tak sangka plak misteri ni boleh datang rumah aku malam
tadi. adoi la..
malam tadi, osmet aku masak bihun goreng untuk kitorang satu
rumah, bertiga je lah. masa makan-makan tu, aku ni berkira-kira nak cerita atau
tak latest news pasal komuniti kitorang tu, so lastly decide better cerita,
mula-mula bukak isu lain..
aku tanya "ada korang dengar berita pape kat
sini?"
kawan aku lagi dua orang tu menggeleng.. diorang tahu. kalau
aku start cakap serius tanya macam tu maknanya ada benda nak aku sampaikan dan
suruh diorang berhati-hati. so aku mula kata.
"first isu pasal kereta hilang kat parking lot dua.
"
kawan-kawan yang lain cuak la.. sebab isu kereta kot, penyamun sekarang
buka kira kereta jenis apa pun, semua belasah curi. dah diorang tanya aku itu
ini, itu ini, dah jawab semua aku masuk plak kes kedua
"second isu, kejiranan depan nampak something kat atas
bumbung situ, dalam jam 12 ke atas, mula-mula dengar bunyik burung sekali dia
toleh, dia nampak ada benda atas bumbung tu. but dalam komuniti diorang tak de
plak describe macam mana bentuk rupanya cuma di kata, besar and itu adalah
makhluk dari alam lagi satu. dan kebetulan ada kawan dalam forum cerita yang
kawan dia ada nampak kelibat macam kelawar besar terbang atas dia. aku rasa dia
benda yang sama, dan yang pasti benda tu dalam kawasan sini sahaja. sama ada
dia memang makhluk Allah nyata yang ganjil atau memang makhluk Allah yang
ghaib, itu tak sure. kita boleh agak sendiri la kan?"
so, kawan-kawan aku
yang dua orang ni ada sedikit cuak. tapi muka masih cool. aku pun malas nak
continue pape, tapi yang lagi sorang ni pulak cerita pasa kes-kes bunyi kat
rumah atas, pasal bunyi tapak kaki budak la apa la, walhal masa tu tu rumah
atas tu sebenarnya kosong, kawan lagi sorang pun cerita jugak tapi dia kata kat
dia bunyi manik berterabur, so aku kata ada je aku dengar bunyi budak hentak
kaki dengan bunyi hentakan barang-barang. tapi aku malas layan sebab dah tahu
'dia'nye keje. habes je cerita, budak-budak ni semua masuk bilik, so aku last
skali, tutup tv, tutup sliding door, tutup lampu semua. Masuk bilik
masing-masing.. sendiri punya aktiviti lah.
Pagi ni pegi keje, sekali sorang wasap
Lisa: sape tutup lampu tengah kul 1 malam tadi?
Aku: sure bukan aku
Fira: aku tak..
..........
Fira: siapa bukak lampu bilik air luar pagi tadi? Aku nak
masuk tengok lampu bilik air terbukak dah
Aku: lisa kot,sebab aku terjaga 5.50 ada orang masuk bilik
air.
Fira: ouh ok..
Aku: tapi tak tahu le weyh, aku agak je.. tunggu jelah dia
jawab
.........
Lisa: eh, aku kompius skang ni.
Aku: ok skang sebenarnya sape yang tutup lampu tengah, sape
plak yang bukak lampu bilik air? Lisa ko sure ke lampu tengah tu bukak? Sebab seperasan
aku, masa aku tutup semua tu, memang gelap semua, aku tak bukak mana-mana lampu
pun.
Fira: yup betul, aku perasan memang gelap.
Aku: aku jam 12 dah tido dah
Fira : sama, aku pun..
Lisa: macam ni, aku memang tido lambat, dalam jam 12 lebih
tu, aku bangun pegi toilet, pastu aku bukak lampu tengah tu, sebab kau dah
cerita benda-benda macam tu, aku rasa macam tak best plak nak tido gelap gelita.
Aku pasti, memang aku bukak lampu tengah, sebab cahaya dia masuk bilik, dalam
aku golek-golek atas katil.. tiba-tiba aku dengar bunyik petik suis. Aku tengok
bawah pintu, gelap. Aku pelik jugak, sebab tak denga pun bunyik pintu
korang.aku mals nak jengah, dan aku malas nak bersuara tanya. Kot benda lain,
cuak la aku. Tapi aku tak tahu plak yang lampu bilik air terbukak. Sebab aku
sure aku tutup.
Aku: hurm sudah... nasib dia maintukar suis..
Fira: pulak dah... aku ada terjaga jam 1 lebih sebab aku
dengar bunyik bising sangat kat bawah tu, bunyik moto la apa la.. tapi tak
pulak perasan pasal lampu.
Aku: perasan tak.. tiap kali kita cerita mistik..kalau tak
malam tu jugak.. mesti selang 2-3 hari ada benda pelik jadi?
Lisa: yup perasan
Fira: yeke?
Aku: so, buat tak tahu je. Dia memang suka kita ni duk bercerita pasal dia.
So, aku dengan housemate aku buat andaian misteri ni terus jadi misteri.. tak tahu siapa, dan
tak tahu makhluk apa.. tak pernah di kacau ekstreme, Alhamdulillah.. Cuma tulah,
hakikat masing-masing terasa ada orang lain duk sama, Cuma tak di tunjuk rupa. Alhamdulillah.
Tak payah lak menunjuk rupa.. kang susah pulak nak handlenya.. huhuhu
Sekian warta berita..