Friday, July 25, 2014

Ramadhan terakhir

Pejam celik, pejam celik sekejap je dh habis ramadhan. Ramadhan yang akan pergi ni buat aku sayu. Dapat ke lagi rasa suasana ramadhan? 1suasana yang sangat nikmat berbanding bulan-bulan lain. Tak payah nak cerita pasal imarah nya pada siapa yang tak lepaskan peluang memang akan terasa nikmatnya, kalau kita hamba yang lalai skali pun, tidak ketinggalan akan terasa kenikmatan tu juga. Mana taknya,masa puasa ni la berebut-rebut nak book sana sini untuk berbuka puasa dengan kawan-kawankan? So kan boleh rasa meriahnya juga. Bulan lain? Kita takkan dapat rasa macam ni.

Tapi untuk aku kali ni alhamdulillah aku dapat laku kan dengan hampir sempurna tanpa meninggalkan dengan sengaja. Hajat yang aku xpernah cuba capai ramadhan sebelum-sebelum ni.insyaAllah akan sempurna sehingga 2 malam terakhir lagi.

Raya tahun ni, aku cuma berharap keluarga mak aku kembali bersatu.tak erat macam dulu sangat tak mengapa la. Yang penting bertegur sapa. Rindu keluarga yang dulu. Mesti arwah makwe sayu dalam kubur tengok anak-anaknya bermusuhan macam ni skali.haih..

Salam aidilfitri untuk kalian, ampun dan maaf aku hulurkan terlalu banyak dosa aku kat dunia ni. Mungkin juga padakorang. Ampunkan dosa aku,halalkan segalanya pada aku.

Assalamualaikum..

klik iklan ni tak kena bayar pun