Friday, December 23, 2011

cerpen : AMIM.... AKU AMIM...

4 biji kelapa di ambil dari luar warong ayah ..

" apa yang rosak kereta kau tu ima..?" tanya ayah sambil meletakkan pinggan kotor didalam bekas basuhan

" tu..bearing aircond tu yang problem.. dah suruh apai cabutkan belt dia..bising bunyi macam motobot dah.." jawab ima seraya membelah kelapa yang diambil..

" memang tu je ke yang rosaknya?  kat kolumpo tak ley buat ke..?" tanya ayahnya dengan tangan ligat membilas pinggan yang di angkat tadi..

" hurm.. tu je kot.. sebab aircond tu memang sejuk je lagi..cuma bunyik bising pada bearing aircond..dah kompem kan balik kat apai.. dia pun kata macam tu juga... tapi  masalah nak settle kat kolumpo tu..sampai rm400 plak dia nak.. bukan tukar compressor pun... mahal la... baik pegi kat dr.aircond apek kat tengkera tu, silap-silap separuh dari  harga tu dia boleh bagi ..." terang dia panjang lebar sambil mulut mengunyah tombong kelapa yang bersaiz kecil..manis dan rangup...

" ok lahtu... habis tu jam berapa pulak kau nak pergi ni?"

" lepas menolong kat kedai ayah ni kang.. terus jerkla orang pegi... malas ar nak balik umah..'

"hah baguslah tu.. cepat pegi..cepat siap... lepas mesin kelapa tu.. kau terus je pegi.. takut nanti.. ada keta lain apek tu nak buat, dia tak nak buat keta kau plak..."

"...ok boooooossss.... bereh boh..! " sambil dia tergelak kecil meyakat bapanya yang sampai ke bahagian hadapan kedai...

setelah selesai mesin kelapa yang di belah tadi.. dia pun kearah sinki untuk membersihkan tangan... dan meneguk habis air teh yang di buat masa dia mula-mula datang pagi tadi...dicapainya beg silang bertali panjang yang dah berusia 6 tahun tu sambil membelek telifon tangan yang di simpan rapi di dalamnya.. dia mahu memastikan sama ada terdapat pesanan ringkas atau panggilan telifon yang tidak dijawabnya atau tidak...ternyata... tiada siapa yang sudi menghantar pesanan ringkas kepadanya.. almaklumlah.. gadis gempal mulut comel seperti dia.. tiada yang sudi admirer.. hehehehe...dia melihat jam..tertera 11.30 pagi..pantas dia membuka apron plastik di badannya...

" mak.. comot tak mak..." sambil di sua badan ke arah mak dia yang sibuk membaca suratkhabar di kerusi pelanggan..

".. ok je.. tak comot pun... cuma nampak basah sikit je baju tu..." balas emaknya dengan pandangan yang bersahaja..

"..hurm.. tak pelah.. kang keringlah tu kot.." ngomel dia sendiri...

seperti sudah kebiasaan, walau telahd i tegur banyak kali.. keletah, pakaian dan penampilannya.. tidak sepadan langsung dengan umrunya yang menjangkau umur 27 tahun dan seorang wanita..sangat santai dan poyo... berseluar trak biru tua, bertshirt biru tua sedikit lusuh pemberian bekas kekasihnya dulu yang tertulis.. "archyday 2006"...berselendang cotton berbunga kecil yang disilang di atas bahu serta berselipar besar milik adik lelakinya...

" mak.. ayah... orang pegi dulu tau... nak pegi keluarkan duit kejap dekat taman merdeka.. baru orang pusing tengkera.. pergi dulu ea.. kalau ada apa-apa.. mesej tau... byeee...."  jeritnya halus..mengomel sambil berjalan kearah kereta yang di pakir di tepi penjuru warong ayahnya...

sampai di pasaraya bintang a.k.a giant... dia terus ke arah mesin mengeluarkan wang yang terletak di bahagian dalam pasaraya tersebut... setelah dia menunggu gilirannya...dan mengeluarkan duit yang diperlukan... dia terus berjalan kearah keretanya.. dia perlu cepat.. kerana jalan yang akan di tujui akan kembali sesak sekira waktu puncak... dalam kekalutan memasukkan wang di dalam beg silangnya...

GEDEBUKKK....

" hoi...! kau buta ke hah?? langgar aku apasal?? sakit, tahu tak..! bodoh ke apa??!.." pekik seorang perempuan yang sangat cantik persis bidadari yang bermulut longkang...

pelanggaran tu..tidak lah sehingga terjatuh keduanya.. hanya perlagaan kuat sahaja.. sehingga kedua-duanya terdorong bertentang arah...

" apa? dia kata aku bodoh...????" getus ima dalam hati sambil menjeling perempuan yang mulus itu..

" baby.... u ok tak..?" sapa seorang jejaka yang agak menarik rupa parasnya ..kemas dengan kemeja lengan panjang yang di lipat separas siku... tidak terlalu tinggi.. dan tidak terlalu tegap.. berkaca mata bingkai tebal.. berambut spike ..bermata kuyu..hidung yang agak sederhana.. tak mancung tapi berbatang hidung tinggi... nyaman mata memandang..

" perempuan ni la by.... buta agaknya... dah la buta.. baju kolot.. selekeh... betul2 stail kampung.. huh..! geli la..." caci wanita mulus itu bersama jelingan menjijikkan ke arah ima...

".....waaaaahhh ini sudah melampau....." getus hati ima.... sambil membetulkan selipar jepun gedabak yang terlucut dari kaki... dia memandang perempuan mulus yang ayussss gitu....

" wahai pompuan yang konon bandau sangat.... kalau aku buta.. kau yang celik kenapa tak mengelak..?? haaaa??? engkau pun buta... cakap jelah... bodoh..! lagi satu.. kalau engkau tu memang bandar sangat.. apahal lak kau masuk pasaraya cabuk ni..?? dah tak de duit ke... nak belanja kat highclass mall??? huh... and.. last one... aku pakai macam ni... susut ke duit gaji kau??? yang kau susah sangat apa hal...? memang aku orang kampung... aku tahu masak  lauk masak lemak cili api... boleh cili mulut kau sekali...kau mampu??? kuali dengan periuk pun  agaknye tak kenal... nak berlagak dengan makeup tebal 10 inci... kalau dibuang make up..muka penuh dengan kawah jerawat jeragat...eeeeeeuuuuwwww...tak kuasa ahkak..! huh.. sudah laaaa... mulut LONGKANG...!"  terus ima blah dari situ...

"hahahaha.. padan muka kau.. puas hati aku.." senyum ima walau hati bagai terbakar deeeee..


dia masuk terus kedalam keretanya.. start enjin... dia membuka techno musicnya.. berdentum-dentum.. speaker yang di tambah di kiri kanan pintu.. berserta speaker box bermagnet besar di belakang..membuatkan music itu seakan disco...VROOM..VROOM...VROOOMMM.... ekzos yang telah di up gred dari standart di tukarkan piping  ke 1.7 diameter ...menderu-deru... menunjukkan kemarahan nya... dia mengundurkan keretanya..

tiba-tiba... tuk..tuk..tuk..tuk.. tingkapnya di ketuk bertalu...dia menoleh...

" alaahai... mamat ni.. kau apahal ketuk cermin aku lak  ni...." mengomel hatinya... dia menurunkan tingkap  kecil... sambil memperlahan kan radio.. takut dia kalau lelaki tu berniat jahat...

" hah.. apahal?"..

" awak... minta maaf ya atas apa awek saya cakap tadi..."

-mengangguk kepala-

" dia memang macam tu... tapi dia baik sebenarnya.. dia tengah kusut kot tadi.."

" awek kau kan?aku nasihatkan.. tak payah la buat bini.. merana badan kau nanti... selagi dia tak ubah perangai.. tak payah la kau susah-susah nak suh mak apak kau pegi meminang dia... kalau setakat lawa dan cantik sahaja yang kau nak...benda tu tak kan kekal sampai ke tua... kalau budi bahasa dan keikhlasan yang kau cari.. itu lah kebahagiaan kau sampai kau mati..ingat pesan aku tu.."

" baik lah... maaf sekali lagi.. terima kasih.... saya aman.. hurm nama awak?"

ima memandang lelaki itu... sambil tangannya menunjukkan ke arah  windscreen nya dan lelaki itu memandang ke arah yang di tunjuk...

" amim... aku amim... "

lelaki itu senyum.... dan dibalas ima.... sambil dia berlalu dan meninggalkan lelaki itu dengan 1 hon perkenalan... (eh.. ada ke hon perkenalan?? ekekeke)..

" amim..? amim...? macam nama lelaki.. amim, gengclubmelaka2...." aman mengingati kembali apa yang di lihat sambil mengukir senyum dan berlari kembali ke arah aweknya yang dah lama bercekak pinggang di depan pintu utama pasaraya bintang itu...


"mampus aku.... aduih....." aman berlari anak sambil memejam mata.. hatinya berbisik..."amim" ...dia mengukir senyum kembali...


















p/s : buat setakat ni... ni je yang aku nak letak kan dulu... kot jadi bersiri nasib le ye.. nak bersiri ke weyh???  ada rasa nak sambungan tak?

Thursday, December 22, 2011

catitan diari ~3~

alhamdulillah..

pagi ni aku dah boleh senyum... aku bersyukur sangat kehadrat Allah.. malu dan segan tak terkata... baru seketika tanggung derita.. merayu meminta pertolongan dari yang Maha Esa.. telah di kabulkan dengan memberi ketenangan dan jalan penyelesaian.. tapi aku.. bila sedikit senang kadang kala alpa pada yang MAHA KUASA ini.. ya.. Allah.. malunye aku... ampunkan kekhilafan hambaMu ini yaAllah... 

alhamdulillah..

badan pun dah sihat.. kepala pun dah tak pening.. perut pun rasa damai..rezki untuk di sua kemulut pun sentiasa ada..biar sedikit asal memenuhi pundi perut untuk tidak terlalu lapar...muka dah pun tak kelam.. dah boleh tersenyum... mata pun dah tak merah.. dan bercahaya dengan kesihatan.. mulut pun dah tak berat.. dah boleh berbual dan bercerita dengan mudah.. thank you Allah... sentiasa membantu hamba-hambaMU walau kadang kala hambaMu leka dan lalai dengan MU :-[

pada kawan-kawan,,

yang mungkin mendoakan aku secara sedar atau tidak... membantu aku secara sedar atau tidak.. seikhlas hati dan serendah diri.. aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.. aku bersyukur mendapat sahabat dan pembaca macam kalian... :-[

pada mereka yang menganiaya aku...

tak kira tatkala bila kau menganiaya.. sedar atau tidak sedar kamu telah menganiaya ku.. ketahuilah.. doa orang yang dianiaya sentiasa dimakbulkan Allah... aku berdoa pada yang Maha Esa.. moga kalian diberi hidayah dan petunjuk serta rahmat Allah... dan dibukakan hati untuk insaf moga kalian tidak melakukannya pada orang lain.. amin.... 



Wednesday, December 21, 2011

catitan dairi ~2~

semalam memang sesuatu yang tak tertahan.. aku nak luahkan.. aku nak cakap.. tapi pada siapa?? aku segan.. aku takut.. aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang baru sahaja aku sedar tu... aku tak tahu sumber mana yang harus aku carikan.. macam mana aku nak buat.. aku teramat sangat buntu.. sangat buntu,...


aku perlukan seseorang untuk aku bercerita.. aku mesej sorang member.. dia ada hal yang tak dapat aku buat panggilan lama.. aku telefon seorang lagi sahabat yang aku tahu, dia boleh mendengar masalah aku.. masa aku call dia dah perasan suara aku yang sangat tak bermaya.. aku cuba bertanya soalan-soalan yang biasa.. akhirnya dia suruh aku cerita juga apa masalah.. belum sempat aku cerita.. aku dah nangis teresak-esak.. mengogoi... dia pun terkedu rasanya.. sebab aku tak pernah macam tu.. kalau aku ada masalah aku tak pernah macam tu.. tapi kali ni... memang aku tak boleh tahan... sedih dan pilu aku rasa.. sangat pilu...

dalam esak aku cerita semuanya,, dia juga rasa geram.. sebab semua tu,  memang aku kena tanggung sendiri walau hakikat orang lain yang aniaya aku.. tak pe aku redha.. aku boleh redha... tapi macam mana aku nak selesaikan itu menjadi punca permasalahan aku yang saaaangat aku tak terdaya nak hadapi.. 

diarahkan aku buat laporan polis.. tapi aku tak de sedetailnya untuk buat laporan.. aku tak boleh charge kes..sebab semua kabur..  akhirnya lepas sedikit reda.. dia suruh aku mandi ambil wuduk dan buat solat isyak', solat taubat, solat hajat, dan istikharah supaya aku di beri petunjuk oleh Allah jalan yang sebaiknya untuk selesaikan hal ni...

kini aku sedikit tenang.. selepas buat solat sunat semua nya.. aku sambung berdoa.. serta minta doa perlindungan dari Allah atas kejahatan manusia dan makhluk ghaib..sama ada kejahatan yang nyata atau tersembunyi... moga Allah merahmati aku.. dan moga Allah memberikan aku jalan penyelesaian segala masalah yang ada... amin



Tuesday, December 20, 2011

catitan dairi

sakit ni sebab tension ke?

malam tadi badan sejuk kematu... pastu rasa mual.. perut asyik memulas je...memang tak larat rasanya.. gagahkan juga.. saje on9 buat hilang sunyi...jam 10 malam.. memang pasti.. dah tak tertanggung..  ambil wuduk.. solat isya' dulu kemudian tido... sebelum tu dalam panggil dari ayah... 

ayah ni aysik tanya pasal kawen je... :( dah orang tak de nak kat kita.. nak buat macam mana .. :( ayah marah... plak.. ayah salahkan kita.. macam kita ni yang saje tak nak kawen atau berkenalan dengan lelaki..:( sedih sangat,,, masa solat tu kita nangis... nangis sebab ayah marah kita... nangis sebab ayah macam tak kenal kita... tidur dengan tangisan dan kepiluan...


 bangun pagi... badan kita panas... kepala sakit... perut tetap macam malam tadi... dalam badan rasa sejuk sangat.. luar badan rasa panas....

salah ke eak kalau kawen lambat? :( .. manalah tahu... hakikatnya, kita memang di takdirkan meninggal dunia sebelum berkahwin... sebab tu tuhan tak jumpakan kita jodoh.. kan? kita mana tahukan? 


nak senyum pun tak larat dah... 



klik iklan ni tak kena bayar pun