Saturday, December 21, 2013
Kenangan digigit tebuan.
Dulu kat situ rumahnya macam rumah-rumah zaman kolonel. Seingat aku pun bilik air memang ada tab mandi pun. Rumah ni banglo sebijik-sebijik tp tk la jauh sangat antara rumah-rumah bersebelahan. Tp antara aku dengan rumah sebelah ni, kalau tak salah adalah pokok jambu batu, kat sini ada sarang tebuan.ok jujur aku tk ingan tebuat atau penyengat. Tapi antara dua beradik ni la..
Dulu masa kecik-kecik, memang akulah anak yang paling banyak halnya..tebuan tu tak payah nak kata la, memang banyak kali kena, yang hilang masa kat funfair lain, yang kena jahit kepala lain.. Hahahahaa.. Ok, masa ni aku kena sengat kat kaki sampai aku tak boleh jalan. Ye la, bengkak kan.. So abang dengan kakak aku ditugaskan masa tu mop rumah.. Aku duduk je dekat kerusi tengok diorang mop lantai..
Pastu abang aku ada keluarkan idea.. Dia dengan akak aku jadi robot pengemop, aku jadi tuan robot. Tiap kalai diorang mengemop, diorang akan lalu depan aku dan berhenti, aku kena ketuk pala diorang suruh jalan.. Hahaahha.. Seronok masa tu.. Yela, masa tukan kecik.. Main ketuk-ketuk kepala tak marah punya.. Tak de hal la kan.. Kenangan betul..
Itu adalah kenangan yang paling jelas dalam kepala aku. Tanya abang dengan akak aku, kompem diorang tak ingat... Hahahahaa.. Aku kan jenis suka ingat benda yang ntah hapa2.. Hahahaha
Ok sampai sini aje.. Pape pun.. Adios.. Aku teringan aku cerita lagi wokey!..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, December 20, 2013
Saturday, December 14, 2013
Lirik lagu pacarku hilang
Hoohohoho.. Macam lama sangat plak tk update.. Ayat klise ok.. Kikiki... Hari tu aku terdengar lagu dari biru bang tajuk pacarku hilang. Terus aku jadi suka. Sebab dia lagu pasal putus cinta, tapi lagu dia macam happy2 gitu... Jadi aku pun dah donlod la... Biasa lagu kalau ada kena dengan kita memang cepat je meresap dalam jiwakan? Hahahahahaah..
So kat sini aku share lirik lagu dia, kalau korang nak dengar taip sndr kat youtube tajuk pacarku hilang by biru band oj? Let's check it out !!!!!
Pacarku Hilang
Aku hanya ingin mencintaimu
Dengan sepenuh jiwa dan ragaku
Tapi mengapa kau tinggalkanku
Pacarku hilang diambil orang
Apakah wajaku kurang tampan sayang
Memang susah mencari pacar perhatian pacar pengertian
oooo oooo
Andai kau tahu sakit hati ini kutak sanggup lagi
Kutak tahan lagi
Mengapa hidupku selalu begini
Terus tersakiti dan di tinggal pergi
Lebih baik aku hidup sendiri
Ke manapun tiada yang melarang
Mencari pacar pengertian
Pacarku hilang diambil orang
Apakah wajaku kurang tampan sayang
Memang susah mencari pacar perhatian pacar pengertian
Pacarku hilang diambil orang
Apakah wajaku kurang tampan sayang
Memang susah mencari pacar perhatian pacar pengertian
ooo ooo
Andai kau tahu sakit hati ini kutak sanggup lagi
Kutak tahan lagi
Mengapa hidupku selalu begini
Terus tersakiti dan di tinggal pergi
Untuk apa aku mikirin kamu
Belum tentu kamu mikirin aku
Lebih baikku tinggalkanmu
Pergi lupakanmu
Pergi lupakanmu
Pergi lupakanmu
Pergi lupakanmu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, November 30, 2013
Aku diziarah situbuh kecil
Rindu plak dgn kakak dn adik bila abg je ada.. Huhuhu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, November 26, 2013
Imbauan kenangan
Cuma baju ni.. Bukan lah baju pertama tapi baju ke-2 yang aku dapat dari ex-boy aku yang pertama.. Cinta soulmate .. Yang aku namakan. Sebab kitorang sejiwa.. Tapi bukan ditakdir untuk bersama. Jodoh tak berpihak pada kitorang.. Alah, dia pun dah bahagia dengan isteri dia.. So, mmg terbuktikan, kami tak berjodohan? Tapi aku still gunakan lagi baju ni. Dengan baju pertama dia baju, warna blueblack..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, November 23, 2013
Tahniah !!
Untuk pengetahuan semua.. Aku dh grade .. alhamdulillah tak sia-sia aku bersabar. Akhirnya aku menggenggam buku grade.. Ha.. Sbb skang dh tak pakai skroll dia tukar mcm buku tu.. Kikiki.
Gambar memang ini je yang ada, maklum la kan... Aku sorang2 je, tak de sape yang dtg rai. Actually ada la mak ayah aku turun kl. Dek kerana aku sesi petang aku risau lambat habes, bapak aku plak tak ley drive malam dengan long distance.. So aku kata tak pe lah aku ok je kalau diorang tk dapat datang. Dah turun kl pun ok je bagi aku.
Tapi masa dalam dewan tu, agak nyampah gak ai la kan.. Mana taknya.. Orang sebelah ai dapat kejutan dari pakwe dia datang tau... Siap bawak masuk teddy bear lagi.. Hukhukhuk.. Ai je tak de sape nak buat kejutan sakit jantung ke ai... Uwaaaaaaaaa (˘̩̩̩o˘̩̩̩ƪ)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, November 6, 2013
Beguk?
Biasa kat klinik kalau tak de para baby.. Memang tak sahkan? Tengok baby yang banyak ni.. Rasa macam.. Nak kata.. "Bahagialah kau anak.. Jaga dirimu..jaga ibubapamu..jaga agamamu..jangan kau lakukan kelalaian dan dosa seperti aku..jangan kau jerumus dosa yang susah untuk kau basuh walau dengan kapur barus.. " Tapi tu semua dalam hati lah. Memang slalu aku cakap dengan diorang.. Tapi dalam hati.aku tahu diorang ada talipati kuat dengan aku mesti diorang dengar. Hihihihi.
Jeles je tengok semua orang ada zuriat... Tapi kalau aku ada.. Ada zuriat dan penyumbang zuriat.. adakah aku benar2 bahagia dan dapat menambah pahala? Allah saja yang tahu. Sebab tu aku perlu redha dengan ketentuan ni..
:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, November 5, 2013
Kadang kala ia perlu
Aku masih tak ley kawal diri. Tak boleh nak terima kenyataan. Tak boleh nak memasukkan diri dalam situasi sebenar. Aku tahu aku kena kuat, aku suka bila org nampak aku kuat. Tp hakikat dalam macam span. Serap semua perkara dan tanggung!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, October 29, 2013
Ya tuhan... KeagunganMu
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..
Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..
Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...
Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..
Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu
Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..
Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..
Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, October 24, 2013
Buat renungan bersama
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?
Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?"
Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku!
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan
yg membimbingku pada kebenaran..
Aku telah datang pada Mu, maka
kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku
kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, September 30, 2013
jom dengar aku bercerita
Friday, September 27, 2013
Baaaaaa chak !!!
Lama kan tak jengah blog?
Ada je ritu draft something..
Tapi jd draft je la.hehehehe.
Alhamdulillah sekang ni life makin sibuk.
Setiap hari adalah sesuatu yg baru.
Kerja sekarang bermula 8.30am-11pm.
Penat?
Tipu la klu kata tak penat.
Tp aku enjoy.
Belajar banyak benda baru.
Bahasa baru.
Skang ni baru terasa kepuasan kerja.
Kalau tidak,aku rasa kompius je puas tu bagai manakah rupa bentuknya...
Aku skang pun kurang berforum.
Kurang berfb.
Alhamdulillah semua financial dh masuk dlm management yg cantik.
Mana yg tk payah nak berhutang,kita lpskan kat cash.
Eh!
Banyak gak la untung..
Penat je sikit.
Mana taknya,skang nek bas je.
K lah aku dh ngantuk ni.
Skang tido memang sampai je rumah, lelap...
Sebab penat.
Penat badan.
Penat otak..
:)
Adios amigos sayonara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, September 4, 2013
Puisi : coretan dari buku Lara dijiwa Ajym
Friday, August 30, 2013
tigaploh ogos
Saturday, August 24, 2013
Luahan hati doploh pat ogos tigablas
Kenapa? Salah satu punca adalah.. Aku ada lakukan satu jenis dosa yang aku rasa aku sendiri tak boleh nak maafkan diri aku dengan serta merta. Disebab kan tu, aku rasa sentiasa bersalah dan sentiasa berdosa. Paling aku takut, sekiranya aku mati dalam waktu terdekat. Adakah Allah sudah mengampunkan aku? Adakah mak dan ayah mengampunkan aku? Adakah aku terhindar dari siksaan Allah atas dosa yang aku dah buat?
Dosa.. Ya.. Sebenarnya tanpa kita sedar, hari-hari kita melakukan dosa. Tapi kita hanya memandang remeh. Paling selalu kita buat, mengumpat. Dengan sedar atau tanpa sedar, secara nyata atau didalam hati. Belum kira lagi didalam bab solat.. Apatah lagi dalam waktu bekerja dari segi keikhlasan dan kejujuran. Dari segi kata-kata.inikan pula,aku menambahkan lagi dengan jenis dosa besar??! Subhanallah! Astaghfirullah! Laaillaahaillaallah..
Ya Allah... Ampunkan dosa-dosa ku ya Allah.. Ampunkan segala kemungkaranku ya Allah.. Ampunkan segala kelalaian ku ya Allah.. Ampunkan segala keterlanjuranku yaAllah.. Ampunkan segala kemaksiatanku ya Allah.. Ampun kan dosa ibu bapa ku ya Allah.. Sesungguhnya siksaan Mu itu sangatlah pedih yaAllah.. Aku tidak dapat menanggung kepedihannya.. Ampunkanlah aku... Selamatkanlah aku dari siksaanMu.. Yaaaa rasulallah.. Doakanlah umat mu ini ya rasulallah.. Mohonkan keampunan ku ya rasulallah..lindungilah aku dibawah lembayung syafaat mu ya rasulallah.. Bantulah umatmu ini ya rasul allah...
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Sunday, August 18, 2013
Berlalu sudah harinya..
Dah terlampau banyak benda duka yang berlaku sejak hari kelahiran aku. Banyak juga merana jiwa aku. Tapi apakan daya.. Aku memang kena harungi dengan tabah semuanya. Aku memang penat dan tak larat.
Aku dh tak tahu nak tulis apa. Sebenarnya jiwa aku sakit. Jiwa aku memberontak. Jiwa aku lumpuh dek perkara-perkara mungkar yang terjadi. Aku mengharap pengampunan dari Illahi.. Aku berharap aku tak mati sblm bertaubat.. Azab Allah itu sangat sakit. Aku tak mampu nak tanggung (╥﹏╥)
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Friday, August 9, 2013
luahan hati raya ke-2
Dalam hati penuh rasa kesakitan dan keperitan. Penyesalan dan ketakutan. Kegusaran dan kegelisahan.. Rasa luluh yang bukan kepalang.. Siapa tahu? Tiada yang paham..
Ntah lah.. Mengharapkan keampunan illahi.. Walau bukan di akhir ramadhan lagi.. Tapi aku masih merintih keampunan dosa-dosa yang aku lakukan. Masih terasa lagi kehinaan dan kehodohan diri disisi Allah. Masih lagi tidak dapat melupakan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Terasa diri ini sangat jijik.. Sangat hina. Ya Allah.. Hanya engkau yang mengerti rintihan aku ini.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Thursday, August 8, 2013
Selamat hari raya
Di penghujung ramadhan ni, sebak rasa hati. Dah la yang penghujung aku tak dapat meraikan.. Ditambah plak ada kelalaian dosa yang aku buat. Subhanallah.. Sebak dada mohon keampunan dari Allah. Kesilapan yang kecil mengakibatkan kesilapan yang besar berlaku.. Harap Allah terima pemohonan ampun aku.. (╥﹏╥)
Buat kalian. Sejuta kemaaf ku pohon. Moga kalian sudi memaafkan aku.. Dan dengan serendah diri.. Dengan nama Allah.. Aku memaafkan setiap kesilapan kalian pada aku. Aku merendahkan hati memaafkan setiap insan walau yang pernah aku kata aku tak maafkan sebelum pun, aku maafkan dengan ikhlas hati.. InsyaAllah..
Salam lebaran.. Salam minal aidiwalfaizin..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Tuesday, July 30, 2013
Puisi : mengejar pelangi
Walau luka tidak dihiraukan..
Tetap senyum memandang pelangi..
Walau tampak dekat tapi pelangi jauh secara realiti..
Berlari terus berlari..
Walau kehausan tetap berlari..
Sanggup kaki luka melangkah duri..
Demi pelangi ku terus berlari..
Hayunan langkah makin perlahan..
Dada berombak bagai taufan..
Lelah mengejar..
Badan rebah..
Kaki longlai berkerat patah..
Senyum makin hambar..
Kala ini jangan pelangi mampir ke hadapan..
Menunjuk diri hanya sehasta genggaman..
Kerana..
Tika detik itu aku hanya mampu memandang..
Bersama senyuman pudar..
Badan ku terdampar..
Bersama mata sayu..
Badan luka berdarah..
hati yang sudah kejauhan..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Thursday, July 25, 2013
Soal jawab bersama hest
Hai guys, slamat pagi. Memang pagi sangat. Mata tak nak lelap. Mungkin sebab dah terlelap tadi. Lepas maghrib tadi. Hohoho.. Kantoi tak pegi terawih. Diam tak diam, dah masuk hari yang ke 15 puasa. Subhanallah, cepat betul masa berlalu.
Untuk sesi soal jawab kali ni, hari tu aku dapat la 1 soalan dari seorang teman..
"Kak, nak tanya la. Macam mana kau handle perasaan sunyi single?"
Huhuhu.. Soalan yang sangat berat kot. Baiklah, aku cerita apa mula-mula aku rasa. Yang pasti, mestilah sedihkan? Mana ada orang tak sedih bila tengok semua kawan-kawan dah ada pasangan.. Dah ada anak-anak lagi.. Mestilah sayu.. Tambahan pula masa tu kita ada masalah.. Serabut dengan sesuatu, kita nak seseorang memeluk kita dan cakap "semuanya ok,insyaAllah" tapi waktu tu,tiada siapa yang boleh kita menumpang bahunya,tenggelam dalam dakapnya. Memang terasa sangat. Lebih-lebih lafi tengok ex-ex semua dah bahagia. Kita pula still single. Huhuhum memang pedih.
Tapi lama-lama aku fikir balik, jangka hidup aku ini sahaja. Kenapa aku tak menikmati hidup aku dengan kegembiraan? Ini satu pembaziran... Waktu kita tk dapat nak ulang, kalau ditakdirkan meninggal waktu terdekat tu.. Alamat rugi la. Sebab tak menikmati hidup dengan banyak ciptaan unggul Allah.. Tk buat banyak amal. Tak buat banyak benda berfaedah. Sangat rugi. Kalau seluruh hidup sibuk dengan rasa sayu dan sedih.
Lagi satu.. Bagi aku, masa nilah aku perlu curahkan kasih sayang dan cinta ni kepada kedua orang tua dan ahli keluarga yang lain..bila kita bercinta dengan ibu bapa, kita memang tak akan rasa sunyi sekali pun. Sebab kita bersama-sama orang yang akan bersama dengan kita hingga akhir nafas..
Jadi, pada siapa yang sedang kecewa single berseorangan sekarang. Cuba muhasabah diri. Baiki mana yang kurang.. Lebihkan mana yang tak cukup. InsyaAllah, kita tak kan rasa terlalu sedih sayu dn kecewa..
Jangan mencari cinta. Sebab cinta akan datang sendiri. Tapi jangan mengelak dari punca cinta.. Kalau mengelak macam mana cinta nak datang dalam diri..
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Monday, July 22, 2013
cuak... susah nak beri kepercayaan ..lelaki oh..lelaki
Friday, July 19, 2013
D.I.Y balcony deco
Wednesday, July 17, 2013
Tips memasak : bihun goreng
Membebel banyak pun tak guna.. Pertama sekali, salam ramadhan buat semua.. Aura raya dah terasa.. Walau dah niat malas nak raya ini tahun. Hahahaha.. Cukup raya pertama. Tp tk pe. Kita tengok dulu keadaannya.. Baiklah, dalam bulan puasa ni, macam biasa aku still dengan rutin diet aku, malas aku perhebatkan lagi dalam pemilihan makanan dan kuantitinya.moga ada la penyusutan sikitkan? Cuma bersenam tengah malam aku belum dpt buat,sebab perut rasa penuh je plak walau banyak air. Haih! Kena arrange balik rasanya..
Baiklah, berbalik pada tajuk kat atas tu. Aku tak la nak bagi resepi menggoreng bihun.. Aku rasa itu dah banyak je kot.. Tak pun ko belasah je, asal ada bawang dengan cili pun dah jadi. Tapi kali ni, aku nak kongsi petua, macam mana nak buat bihun kita tu,sesedap rasa..tak putus-putus pendek dan lembik!
Selalunya, kesilapan orang dapur lakukan adalah, dengan merendam bihun dengan air panas. Untuk masak bihun goreng, jangan sesekali rendam bihun dengan air panas, even dah terlewat skali pun, rendam sahaja pakai air paip, tp nak pakai cepat sangat rendam sengan air suam. Kenapa?? Sebab kita hanya nak melembutkan bihun, bukan memasakkan bihun tersebut. Ini kerana,bila kita selesai menumis sambal untuk bihun,sebelum memasukkan bihun,kita akan masukkan air kan? Jadi masukkan air yang agak banyak.. Tp jgn le sampai sekuali, agak2 suku kuali atau 2 kali ganda bihun direndam. Tunggu air rencah tu mendidih sikit,baru masukkan bihun,jadi bihun akan masa bersama rencah..
Rencah pula.. Setelah menumis semua vahan tersebut,lepas dah garing tu, dah letak air.. Ok, masa ni la.. Letak semua perasa yang di perlukan. Seperti, garam,asam keping(yg ni akunye resepi,sbb tk suka guna sos tomato atau cuka) aji nomoto, sostiram, kicap, sos cili dan semua-semua la yang nak di letak.. Gaulkan dalam rencah cair tu, kemudian rasa.. Pastikan rasa dia adalah PEKAT!! Maksudnya, rasa kesemuanya 2 kali ganda dari rasa yang kita akan kata ok atau sedap. Ni sebab apa? Sebab.. Bihun tu tawar, jadi kita kena buat kuah dia tu 2kali ganda rasa, bila masuk bihun dia akan rasa sangat sebati dan sedap di lidah ketika makan.
Petua ni, hanya boleh di guna pakai untuk bihun sahaja.. Untuk mee goreng dan kue tiaw tk boleh ya... Yang untuk 2 jenis mee lagi tu.. Dalam entri kemudian hari. Hehehehee...
Ok guys, selamat mencuba.. Pasti syiiiiiioook la!!!
Selamat bersahur dan berbuka.. Babai!!! Muuuuuuuah!
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Monday, July 8, 2013
ATV SPORT
kami gerak dari rumah jam 7.45, sebab kena ada kat sana sejam awal untuk sesi penerangan.. normal la tukan... sampai sana dal am jam 8.20.. rupanya kami lah peserta paling awal. hahahahaha... ATV ni best, cara bawak dia lebih kurang macam motor, cuma pengawalan dia bukan macam motor. handle dia kena pegang kuat-kuat dan memerlukan kecekapan dalam buat pusingan dan selekoh...
macam yang aku cakap la kan. kepelikang dengang keinginang housemate aku ni.. akhirnya terjawab.. sebab dia tak berani uga mencubanya.. jadi dia mendapat personal gude.. jeles ai ok.... hahahahaha.. so jom layan beberapa gambar yang aku ada
Monday, July 1, 2013
Cerpen : 150 juta kali (5)
"Untung lu la bro..masyuuuuk" haiqal ketawa.. Reza hanya senyum sambil tangan ligat menulis sedikit laporan kewangan.
"Haiqal..I nak balik.. U lama lagi ke?" Haidal berpaling, telinganya sudah merah.
"I pun dah nak balik juga ni, tunggu reza je siapkan report" haiqal tersenyum, hatinya berombak.
"Kalau macam tu, apa kata u teman I minum? Boleh?"
"Minum? Er..."
Reza tersenyum "boleh je dhia, I pun nak join, haus pula tekak ni.."
Dhia tersenyum hambar..
"Guys.. Balik dulu.. Tata..."
"Hey hud!!" Reza menjerit.
"Yaw! Wassup bro"
"Jom minum?"
"I nak balik la reza" huda memberi alasan.
"Ala.. Kejap jela" paksa reza..
Haiqal memandang.." Common hud.. Dhia pun ada.." Suara haiqal merayu
Dhia berpaling kearah lain dan membuntangkan mata..
Huda diam.. Dia pandang saemua, kepalanya di garu, jam didinding berdetik direnung.
"Ok.. Tapi kejap je la ye, nak balik.."
"Seeeet... Tolong aku tutup api haiqal.." Reza segera dengan pantas menyusun segala alatan tulis di atas meja.
dhia membuat muka tak puas hati, hajat di hati nak minum berdua dengan haiqal.. Bukannya dapat.. Dah tu bukan bertiga, malah jadi berempat, sakit betul hati dia.
Di kedai minum, mereka saling duduk bertentangan, huda di hadapan reza, dhia di hadapan haiqal. Dhia tidak melepaskan peluang untuk melihat wajah haiqal sepuas-puasnya. Haiqal perasan itu, dia terasa sangat kekok, membuat dia rasa terkongkong. Telinga terus memerah. Suasana kedai mamak yang bingit membuatkan suasana yang tiada sebutir kata dari empat mulut tetap tidak sunyi. Semua sibuk menilik telifon genggam.
"Hud anak nombor berapa?" Haiqal memecah sunyi. Matanya tajam memandang huda..
"Yelah hud, aku pun tak pernah tanya.." Balas reza. Huda hanya senyum.
"Nombor 3 dari 4 adik beradik"
Semua mengangguk-anggukkan kepala. Dhia membetulkan duduk, dilembutkan badan melentur sambil memandang haiqal. Dia tahu tiba giliran dia pula di soal. Dengan senyum tipis dan menggoda..
" So.. U duduk mana sebenarnya.. Hud?" Haiqal menyambung..
"WHAT ??!! WHAT ??!! Masih lagi soalan untuk hyd??? Hey... Aku yang ajak kau keluar minum la..!!!!" Jerit dhia dalam hati.. Dia terus bersandar tegak kembali di kerusinya. Tanya di silang ke badan. Muka berpaling ketepi. Malas sungguh dia nak mendengar butir lanjut perbualan tu.
"Ini dia.. Tehyo yais, mieylo yais,
Eyais limau.. Dengan kopi panas" kata bangla yang menghantar sambil semua minuman di letak kan di atas meja.
Mereka mengambil sendiri air masing-masing. Perbualan tidak serancak meja-meja lain yang ada disekeliling mereka. Lebih banyak diam. Hanya sekali sekala sahaja mendengar reza melontarkan soalan-soalan. Dhia monyok, masam mencuka..
"Ok guys.. I nak minta diri dulu. I dah cakapkan I tak boleh lama.." Huda bangun seraya mengambil begnya.
"Its ok huda, aku pun nak balik ni" sahut reza seraya bangun di ikuti haikal dan dhia.
"Sape bayar ni?" Tanya huda tersengeh
"Its ok. I bayar semua" balas dhia..
"Really? Thanks dhia.."Huda senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam di sambut baik oleh dhia. Huda terus meninggalkan mereka..
"Err.. Haiqal.. U teman I sampai ke kereta boleh? Kereta I jauh kat hujung sana" tanya dhia sambil membuat memek muka sayu dan minta ehsan..
"Aaaa.."
"Its ok bro.. Lu teman la dhia..kesian plak dia" potong reza.
"Oklah kalau macam tu.. Aku pegi dulu la.."
Dhia tersenyum riang.. Puas hati dia. Akhirnya dapat juga saat berduaan dengan haiqal.. Ouuuh... Berdebar rasa.. Mereka beriringan meninggalkan perkarangan mamak menuju ke tenpat kereta dhia.
Sepanjang perjalanan..
"Haish! Apahal mamat ni,dh tinggal berdua je kot dengan aku..tanya la pape.."Rungut dhia dlm hati
"Haaaaaihh..dah jauh langkah pun tak de bunyik? Tak blh jadi ni.."
"Haiqal.. Kereta u kat mana?"
"Kat sebelah sana.. Kira nanti kena pusing balik la..."
"Ouh.. Its ok.. Nanti I bawak u naik kereta pergi kekereta u, ok?"
Haiqal hanya senyum..
"Eh...dhiah.. Depan tu.. Huda kan?"
Dhia memandang kearah 1 susuk yang bejalan dengan penuh keyakinan..
"I rasa la.."
"Bagus diakan.. Berani betul pergi kat parking hujung sorang-sorang..hujung sekali tukan kereta dia?? Waaaah...." Haiqal sangat kagum.. Tiba-tiba..
"Er..er.. Dhia,maaf ya jgn terasa saya cakap macan tu tadi. Tak de niat apa-apa..tak de niat perli awak pun..cuma kagum je dengan dia..sbb nampak she is a strong women" haiqal tergugup..baru dia tersedar.mungkin katanya akan mengguris hati dhia.bukan niat di hati nak menyindir kelemahan dhia dan memuji kelebihan huda, tapi tu semua secara spontan.
"Eh..its ok.." Dhia melemparkan senyum paaaaaaaaling manis.
Dalam hati? Siapa yang tahu.. Bergolaknya mcm tsunami di bulan disember... Merempuh kuat.."Sial betul pompuan ni,asyik potong jalan aku je" matanya di kecilkan melihat huda dihujung parking memasuki perut kereta..geram betul hatinya.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans
Thursday, June 27, 2013
ini sambungan kisah jalan-jalan JB
@}--- Sambungan.....
Malas nak taip tajuk, ni sambungan entry semalam.
Gila pemalas...!
Okeh now sambung jalan-jalan hari Ahad (28/04/2013)
Kami ke Rumah Kanak-Kanak Spastik Johor Bahru....misi mencari adik angkat untuk mereka berdua. Maklum...mereka masiH single. So...cari laaa adik or abang yang boleh diangkat-angkat.
Hahahahah
Pagi tu hujan...so kami merayap indoor je.
Kat luar pun banyak jualan....gerai makanan paling banyak.
Disebabkan hujau renyai yang semakin lebat....agak tak menyelerakan nak makan-makan kat situ.
Lagipun kami dah bekfast Mc'D pagi tu...
So pegi sekadar menghabiskan kupon.
Last but not least....itu yang kami grab.
Drive 7 yo!!!
Settle kat situ, merangkak ke The Zon pulak.
Free duty!!!
Sebenarnya takde dalam plan pun, tapi disebabkan nak pi amik Incek Somi kat istana tengahari tu, so lepak mall yang dekat-dekat je laa. Senang nak pegi nanti...
Dah datang free duty tak sah laa kan kalo tak masuk kedai cekelat....
Arghhhh....so murah!!!
Dedicated to Whittaker's lover....boleh pilih nak yang mana
Aku rembat ni je kat kedai cekelat yang pertama.
Dekat ngan umah kan...so tak payah beria-ria nak memborong.
Kena sepak free nanti....hehehe
2nd Chocolate shop
Model tak berbayar ni ada je di mana-mana
Jelly bean ni sebijik macam dalam Candy Crush....hahaha
M&M ni cute....tapi....
*kang beli kena marah lak...so abaikan jek
Makcik sorang ni buang tebiat suh amik gambor ngan patong nih...
Fefeeling nak ke Korea katanya!!!
Konon penat sangat jenjalan....
Siap shopping bedezuppp...amik Incek Somi.
Lepak KSL City plak...cuci2 mata...KSL tu dah macam Korean Mall...
Kami kan peminat Korean....hahahaha poyo!!!
Metaceh Abang Ayiep banje kitorang mamam Sushi....burppppp!!!
Semakin bolat lepas bedal sushi....eh siyes punye bolat nih!!!
Then macam biasalaaa...kalo orang datang JB tak sah tak bawak pi Hello Kitty Town la kan.
Tapi macam biasalah...takdenya orang yang aku bawak tu masuk dalam town tu betul2.
Takat amik pic kat luar je pun....termasuk laaa haku.
Hahahaa....sayang duit woi. Len kali je laaa kalo nak masuk pun...hahahaa
Gigihkan minah ni...dalam sangkar kaca sangat ko. Seb baik tak kene sound ngan mak guard...ahahah
Layankan je laaaa
And opkos ke Legoland pulak...
Okey ler tu kan....
Balik umah pun dah dekat kol 7
Takde chance diorang nak take nap...sebab bas balik KL kol 9 malam.
hahaha...sampai umah mandi2...pack barang-barang, dekat2 kol 8 kuar makan lak.
Pic balik tak sempat snap...Note haku pun dah kong.
So semua tinggal kenangan dalam kepala otak jek...
Paling kelakar aku tengok orang datang JB balik KL bawak buah tangan sekotak.
Hohoho...dasyat memborong!!!
Well...thanks a lot to my real buddies.
Sorry yer...banyak lagi agenda tak terlaksana sebab kekangan waktu.
Next time datang lagi....kita kasi jimba lebih sket.
Next plan...kita jelajah pedalaman ye.
Tak mo dah ronda town....
Thanks a lot for coming here and both of you really make my day!!!
THE END
Wednesday, June 26, 2013
Jalan-jalan jay-bee part 1
@}--- Minah-Minah Osmet lama datang JB woiiii....!!!!
Haku penat woi....takdan nak update cerita.
Tak kisah laaa bila berlaku pun....janji ada coretan disini.
yeahhh....inilah kami. Bila dah bertiga...kesengalan memang cepat berlaku...
Percutian yang dirangka lebih sebulan...tapi banyak projek tak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kekangan masa...tenaga driver dan jurupandu arah...
Ahhhhh....laki haku pulak keje time-time nak cuti reramai nih...
Mika-mika ni sampai Jumaat (26/04/2013) malam.
Aku pulak waktu ni baru je period pain...arghhh memang spoil sikit.
So planning asal nak bawak diorg meronda town aku cancel....bawak pi makan je.
Pastu laju-laju balik umah....lepak-lepak borak-borak....tidooooooo
Cerita pagi Sabtu...(27/04/2013)
Minah osmet sorang ni sibuk nak ke laut kat JB ni.
Ada ke dia kata nak mandi kat laut Stulang.
Hoishhhh.....meroyan jap haku nak lepaskan minah sorang ni men air laut kat Stulang.
hahaha...tapi disebabkan nak lepaskan hajat, aku bawak laa juga merayap ke laut Stulang ni.
Actually motip amik gambor ni sebab nak nampak view Singapore kat belakang tu, tapi disebabkan matahari tengah naik...agak silau langsung mengaburi pencahayaan...
Ehh...aku sorang je tak specky ek.
Alhamdulillah...mata aku sihat. hahaha
Lepak kat Stulang ni kejap je...bukan ada apa pun kan.
Then pi sarapan kat warung cherry dekat flyover.
Ermm sape-sape keje area JB especially orang Wisma sure tau warung ni kat mana...
Makanan sedap....harga? Standard laaa JB kan....mane yang tak mahal.
Lepas santap-santap...bawak depa pusing-pusing around opis.
Nak jugak tu tunjuk opis kat mana....hahaha
Next destination is City Square mall...ntah apa yang dicari kat CS ni pun aku tak tau.
Bawak je laaa....
Sampai CS depa tolong pak guard buka gate....hik hik hik
Pastu terus terjah kedai super cute nih...
Hurmmm...aku dah tak nampak mana satu orang mana satu patung...serupa je sume!!!!
hahhaha
Ironman di hatiku...
hahaha....abang nak sekor!!!
Dalam CS ni bukan ada apa yang best pon. Takat cuci mata boleh laaa...
Penyudahnya, aku ajak diorang pi CIQ (Kopleks Kastam)
Dari CS ni ada bridge yang menghubungkan terus ke CIQ.
Lorong nak ke bridge ni memang ada jual macam-macam snack food.
Sempat laaa menyinggah....
Apa lagi kalo bukan takoyaki....arghhhhh sedappp!
Lepas order takoyaki, pi order crepe lak kat Crepe Signature.
Eh apesal keje makan jek nih???
Tak kenyang-kenyang lagi ke tadi bedal...nasi lemak and soto huh???
Ada nampak macam pelarian ngah tunggu truck imigresen tak???
haahahah....ni kat dalam CIQ
Sempadan check point keretapi untuk Malaysia-Singapore dan ini laa juga stesen terakhir keretapi di selatan tanah air kita ni.
Duk kat tepi ni layan makan takoyaki and crepe...sambil borak, gelak ketawa tak hengat donia!
Oh kawan...aku gumbira!!!
Okeh itu laluan masuk ke CIQ...
Masa datang tak dan amik pic...sebab orang berduyun-duyun kejor ketapi.
Sebelum sampai bridge tu, korang akan jumpa stall jual kuih-kuih tradisional.
Sangat menarik....nampak kemas dan lazat.
Sape nak beli...dipersilakan.
Aku tak lalu....sebab nyonya yang jual. hahahahaa
Kuar CS, langsung ke kilang Apollo.
Memasing borong tak macam nak bukak kedai...eh aku pun tumpang sekaki.
Siap amik kotak nak isi Apollo....dasyat!
Haaa...disebabkan memasing duk gila membeli...aku tak sempat nak snap pic.
Maknanya apa??? Maknanya aku pun gila memborong....hahahaha
Siap memborong...terus pergi umah Mak Bonda.
Wat jejak kasih sket....si Ima ni dah 3 kali datang umah aku.
Fiz ni baru sekali....so tak kisahlah, boleh makan tengahari terus.
Dah kenyang...memasing bantai tido jap.
Dalam kol 4 camtu, gerak pi JPO lak.
Time ni pun tak amik gambar sebab hujan lebat.
Layankan si Fiz je shopping....
Nak balik Kempas lalu highway...disebabkan hujan lebat, semua kaunter tol system down dipanah petir.
Huhuhu...setengah jam harung jam.
Member dah start kebulur dah....nasib tak sempat bertukar hijau, aku suh makan cekelet Apollo yang aku beli tadi. Fuhhhh...Apollo itu penyelamat. hiks...
Singgah Plaza Angsana....kasi mika-mika ni merasa Rojak Asma. The best in town...eh itu ikut tekak aku laa. Banyak-banyak kedai yang aku pergi, Angsana punye jugak yang sedap....
Then pulun makan otak-otak sebakul....15pcs. Extra lagi 5...patutla banyak!!!
Siap makan...ronda kejap, then balik rehat.
Kol 11 malam kuar pi Bazaar Karat plak.
Saje bawak pusing-pusing amik angin malam....muaahahhaa
Inilah faedahnya bila jalan malam....
Sebelah tangan RM10...sape nak buat...silalah ke Bazaar Karat JB. Tetiap malam hado!
Okeh...dah dulu arr citer.
Penat dah aku.
Kita sambung next entry yer....