Wednesday, December 21, 2011

catitan dairi ~2~

semalam memang sesuatu yang tak tertahan.. aku nak luahkan.. aku nak cakap.. tapi pada siapa?? aku segan.. aku takut.. aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang baru sahaja aku sedar tu... aku tak tahu sumber mana yang harus aku carikan.. macam mana aku nak buat.. aku teramat sangat buntu.. sangat buntu,...


aku perlukan seseorang untuk aku bercerita.. aku mesej sorang member.. dia ada hal yang tak dapat aku buat panggilan lama.. aku telefon seorang lagi sahabat yang aku tahu, dia boleh mendengar masalah aku.. masa aku call dia dah perasan suara aku yang sangat tak bermaya.. aku cuba bertanya soalan-soalan yang biasa.. akhirnya dia suruh aku cerita juga apa masalah.. belum sempat aku cerita.. aku dah nangis teresak-esak.. mengogoi... dia pun terkedu rasanya.. sebab aku tak pernah macam tu.. kalau aku ada masalah aku tak pernah macam tu.. tapi kali ni... memang aku tak boleh tahan... sedih dan pilu aku rasa.. sangat pilu...

dalam esak aku cerita semuanya,, dia juga rasa geram.. sebab semua tu,  memang aku kena tanggung sendiri walau hakikat orang lain yang aniaya aku.. tak pe aku redha.. aku boleh redha... tapi macam mana aku nak selesaikan itu menjadi punca permasalahan aku yang saaaangat aku tak terdaya nak hadapi.. 

diarahkan aku buat laporan polis.. tapi aku tak de sedetailnya untuk buat laporan.. aku tak boleh charge kes..sebab semua kabur..  akhirnya lepas sedikit reda.. dia suruh aku mandi ambil wuduk dan buat solat isyak', solat taubat, solat hajat, dan istikharah supaya aku di beri petunjuk oleh Allah jalan yang sebaiknya untuk selesaikan hal ni...

kini aku sedikit tenang.. selepas buat solat sunat semua nya.. aku sambung berdoa.. serta minta doa perlindungan dari Allah atas kejahatan manusia dan makhluk ghaib..sama ada kejahatan yang nyata atau tersembunyi... moga Allah merahmati aku.. dan moga Allah memberikan aku jalan penyelesaian segala masalah yang ada... amin



klik iklan ni tak kena bayar pun