Assalamualaikum..
Hai guys, slamat pagi. Memang pagi sangat. Mata tak nak lelap. Mungkin sebab dah terlelap tadi. Lepas maghrib tadi. Hohoho.. Kantoi tak pegi terawih. Diam tak diam, dah masuk hari yang ke 15 puasa. Subhanallah, cepat betul masa berlalu.
Untuk sesi soal jawab kali ni, hari tu aku dapat la 1 soalan dari seorang teman..
"Kak, nak tanya la. Macam mana kau handle perasaan sunyi single?"
Huhuhu.. Soalan yang sangat berat kot. Baiklah, aku cerita apa mula-mula aku rasa. Yang pasti, mestilah sedihkan? Mana ada orang tak sedih bila tengok semua kawan-kawan dah ada pasangan.. Dah ada anak-anak lagi.. Mestilah sayu.. Tambahan pula masa tu kita ada masalah.. Serabut dengan sesuatu, kita nak seseorang memeluk kita dan cakap "semuanya ok,insyaAllah" tapi waktu tu,tiada siapa yang boleh kita menumpang bahunya,tenggelam dalam dakapnya. Memang terasa sangat. Lebih-lebih lafi tengok ex-ex semua dah bahagia. Kita pula still single. Huhuhum memang pedih.
Tapi lama-lama aku fikir balik, jangka hidup aku ini sahaja. Kenapa aku tak menikmati hidup aku dengan kegembiraan? Ini satu pembaziran... Waktu kita tk dapat nak ulang, kalau ditakdirkan meninggal waktu terdekat tu.. Alamat rugi la. Sebab tak menikmati hidup dengan banyak ciptaan unggul Allah.. Tk buat banyak amal. Tak buat banyak benda berfaedah. Sangat rugi. Kalau seluruh hidup sibuk dengan rasa sayu dan sedih.
Lagi satu.. Bagi aku, masa nilah aku perlu curahkan kasih sayang dan cinta ni kepada kedua orang tua dan ahli keluarga yang lain..bila kita bercinta dengan ibu bapa, kita memang tak akan rasa sunyi sekali pun. Sebab kita bersama-sama orang yang akan bersama dengan kita hingga akhir nafas..
Jadi, pada siapa yang sedang kecewa single berseorangan sekarang. Cuba muhasabah diri. Baiki mana yang kurang.. Lebihkan mana yang tak cukup. InsyaAllah, kita tak kan rasa terlalu sedih sayu dn kecewa..
Jangan mencari cinta. Sebab cinta akan datang sendiri. Tapi jangan mengelak dari punca cinta.. Kalau mengelak macam mana cinta nak datang dalam diri..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
2 comments:
betul...... innallaha ma'ana
-Yusuff Yazid-
thanks awak ^_^
Post a Comment