Monday, January 30, 2012

perancangan kasar masa depan

eh, ada eak perancangan kasar untuk masa depan ? hahahaha ingat  ada untung kasar untung bersih je.. ekekeke.  Hakikatnya aku dalam percaturan untuk minta transfer ke melaka.  Tapi pape pun, aku lepaskan housemate-housemate aku dulu.. untuk bertukar.. diorang dah isi form aku plak nak isi. aku harap semua berjalan lancar.

aku kena balik melaka juga, walau hakikat, aku rasa benda akan jadi macam sedikit susah.. paham-paham la, duduk dengan mak ayah banyak benda kena berpantang.. nak-nak lagi ayah aku dengan mak aku jenis orangnya amatlah sukar nak lepaskan aku keluar malam... 


hajat aku, lepas saje aku kemalaka nanti, benda pertama aku nak buat, ambil lesen motor.. sebab aku nak senang jalan-jalan dalam melaka dengan skuter je.. kenapa skuter? sopan la sikit kan, nak pakai baju kurung pun, tak lah sampai nak terselak naik motor..insyaAllah.

perkara yang buat aku nak balik melaka juga adalah. aku dapat offer untuk part time di kedai roti kawan aku.. actually dia dah macam kilang kot.. tapi staff tak ramai.. sebab member aku ni sangat cerewet dengan staff. dia kalau boleh nak yang lelaki sahaja.. kenapa? sebab dia lelaki yang tak selesa dengan pompuan.. hahaha.. tapi dengan aku dia tak kisah sebab dia kata dah biasa.. biasa? bukan rapat pun. tapi di sebabkan aku satu-satunya kawan perempuan dia, dia dah anggap aku macam lelaki jugak kot. hahahaha..

lagi satu, malam tadi dapat perancangan dari etoi, dia nak buat bisnes tapi belum ada kekuatan, sebab macam tak cukup rencah lagi la.. aku kalau part-part bisnes ni memang aku minat sangat.. dapat tolong kawan-kawan dapat lah income sikit. semua aku buat supaya aku tak leka duduk saja di melaka. walau hakikat, aku memang tak kan senang berehat walau tak de aktiviti lain, tapi aku still nak wat aktiviti tambahan.

mana taknya, aku tahu.. kalau aku pindah sana... segala tanggungjawab pasal family.. aku akan pikul separuh.. isnin hingga jumaat aku akan pergi kerja, balik kerja... malam aku kena rehat .. sabtu ahad, mesti aku kena tolong ayah aku kat warong.. lepas pegi warong tu.. kalau ada pape majlis atau aktiviti keluarga.. kompem ayah aku akan lepaskan pada aku sahaja. aku akan dipertanggungjawab bawak mak aku pergi semua kenduri dan bawak dia jalan-jalan shopping.. bukan takat mak aku.. bahkan kakak aku juga.. KOMPEM... sebab aku je tahu bawak keta.. adik aku memang duk kampung, tapi tak ley di harap.. sibuk hal diri sendiri je.. huhuhu.. kadang-kadang sedih juga bila tengok adik aku berubah jadi tak brtanggung jawab ni.. sedih sangat ok.. dulu aku bangga juga dengan dia.. skang aku macam... so..so.. jerkla... 

aku berdoa semua perancangan aku berjalan lancar.. aku berdoa supaya pelajaran aku pun berjalan lancar.. aku berdoa semuanya lancar.. aku tahu.. kembalinya aku ke melaka.. bukan kegembiraan mak ayah aku sahaja.. bahkan semua orang.. kawan-kawan aku terutamanya.. etoi, elina. uncle mohsen, aloya.. lan.. semua-semua la... huhuhu.. insyaAllah akan aku penuhi.. amin.. moga semua perancangan di permudahkan.. amin yarabbal alamin...



update : aku dah tak tahan bleeding baru je ambil ubat transamin . ubat untuk stopkan darah... moga-moga jadi lah ya..


klik iklan ni tak kena bayar pun