Selama ni memang aku tahu dia diserang bini bekas pakwe dia. Rentetan kisah yang dah makan masa 6-7 tahun. Tapi malangnya perempuan tetap menyerang dia bila tengok suami dia perangai lain,walau hakikat kawan aku ni dh tak layan laki dia lama dah kot. Semalam perempuan tu call kawan aku masa driving. First dia angkat. Cakap sikit dia letak, kali ke-2 call masuk kawan aku bagi telefon kat aku. Mula la sesi peperangan mulut berlaku. Aku tak lah attack dia as supporter kawan aku, tapi sebagai manusia yang berada di tengah. Tapi aku juga yang kena maki hamun dan aib kawan aku di buka dan dihina. Last aku cakap dengan perempuan tu "kalau macam nilah perangai akak, tak hairan lah saya, dan memang patut pun suami akak cari perempuan lain" terus aku letak telifon dan terus aku sakit kepala kaw-kaw punya..
Aku pandang kawan aku, aku tanya. "Memang macam ni ke dia, kalau call kau?" Kawan aku angguk. Aku marah la dia cakap jangan angkat la apa la. Tapi ye lah, kita bukan berada dalam situasi dia, boleh le kata kan? Dia yang hadapi? Mungkin tak tahan juga. Mula lah terkeluar kisah sebenar dan apa yg perempuan tu dah buat pada dia dan keluarga dia.. Tp tak keseluruhan cerita yang di sampaikan.. Walau separuh, aku urut dada dah.. Dalam hati aku kata "tak hairanlah kalau kau kena tekanan dn kemurungan" simpati betul aku pada nasib dia.
Baru aku tahu betapa kuatnya dia sebenarnya menghadapi semua ni. Betapa hebatnya dugaan dia terima berbanding aku.betapa kuatnya keluarga dia menerima tenpias ni.. Betapa sayangnya keluarga dia pada dia.. Ya Allah kerdil dan kecil aku rasa diri aku. Betapa aku bukan orang hebat kalau setakat ini sahaja ujian aku terima dan aku boleh hadapi. Betapa aku riak dan takbur dengan kehebatan diri selama ni tanpa aku sedar ada orang yang lebih hebat.
Buat mu teman.. Moga engkau tabah menempuh semua dugaan. Semoga engkau di beri kekuatan oleh Allah. Semoga engkau dilindungiNya. Semoga Allah membimbing kita menjadi hambaNya yang berada dalam lingkungan hambaNya yang beriman dn kita serta keluarga kita berada disyurga terlepas dari siksaanNya. Amin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment