Kita kan manusia yang di cipta Allah dengan akal... Jadi jangan sempitkan fikiran dengan tidak memikir jalan penyelesaian.. Kan memang ada pepatah, setiap masalah ada penyelesaiannya.. Aku tak nafikan.. Tak percaya??? Sila baca seterusnya...........
2minggu lepas.. Aku dapat kol dari sorang member ni. Dia ni ada la buat catering kecil-kecilan. Lama dah juga aku dengan dia ni.. Dulu slalu juga aku membantu la sikit-sikit. Slalunya dia akan bagi aku buat nasik lemak.. Tapi lama dah aku tolak.. Sebab tak larat kadang-kadang nak tanggung mata ni ha. Almaklum le.. Belajau kata kan.. Lagi pun perniagaan dah lama aku tutup.. Jadi meliat lah sikit.. Even diorang suruh masak sambal je poooon aku malas. Hahahaa. Cuma kadang-kadang bantu lah juga kalau dah merayu tu kan?. Hahuhuhu. Jadi nak dijadikan cerita.. Hari tu diorang minta aku tolong gorengkan telur.. Telur sahaja ok.. Sebanyak 43 biji..
Masa ni aku pikir, takat telur je ka, ok kot... Kalau ayam memang aku tolak terus sebab malas nak tunggu.. Masak ayam.. Bukan kejap.. Lamaaaa. Dah tu tak boleh api besar-besar.. Nanti, luar hangus dalam plak tak masak.. Dengar telur, aku pun kata.. "Ok" jerlah.. Pastu aku teringat gas dapur yang macam nak hujung-hujung meter dia.. Tp rasa tak jejak merah lagi.. Lepas la kot... So di dinihari yg nyaman tu aku mula la proses pengorengan telur. Alhamdulillah segalanya lancar selah aku tgk 43 biji telur dah di goreng. Masa aku pecahkan telur yang ke 44.. Tiba2 PUB! Api aku padam.. Mengelabah badak dah aku.... Mau taknya.. Yg ke 44 tu putih dia pun tak keras lagik... Sudaaaaah...
Aku mula dah pening. Member bagi 45 biji telur mentah. Nak guna 43 je..tak kan plak kita nak bagi ngam-ngam 43.. Ish giller la... Aku dah serabut.. Memang habis ikhtiar dah aku, nak ikutkan hati, aku mkn juga telur goreng goyang tu.. Tahan jele tebal muka bagi ngam-ngam 43telur goreng. Tapi hati aku mmg tak selesa.. Adoi.. Macam mana aku nak buat ni.. Nak transfer ke rice cooker.. Rice cooker dah bagi ke abang aku, sebab dia punya rosak. Nak masuk dalam oven... Masa tu ada oven old school.. Nak kena pakai gas juga.. Tak kan la aku nak rebus pakai heater? Giler. Teluyr dah pecah atas kuali.. Kalau masih berkulit gagah le jugak lagi nak masukkan dalam heater.. Adoi.. Mcm mana ni...
Last2 timbul satu idea yabg saaaaangat bernas.. Yang aku rasa boleh di RnD kan.. Yang boleh di praktikkan.. Orang tak sedar je cara aku ni.. Cara orang bijak... Aku ambik penutup periuk leper yang aluminium tu.. Aku transfer kan telur dalam tu.. Plahan-plahan.. Aku pegi bawak masuk bilik... Aku ambik seterika aku on kan suiz full volume aku pusing dan standkan dia guna buku... Aku letak kan tutup periuk tu atas plat panas seterika dan aku biarkan.tak sampai 2 minit... Masak dah telur tu... Alhamdulillah... Biar la 44 biji je... Jangan cukup-cukup 43 biji dan aku tak mampu nak pecah kan biji yang ke 45 !!!! Hahahahahaha
Aku ada niat nak ambik gambar. Tp aku tak sanggup. Dan aku tk nak korang copy dan sebarlan seantero donia... Kah kah kah.... *sila bayangkan...sila bayangkan... Sila bayangkan....*
Kbai..kbai..kbai..kbai.... Tatatititutu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment