Monday, April 11, 2011



aku di sentap dengan keraguan mu
aku di tikam dengan sangsi mu
aku di hina dengan herdik mu
aku di belenggu dengan sikap mu

aku bukan anak-anak yang baru mengenal cinta
di dalam hidup ku penuh palit luka
dari derita kisah cinta
hingga derita kecundang hidup ditipu manusia

aku bukan anak kecil yang tak tahu membeza
aku bukan manusia yang degil tinggi melata
aku dambakan kasihsayang seorang manusia
yang bisa meruntuhkan tembok keras yang kubina

kalau itu dosa kenapa perlu di paksa
hormati pendirian aku kalau itu kewajiban di tuntut Maha Esa
aku bukan boneka yang boleh di bentak di arah perkara cela
kalau itu kau tak dapat penuhi,adalah salahku di setiap sudut cerita

kadangkala ku rasa lelah dengan apa yang cuba kucipta..
kasih sayang yang kabur mana ikhlasnya
aku cuba sedaya upaya menjadi sang setia
tapi keraguan mu yang senantiasa buat aku robek terluka

aku bukan anak kecil, aku bukan si remaja
aku sudah dewasa..
pemikiran dan perancangan ku harus cepat mengejar masa
kerana hidup ku sudah tidak lama
bukan aku sengaja tergesa-gesa
tapi aku perlu pikir jauh ke hujung sana..
kerana dalam hidup ku tinggal dua perkara
antara masih hidup atau mengadap Maha Esa ...

kalau ada jodoh tak kemana
hati ku tak terikat dengan sesiapa
terpulang lah pada Qada Allah
menggerak kan hati siapa
untuk menyunting aku sebagai suri di hatinya
aku akan terima dengan redha
kerana aku MANUSIA HINA

No comments:

klik iklan ni tak kena bayar pun