Friday, April 6, 2012

setan telah berjaya bakar hati aku

lama kan aku tak update blog.. bukan kerana malas atau kekeringan idea... semua kerana aku dirundung kecewa.. dan aku kembali sakit....kecewa kenapa? cinta? tak lah bukan..... kalau korang baca.. korang akan kata.. ala menda remeh.. tapi bagi aku ini bukan sesuatu yang remeh.. mari aku ceritakan secara ringkas dan padat.

untuk sem ni aku kena buat tesis secara berpasangan. Pada mulanya, aku agak blur nak pairing dengan siapa.  memang collouge aku ada 4 orang..dah cantik dah tu 2,2 . tapi masalah, ada sorang kawan lelaki yang baik dengan sorang dari colleague ni minta untuk di pairingkan dengan kawan dia tu.. so aku namakan lelaki tu hilman, kawan perempuan tu linda. so, aku ni memang jenis malas nak pikir.. aku kata.. tak pelah go on je berdua.. dan aku solo pun tak pe... tapii linda tak nak. sebab dia tahu hilman agak liat nak buat kerja. dia seakan buat muka macam dia pikir aku saje nak kena kan dia pairing dengan hilman. then aku kata.. "tak lah.. ok kalau macam tu akak terus terang jerk la dengan hilman, akak dah ada saya" .. dan akhirnya.. semua berjalan lancar.. aku pairing dengan linda.

minggu berganti minggu.. semesta dah masuk pertengahan. sedangkan tesis aku bab 1 pun tak jalan. aku memang agak pelik.. sebab aku je sentiasa tanya perkembangan pada linda. deal nak jumpa, nak buat apa.. aku sangat pelik.. kenapa dia macam tak beriya.. sampaila hari hantar tesis 10 mac.. kami tak siap apa pun.. aku try call sv minta tangguh hantar until 25 mac. sambil tu aku call linda tak berjawab.. aku mesej.. dan berbalas.. tapi balasan dia

" sori lah ima.. akk tak sempat nak call lect..akk tak sempat nak jumpa ima pun nak bincang.. macam ni lah.. kita buat sendiri2 sahaja.." 

SIAL! kalau kau nak buat sendiri2 kenapa last minit baru kau nak cakap dengan aku... minggu tu dah start exam... mana mungkin aku boleh tumpukan perhatian sorang2 pada tesis aku yang tak buat apa lagi tu.. seminggu sebelum abes exam.. aku dapat tahu linda jumpa sv bersama 4 chapter yang dah siap! Sial.. kau dah mula dari awal.. dengan aku kau cakap last minit.. aku manusia jenis pegang pada janji la pompuan bodoh!.. aku tak reti nak lepaskan leher aku sendiri.. aku sanggup tunggu kau... tapi kau lepas kan diri kau..! bagus.. sangat bagus... 

walau aku cuba siapkan 5 chapter dalam minggu terakhir tu... tesis aku sv reject.. FINE! dia suruh aku bawak  pada sem depan... aku memang bersumpah... tak kan aku pandang muka linda tu lagi... tak kan aku bantu sekelumit pun dalam pelajaran.. kau nak berjaya sampai ke atas.. sanggup kau pijak kawan-kawan kau terus kebawah demi kau dapat ke atas..! sangat bagus!

aku tak kan marah.. kalau dia cakap dari awak awal sebulan pun aku tak pe.. ini... last minute? apa aku boleh buat dengan nak tumpu exam lagi? ah... aku jugak bukan orang kaya yang duit berterabur aku boleh kutip nak bayar yuran yang mahal macam nak bunuh orang tu... kalau aku jenis duit banyak.. aku tak heran dengan semua ni.. aku boleh bayar!





klik iklan ni tak kena bayar pun