Saturday, August 6, 2011

puisi sampah

duka..
berdetak sayu..
hati menangis..
mrerembes semua cairan mata..
kaku..
seperti kayu
tiada riak 
tiada gerak
tiada tindak
semuanya porak
tangis
menghembur perit
meluntur sepi
menuntun pilu
gila
bila waktu tiba
bila otak tidak bernyawa
bila hati buta
gerak badan -tidak nyata-

Thursday, August 4, 2011

kita kawan olok-olok, k?

"eh.. kita kawan dengan si siti..siti gaduh dengan kau eak? siti mesti tak nak kita kawan  
dengan kau.. jadik kita kawan olok-olok ea? .. kalau siti ada kita buat tak kawan-tak kawan tau.."


siapa masa kecik-kecik.. tak pernah guna word ni.. tak pernah mengalami situasi  ni.. tak pernah macam ni??? sila angkat jari kelingking secara berjemaah sekarang.... ekekekeke.. kalau tak pernah tu.. alamat memang la zaman kanak-kanak korang kurang kemeriahan nya.. kurang kesengalannya.. serta kurang sifat talam 2 muka... ekekkekeke.... cuba.. korang rewind balik... huhuu..

aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu.. masa tu aku tadika, cuma aku tak ingat kat mana.. KL rasanya.. ke PD.. (al-maklum le.. bapak askar..sekolah setahun boleh bertukar 3-4 kali) masa ni dialog kat atas tu memang terjadi.. yang bestnya.. aku kat pintu belah ujung sini, si member yang terpaksa menipu ni kat ujung sebelah sana.. dari jauh main senyum-senyum,, main lambai-lambai.. tapi bila si siti tu ada kat sisi.. mata menjeling kita.. bila nak blah tu sempat pandang kita then senyum balik.. hahahahaahha... bapak giller hipokrit.. kecik-kecik dah menjadi pelakon terbaik masing-masing..tapi kalau ingat-ingatkan balik, memanglah kelakar.. sweet pun ada rasa juga.. 

nowadays, jangan tak percaya kalau aku kata ini masih lagi berlaku... dan paling mengejutkan.. dikalangan orang dewasa ???!! .. "ouh, man..! ada lagik ke orang macam ni.? " ada! dan jangan tak percaya.. terutama ditempat kerja, atau mana-mana komuniti atau organisasi.. tapi ada juga yang tak hipokrit.. tapi words untuk 

" aku tak suka dia.. kau kawan dengan aku, kalau aku tak suka dia, kau pun jangan kawan dia.. faham?! "

ini masih ada lagik...huhuhu.. 

" aiyaaa... suma sudah musat.. tapi otak ala singkat..apa pasat? " 

hehehe nak buat macam mana kan.. memang ada yang didik macam tu.. kalau nak kata yang hipokrit toksah di kata.. aku rasa majoriti jerk.. tak payah nak kata 

"aku tak tergolong orang hipokrit ok..? " 

tapi pernah tak, hang gelak sama-sama.. hang kerja sama-sama, cerita masalah sama-sama.. tapi belakang hang kutuk kaw-kaw.. datang tuan punya badan... tutup cerita.. muka manis senyum... mulut bicara, gigi lagi lembut dari lidah.. pernah kan?? 

tapi.. makna kata nak cakap kat orang tu terus apa hangpa tak berkenan kat depa.. tak dak kan? biar kan ja dia hanyut layan syok sendiri..? belakang hang gelak kaw-kaw kawan hang kan?? 

"ades aci.. itu macam aa.. tara baik ooo...kita suma kawan lama sudah..kalu itu..hati dalam ada rasa sikit busuk aa.. tara baik oo..itu kasi cuci sama itu hati juga kalu.."

hakhakhak... pikir-pikirkan lah.. kita ni hidup bermasyarakat.. kawan-kawan juga adalah cermin buat diri kita.. kalau kita pun buat macam tu kat orang.. tak mustahil.. orang lain pun buat macam tu kat kita..lagi haru.. kawan yang sama-sama dengan kita mengutuk kawan lagi satu tu.. bila dia pergi kat oarng lain.. dia plak yang kutuk kita.. lagik best kan? .. so.. sempena ramadhan ni.. kurang-kurangkanlah mengumpat.. sama-sama lah kita mengimarahkan bulan puasa ni.. tegur kawan-kawan kita demi kebaikan dia.. insyaAllah.. orang lain juga akan menegur kita demi kebaikan kita...

renung-renungkan.. dan selamat beramal..
anda buat.. anda dapat.... 
babaaaaaaaaaaaaaiiiiiii
adiosamigosayonara




Wednesday, August 3, 2011

aku, ramadhan ke3, dan resepi mee kari




aku tak tahu kenapa.. tapi aku rasa ramadhan kali ni meriah dia semacam... nikmat dan keseronokan dia semacam.. ntah... mungkin aku je yang terlebih sensitiviti kot... tapi memang rasa ceria.. mungkin sebab ada anak buah aku 2 orang yang comel tu agaknye... tapi bukan sebab diorang.. memang suasana kat sini meriah.. memang keletah dan gelagat manusia yang beriya-iya menikmati ramadhan tu yang meriah... yang ke bazar.. yang sibuk nak masak tu, nak masak ni.. yang nak pegi terawih.. yang dah sibuk cakap pasal kuih raya... 

hurm.. walau tahun ni.. tahun ke2 aku sendirian.. tapi aku tetap rasa palit bahagia dalam payaunye kehidupan.. ish.. apa aku melalut ni daa.....

ok..ok.. lain cerita k... hari ni aku terbabas sahur.. walau pun hari-hari aku hanya bersahur dengan air masak dengan kurma... tapi hari ni terbabas.. even dah terbangun jam 4 pagi.. hajat nak bangun sahur then belajar.. tapi tak dapat plak.. nyenyak plak tido kat tilam yang keras ..tanpa selimut di badan tu.. walau hanya 1 bantal lembik menampung kepala.. membelakangkan cahaya lampu besar bilik... aku tetap nyenyak dan nyaman sangat... 

haih.. aku kena berusaha keras.. kena  bersemangat... walau dah masuk ramadhan ke3 aku masih belum lagi menghambakan diri pada Allah dalam sunat terawih.. ingat nak pegi semalam.. tapi macam letih.. malam ni tak dapat juga pergi, sebab kawan-kawan datang rumah untuk buat kerja sekolah yang tak disiapkan lagi... aku nekad.. aku akan pergi sekerap mana yang boleh untuk menikmati ramadhan tahun ni...

so... untuk puasa ke3 ni.. oleh kerana tetamu nak datang dan berbuka kat rumah.. dengan rasa seronoknya.. aku nak masak mee kari... mee kari  kerang... ha.. sape nak?? lai.l..ai.. datang rumah.. ekekeke.. meh sini aku kongsi resepi sikit... sangat mudah dan ringkas untuk yang bujang,.. tak payah kalut-kalut buat yang tahap pro :P


MEE KARI LONERANGER

BAHAN-BAHAN KUAH
1 senduk kecil bawang kisar
2 senduk kecil cili kisar
3 senduk kecil serbuk kari
2-3 biji keledek di rebus dan di kisar
400-500 gm santan @ secukupnya
garam secukupnya
daun kari

BAHAN-BAHAN  ISI KUAH

kerang secukupnya
udang putih secukupnya
kueh tahu
fishcake

BAHAN-BAHAN PENTING LAIN

mee direbus secukupnya
taugeh direbus secukupnya
telur rebus dipotong
cili hijau dipotong
bawang goreng

CARA MEMBUAT KUAH

bancuh kan serbukkari dengan sedikit air terlebih dahulu, tumiskan serbuk kari, cili, dan bawang sehingga garing. kemudian, masukkan santan cair dahulu, masuk kan semua isi kuah kecuali kueh tahu. setelah sedikit menggelegak, masukkan santan pekat, biar seketika. setelah menggelegak, masukkan keledek yang dikisar dan kueh tahu dan masuk kan daun kari. tunggu mendidih lagi sekali.

siap...

selamat mencuba...




Tuesday, August 2, 2011

Lelaki dan Gentleman..adakah perlu?

fuh.. dah terlepas berapa banyak entri best yang patut aku publish.. tp semua lesap bila memory kat pala aku nih terlupa nak save kan dia... so ini kes pagi tadi, masih hangat... best kot kalau kita dapat kupas... ekekekeke.. jom..


actually pagi tadi aku dapat 1 mesej.. bunyik dia macam ni..

si lelaki :
"hai awak... saya baru balik dari kursus.. selamat berpuasa.. boleh tak send
gambar awak yang mengadap kamera.."

aku:
"hai... selamat berpuasa juga.. gambar?"
si lelaki :
"ha'ah gambar.. nanti saya bagi gambar saya pulak.. saya janji..
hari tu awak da bagi tgk.. tapi awak pandang tepi.."

memang tabiat aku bagi gambar ramai2 tak pun gambar tak pandang kamera


aku :
"ouh, kalau macam tu.. awak lah bagi kat saya dulu"


si lelaki :
"alaa.. saya janji... saya akan bagi lepas awak bagi.. bulan puasa ni awak..
tak kan saya tipu punya.."


aku :
"apa salahkan kalau awak bagi dulu.. awak kan lelaki.. gentleman la sikit"


si lelaki :
"ni bukan masalah gentleman ke tidak.. tapi saya yang minta dulu kan?"

aku :
" hari tu pun kata nak bagi tak bagi2 sampai sekarang.. tak kan yang ni saya nak percaya"

si lelaki :
"betul lah.. nanti saya hantar lepas awak bagi awk punya...tak pelah awak.. susah lah kalau kawan dengan orang yang tak percayakan kita nih..bazirkan kredit saya jerk"


aku : 
"aik..saya ni perempuan.. awak lelaki, awak la patut bagi dulu.. apa laaa"

salah ke weyh apa aku kata tu? aku tak tahu lah.. tapi setahu aku memang dia nih tak pernah nak bagi gambar dia.. boleh tak minta orang gambar.. then bila turn dia, kata gambar tak de dalam hp semua dah transfer kat pc... hellloo... paling bangsat mesti ada 1 laaa.. lagik pun taktik tu aku dah pernah pakai dah... tak payah nak buat muka telus guna alasan lapowk.

susah sangat ke eak? once orang tu macam ragu-ragu, salah ke kita yang buat dulu.. baru minta kat orang tu.. means kita jujur, aku memang akan bagi.. salah ke? salah ke.. as a guy.. dia start kan dulu.. bukan aku nak kata perempuan kena hold first step.. tak.. perempuan pun boleh make move.. tapi kes nih.. dia yang start dulu everything.. tang yang ni.. nak paksa-paksa aku dulu plak..

aku tahu.. kalau takat kawan ym ni.. memang ramai yang tak cantik ramai yang muka pecah rumah.. tapi tak payah lah nak sampai macam tu sekali.. apa jua bentuk wajah kita.. banggalah dengan apa yang kita ada... orang suka ke tak ke.. ada dia kuasa nak tukar wajah kita??  bagi jerk la kan?

ni lagik la.. dia dah lah lelaki.. kompem la aku, sebagai gadis manis yang sangat ayu serta halus tatatertibnya dan adab sopannya.. tak kan plak aku nak bagi dulu... for second time plak tu ok? 

tapi kan.. sekarang ni... memang susah kan nak jumpa lelaki yang betul2 gentleman.. ok gentleman tu sangat lah subjektif.. ini gentleman dari sudut mata aku la...yang berani move for first step..tak kisah lah dari sudut apa pun...yang berfikiran matang dan terbuka..yang boleh berfikir tentang cara penyelesaian masalah atau yang cepat berfikir sesuatu keadaan.. alert..yang cool dan tenang.. berusaha..

ok jujur.. itu lebih dari ke arah ciri-ciri lelaki yang aku cari.. tapi tak jumpa sampai sekarang.. kalau dapat.. kompem air mata aku berguguran.. tapi aku tahu.. korang akan cakap.. bukan semua yang kita nak itu akan dapat kan? aku paham .. :D 


so.. sebenarnya.. apa lelaki pikir yang menunjukkan diorang itu seorang GENTLEMAN eak?? nak juga tahu .. kot pandangan aku totally berbeza.. mungkin aku boleh tukar pemikiran aku mengenai gentlemannya seorang lelaki... boleh bagi tahu aku kan??









klik iklan ni tak kena bayar pun