Saturday, March 3, 2012

soalan dari blog brother love

ok...soalan ni sebenarnya.. aku jawab kat forum aku join.  tapi soalan ni di ambil dari blog brother love... link tak lak diorang tepek.. huhuhuhu... so diorng tanya... aku jawab seikhlas hati.. dan aku teringin plak nak tepek kat blog sendiri... ekekekeke... jom layan soalan2 dia...


1. Apa harapan you apabila berkenalan dengan seorang lelaki yang you suka, untuk saja berkawan atau untuk future husband? 

obkos la kan.. kalau dah yang kita suka..makna dia dah sempurna untuk kita.. mestilah kalau boleh nak dijadikanfuture husband...tapi kalau hest.. aku akan tengok how that guy react dengan kita..kalau dia macam teruja juga dengan kita.. so make a move ..kalau dia biasa2 saje.. adalah lebih baik aku melayannya sebagai kawan baik..dari mencurahkan isi hati buat dia tak selesa dan akan kehilangan dia as a fwen..huhuhu.. sayang lagi kot persahabatan dari perasaan sendiri...

2. Bila you planning untuk berkahwin?

planning kawen eak???  bila dah ada yang sudi terima diri ini seadanya 

3. Bagaimana wedding yang you imagine kan, tahap artis ke, vip ke? 

jujur.. aku suka melayu klasik.. kalau boleh nak semua tetamu.. tak pun cukup meja makan beradab tu makan bersimpuh atas stage@pangkin.. tp kos giller mahal kot... so.. but ala kadar sahaja.. asal majlis lancar...semua orang balik dengn rasa kegembiraan sebab aku kawen.. miaaahahahaha

4. Adakah you ni anak mak? Atau seorang yang hanya mengikut kata ibu bapa dalam perihal perkahwinan?

actually tak.. sebab memang aku survive hidup dari umo 13 kot... dalam hal kawen ni.. mak ayah aku memang serah 100% kat diri ini.. sebab mereka tak nak suatu hari nanti.. aku menyalahkan mereka.. sekiranya mereka merancang untuk aku itu akhirnya hancur..

5. Adakah you ni seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang keibuan? 

aku memang suka budak2 ...  suka peluk cium.. tapi sejak aku dah ada anak buah.. baru aku tahu.. letih jugak eak nak jaga baby yang meragam ni...  

6. Adakah you seorang yang sukakan kanak-kanak? Berapa ramai anak yang you mahu miliki?

yup..yup..yup..dan yup... kalau boleh seramai yang termampu....

7. Apa yang you shopping setiap bulan? 

barang dapur.... dengan stok peribadi yang dah tak de

8. Bagaimana cara your money management? Suka menyimpan duit, atau suka menabung, melabur? 

errggh.. soalan mental ni... sebab aku suka menyimpan.. tapi kawan2 yang suka pinjam duit aku tak pulang.. dan lelaki-lelaki dayus yang suka kikis duit aku .. aku tak pernah halalkan walau sesen pun duit aku pada diorang... dan aku selalu doa.. diorang akan bawa hutang aku untuk di hitung diakhirat kelak...

9. Adakah you mempunyai hutang dengan mana-mana bank, finance company? 

ada.. teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt.........

10. Apa yang you paling suka lakukan masa lapang?

memasak...tengok tibi...kalau ada partnet bru berjalan.. kalau sorang duk umah lagik bagus kot

11. You suka tidur tak, dan selalu bangun pukul berapa?

rugi kalau tak suka tidur.. itu satu kenikmatan yang Allah bagi... tapi masa tido aku tak menentu... tapi masa bangkit aku adalah jam 615 pagi...

12. Pernah tak you jatuh cinta dengan 2 orang lelaki sekali gus?

tak pernah

13. Adakah you ni boleh dianggap sebagai seorang yang romantik? Suka dimanjakan?Suka berkepit setiap masa?

ok.. jawapan susah nak tulis.. tapi aku quote dari lirik lagu 150 juta kali by fynn jamal ..  

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa 


14. Adakah you mahu pasangan you seorang yang romantik? Jika dia tidak romantik macamana? 

hakikatnya.. semua orang akan nk yang macam tu kot.... tapi kita manusia.. kadang2 kita rasa kita dah romantik.. tapi bg pasangan tak pun... so ..i will talk and discuss mith my husband....

15. Adakah you ni seorang yang cepat kasihan pada lelaki?

tak... aku cepat kasihan pada lelaki dan perempuan yang menangung derita... ekekeke... perasaan kasihan kan? bukan kasih kan? 

16. Best vacation holiday yang pernah you pergi? 

sarawak.......

17. Adakah you ni seorang pembersih? Suka mengemas? Pakaian sentiasa berlipat dan barang ditempatnya? 

perkara di atas.. saya adalah sederhana... bukan sentiasa atau sangat...

18. Perkara yang you paling benci dalam diri lelaki? 

suka up diri.. tak reti hormat orang.. tak tahu berterus terang

19. Perkara yang you paling suka lelaki lakukan untuk you? 

MENGHARGAI SAYA

20. Lelaki yang sebagaimana yang boleh buat you rasa teruja?

matang..pandai hormat orang tua..berani tegur aku kalau aku salah nak2 lagi bab agama....yang PANDAI SURVIVE

21. Apakah satu hadiah yang paling you suka sekali pernah you terima?

daripada lelaki ke? apa sahaja yang terlah di beri.. walau sekecil zarah

22. You suka berkawan dengan ex-boyfriend tak? 

ya.. memang  berkawan. tapi ex yang kami kawan memang sampai tahap kenal family... aku jenis suka berkawan.. berkawan dgn family skali...

23. You boleh terima tak kalau boyfriend you masih berkawan dengan ex-girlfriend dia? 

jujur memang ada rasa sikit takit.. tapi aku tak kisah.. asal dia letak aku tinggi dari awek dia... dan tak payah nak layan ex mcm awek lagi... ber aku kau suda...

24. Bila you sudah menjadi isteri, suami you nak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia, you akan larang tak? 

insyaAllah tak.. tapi janganlah sampai mengabaikan aku dan selalu tinggalkan aku kesorangan...

25. Bagaimana pula jika ada seorang wanita yang dalam kesusahan, perlukan bantuan suami you. Adakah you akan cemburu? 

cemburu tu mesti ada... tapi laki aku kena sentiasa jujur dan honest dengan aku... tapi selalunya.. aku akan involve untuk sesi bantu membantu ni... nak juga tambah pahala... 

26. Seorang lelaki, sangat suka masakan ibunya, jadi apabila berkahwin, dia akan mengharapkan pasangannya pandai memasak sesedap ibunya, adakah you boleh lakukannya? 

pasti tak boleh... sebab masakan ibu tiada tandingan.... air tangan ibu itu sangat lain manisnya... tapi aku akan berusaha untuk beri yang terbaik... so please jgn kendem atau hentam sesuka hati.. sila beri galakan dan semangat... hihihi

27. What is your favourite movie/songs� suka menonton movie or going for a concert? Mungkin suka tengok teater? - 

ku jenis.. flexible.. selagi aku blh buat demi orang tersayang aku akan cuba... tapi aku tolak awal2 heavy metal... huhuhuhu...

ouh ya.. lagu kegemaran aku eak?  when i need you by leo sayer... dengan lagu gita gutawa...selamat datang cinta


28. Suka jogging? Exercise? Swimming?

yup..sngat suka.. terutama bola tampar dan senam tari.. walau hakikat aku kayu... huhuhuhu

29. Apakah tabiat buruk you? 

jap...cuba ingatkan balik.... tabiat buruk ea.... aku jenis khusyuk dgn satu benda je... aku tak reti nak adap dengan tekun 2 keje..contoh.. klau aku kusyuk tengok tv... ada orang ngumpat aku kuat2 kat sebelah pun aku tk dengar

30. Very sure you tidak akan benarkan suami you kahwin lagi seorang, tetapi bagaimana jika dia dan girl tu sudah jatuh cinta� kalau tak kahwin nanti berdosa. So apa solutions dia?

aku pernah fikir benda ni.. jujur memang akan perit.. tapi insyaAllah.. aku kan seikhlas hati membenarkan dengan syarat... suami aku mempu segalanya... dan adil

klik iklan ni tak kena bayar pun