tu dengan aney kat situ, pastu pakcik tu tegur " u have a nice smile.. senyuman kamu memang menawan" ya Allah serius sejuk hati aku kejap.. diorang ni memang selalu buat hati aku terhibur. kalau aku pergi kerja petang, diorang nampak aku, mesti lambai-lambai tangan, dan pak cik lagi sorang tu mesti tunjuk aku isyarat genggam tangan tanda aku kuat..dan tanda bagus..tanpa sedar, orang yang tak kenal kitalah yang memberi semangat pada kita.. thanks pak cik guard :^_^:
dah lah weyh, aku ni membebel panjang kat sini, sebab aku tak tahu nak luah kat siapa. kalau korang meluat baca aku minta maaf la. tak payah rasa simpati dengan aku sangat. sebab Allah kata aku orang yang kuat, sebab tu aku dapat ujian macam ni dan bukannya korang :) so.. chill yeah.. ada orang kata aku happy dan cerita.. tapi dalam hati aku? Allah sahaja yang tahu.. ^_^
p/s : semalam nampak ustat Don kat alamanda, comel je dia rupanya, ingat tinggi benar orang nya.. tengok dalam tibi macam tinggi =_^