Monday, August 8, 2011

bonus raya.. terima kasih kerajaan !



alhamdulillah.. dalam kesesakan dalam membeli kelengkapan perayaan dan juga keperluan harian.. pihak kerajaan berbesar hati memberi  bonus 1/2 bulan gaji atau paling minimum sebanyak rm 500 serta para pesara juga sebanyak rm500 ....

ada yang tanya aku.. dapat 1/2 bulan gaji dengan rm500 ke? eh tidak.... first dia akan kira mengikut 1/2 bulan gaji dulu, sekira jumlah 1/2 bulan gaji kita kurang dari rm500, pihak kerajaan akan topupkan menjadikan dia sebanyak rm 500..

kalau yang golongan profesional, jusa-jusa, gunasama atau kumpulan sokongan yang dah lama berkhidmat tu.. mungkinlah boleh dapat dalam 800 keatas... pada kumpulan sokongan yang baru2 ni.. mungkin lah dapat 700-500 ringgit.. 

mungkin ada yang berkata.. "alaaahai, 500 jerk? " tapi sedar lah wahai kawan.. dengan jumlah itu, banyak keperluan dan kelengkapan yang boleh kita dapatkan.. jadi.. bersyukurlah.. lebih baik sedikit dari langsung tak de.. betul taaaaaaaaaaaaak????




Saturday, August 6, 2011

puisi sampah

duka..
berdetak sayu..
hati menangis..
mrerembes semua cairan mata..
kaku..
seperti kayu
tiada riak 
tiada gerak
tiada tindak
semuanya porak
tangis
menghembur perit
meluntur sepi
menuntun pilu
gila
bila waktu tiba
bila otak tidak bernyawa
bila hati buta
gerak badan -tidak nyata-

Thursday, August 4, 2011

kita kawan olok-olok, k?

"eh.. kita kawan dengan si siti..siti gaduh dengan kau eak? siti mesti tak nak kita kawan  
dengan kau.. jadik kita kawan olok-olok ea? .. kalau siti ada kita buat tak kawan-tak kawan tau.."


siapa masa kecik-kecik.. tak pernah guna word ni.. tak pernah mengalami situasi  ni.. tak pernah macam ni??? sila angkat jari kelingking secara berjemaah sekarang.... ekekekeke.. kalau tak pernah tu.. alamat memang la zaman kanak-kanak korang kurang kemeriahan nya.. kurang kesengalannya.. serta kurang sifat talam 2 muka... ekekkekeke.... cuba.. korang rewind balik... huhuu..

aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu.. masa tu aku tadika, cuma aku tak ingat kat mana.. KL rasanya.. ke PD.. (al-maklum le.. bapak askar..sekolah setahun boleh bertukar 3-4 kali) masa ni dialog kat atas tu memang terjadi.. yang bestnya.. aku kat pintu belah ujung sini, si member yang terpaksa menipu ni kat ujung sebelah sana.. dari jauh main senyum-senyum,, main lambai-lambai.. tapi bila si siti tu ada kat sisi.. mata menjeling kita.. bila nak blah tu sempat pandang kita then senyum balik.. hahahahaahha... bapak giller hipokrit.. kecik-kecik dah menjadi pelakon terbaik masing-masing..tapi kalau ingat-ingatkan balik, memanglah kelakar.. sweet pun ada rasa juga.. 

nowadays, jangan tak percaya kalau aku kata ini masih lagi berlaku... dan paling mengejutkan.. dikalangan orang dewasa ???!! .. "ouh, man..! ada lagik ke orang macam ni.? " ada! dan jangan tak percaya.. terutama ditempat kerja, atau mana-mana komuniti atau organisasi.. tapi ada juga yang tak hipokrit.. tapi words untuk 

" aku tak suka dia.. kau kawan dengan aku, kalau aku tak suka dia, kau pun jangan kawan dia.. faham?! "

ini masih ada lagik...huhuhu.. 

" aiyaaa... suma sudah musat.. tapi otak ala singkat..apa pasat? " 

hehehe nak buat macam mana kan.. memang ada yang didik macam tu.. kalau nak kata yang hipokrit toksah di kata.. aku rasa majoriti jerk.. tak payah nak kata 

"aku tak tergolong orang hipokrit ok..? " 

tapi pernah tak, hang gelak sama-sama.. hang kerja sama-sama, cerita masalah sama-sama.. tapi belakang hang kutuk kaw-kaw.. datang tuan punya badan... tutup cerita.. muka manis senyum... mulut bicara, gigi lagi lembut dari lidah.. pernah kan?? 

tapi.. makna kata nak cakap kat orang tu terus apa hangpa tak berkenan kat depa.. tak dak kan? biar kan ja dia hanyut layan syok sendiri..? belakang hang gelak kaw-kaw kawan hang kan?? 

"ades aci.. itu macam aa.. tara baik ooo...kita suma kawan lama sudah..kalu itu..hati dalam ada rasa sikit busuk aa.. tara baik oo..itu kasi cuci sama itu hati juga kalu.."

hakhakhak... pikir-pikirkan lah.. kita ni hidup bermasyarakat.. kawan-kawan juga adalah cermin buat diri kita.. kalau kita pun buat macam tu kat orang.. tak mustahil.. orang lain pun buat macam tu kat kita..lagi haru.. kawan yang sama-sama dengan kita mengutuk kawan lagi satu tu.. bila dia pergi kat oarng lain.. dia plak yang kutuk kita.. lagik best kan? .. so.. sempena ramadhan ni.. kurang-kurangkanlah mengumpat.. sama-sama lah kita mengimarahkan bulan puasa ni.. tegur kawan-kawan kita demi kebaikan dia.. insyaAllah.. orang lain juga akan menegur kita demi kebaikan kita...

renung-renungkan.. dan selamat beramal..
anda buat.. anda dapat.... 
babaaaaaaaaaaaaaiiiiiii
adiosamigosayonara




Wednesday, August 3, 2011

aku, ramadhan ke3, dan resepi mee kari




aku tak tahu kenapa.. tapi aku rasa ramadhan kali ni meriah dia semacam... nikmat dan keseronokan dia semacam.. ntah... mungkin aku je yang terlebih sensitiviti kot... tapi memang rasa ceria.. mungkin sebab ada anak buah aku 2 orang yang comel tu agaknye... tapi bukan sebab diorang.. memang suasana kat sini meriah.. memang keletah dan gelagat manusia yang beriya-iya menikmati ramadhan tu yang meriah... yang ke bazar.. yang sibuk nak masak tu, nak masak ni.. yang nak pegi terawih.. yang dah sibuk cakap pasal kuih raya... 

hurm.. walau tahun ni.. tahun ke2 aku sendirian.. tapi aku tetap rasa palit bahagia dalam payaunye kehidupan.. ish.. apa aku melalut ni daa.....

ok..ok.. lain cerita k... hari ni aku terbabas sahur.. walau pun hari-hari aku hanya bersahur dengan air masak dengan kurma... tapi hari ni terbabas.. even dah terbangun jam 4 pagi.. hajat nak bangun sahur then belajar.. tapi tak dapat plak.. nyenyak plak tido kat tilam yang keras ..tanpa selimut di badan tu.. walau hanya 1 bantal lembik menampung kepala.. membelakangkan cahaya lampu besar bilik... aku tetap nyenyak dan nyaman sangat... 

haih.. aku kena berusaha keras.. kena  bersemangat... walau dah masuk ramadhan ke3 aku masih belum lagi menghambakan diri pada Allah dalam sunat terawih.. ingat nak pegi semalam.. tapi macam letih.. malam ni tak dapat juga pergi, sebab kawan-kawan datang rumah untuk buat kerja sekolah yang tak disiapkan lagi... aku nekad.. aku akan pergi sekerap mana yang boleh untuk menikmati ramadhan tahun ni...

so... untuk puasa ke3 ni.. oleh kerana tetamu nak datang dan berbuka kat rumah.. dengan rasa seronoknya.. aku nak masak mee kari... mee kari  kerang... ha.. sape nak?? lai.l..ai.. datang rumah.. ekekeke.. meh sini aku kongsi resepi sikit... sangat mudah dan ringkas untuk yang bujang,.. tak payah kalut-kalut buat yang tahap pro :P


MEE KARI LONERANGER

BAHAN-BAHAN KUAH
1 senduk kecil bawang kisar
2 senduk kecil cili kisar
3 senduk kecil serbuk kari
2-3 biji keledek di rebus dan di kisar
400-500 gm santan @ secukupnya
garam secukupnya
daun kari

BAHAN-BAHAN  ISI KUAH

kerang secukupnya
udang putih secukupnya
kueh tahu
fishcake

BAHAN-BAHAN PENTING LAIN

mee direbus secukupnya
taugeh direbus secukupnya
telur rebus dipotong
cili hijau dipotong
bawang goreng

CARA MEMBUAT KUAH

bancuh kan serbukkari dengan sedikit air terlebih dahulu, tumiskan serbuk kari, cili, dan bawang sehingga garing. kemudian, masukkan santan cair dahulu, masuk kan semua isi kuah kecuali kueh tahu. setelah sedikit menggelegak, masukkan santan pekat, biar seketika. setelah menggelegak, masukkan keledek yang dikisar dan kueh tahu dan masuk kan daun kari. tunggu mendidih lagi sekali.

siap...

selamat mencuba...




klik iklan ni tak kena bayar pun